Sunday, November 25, 2012

Resepi: Oreo Cheese Cake


Assalamualaikum ^_^


Waduh waduh. Kok selalu betul ya aku ngepos entry pasal makanan. Udah ilang idea apa nggak? Cess..

Actually kek ni dibuat oleh bff aku yang kebetulan tidur di rumah aku sementara mencari rumah sewa. Jadi boring boring, dia pun buat lah oreo cheese cake. Untung untung dapat jugak aku merasa oreo cheese cake yang aku tak pernah rase lagi ni. hewhew


BAHAN-BAHAN:

1. Any marjerin
2. 3 batang oreo
3. Cheese Philadelphia
4. Gelatin halal (jenama Nur atau Nona)
5. Whipping cream
6. Any susu (HL atau Dutch Lady)



First Step
Asingkan biskut oreo daripada krim putih didalamnya.
Tinggalkan 3 biji oreo (seperti di gambar).



Letakkan 3 sudu gelatin ke dalam air panas (seperti di gambar)
Sementara menunggu gelatin tu cair, boleh lah kita proceed step seterusnya.



Hancurkan kesemua oreo, termasuk 3 biji orea yang diasingkan tadi.



Panaskan 4 sudu of marjerin.
Letakkan marjerin yang cair ke dalam orea yang telah dihancurkan.
Gaulkan marjerin tersebut bersama oreo supaya oreo yang hancur tadi dapat melekat dan tidak hancur selepas dibekukan nanti.
Mampatkan oreo ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais sementara menunggu step kedua.


Second Step
Pukul 1 buku cheese philadephia sehingga kembang.
Setelah kembang, masukkan pula krim daripada oreo dan gaulkan mereka.
Kalau nak manis sikit, boleh tambah gula kasar.



Masukkan whipping cream (1 kotak kecil).
Masukkan 3 sudu susu.
Gaulkan bersama.



Masukkan gelatin.
Gelatin bertujuan untuk mengekalkan bentuk cheese cake supaya tidak cair selepas dibekukan.
Masukkan baki serbuk oreo (3 biji oreo yang diasingkan tadi).



Letakkan adunan cheese bersama bahan2 tadi ke atas oreo yang telah dibekukan tadi.
Topping oreo sebagai hiasan =)
Simpan di dalam peti dan bekukan selama 4-6 jam.



Tadaa!
Oreo Cheese Cake dah sedia untuk dimakan =D




TQ.

Saturday, November 10, 2012

Asparagus with Daging


Assalamualaikum ^_^


Harini cuaca sangat cantik kan? Cantik bermaksud cuaca yang panas yang membolehkan baju baju yang dijemur cepat kering. Alangkah bagus kalau harini dapat melakukan aktiviti aktiviti di luar. Yang sedang melangsungkan majlis perkahwinan, memang lancar lah majlis harini kan. Tahniah pada yang sudah bergelar isteri atau suami orang harini. Next time giliran aku pulak. Hohoh~


Hujung hujung minggu memang selalu masak sekali ngan mak kat dapur. Jadi salah satu dari menu harini adalah Asparagus dimasak bersama daging. Tau tak ape tu asparagus? Bukan adek beradek sugus tau. No no noo...Asparagus maybe antara kita pernah dengar tapi tak pernah rasa. Ataupun ada setengahnya tak pernah dengar atau tak tau pun camne bentuk asparagus tu.



So inilah asparagus tu. Agak2 cam tak? Hehe..Ok lah. Asparagus ni sejenis sayuran lah kan. Aku malas nak senaraikan ape khasiatnye. Kalau nak tau google je. Semua dihujung jari anda. Apa yang aku suke asparagus ni, bile kita masak dia, rasa dia sangat sedap. Dengan crunchy, dengan manis-tawar dia. Haha aku tak retilah nak explain camne. But why don't you try this at home. Sangat senang je nak buat.


Asparagus with Daging


First of all, you just need beberapa keping daging dan segulung asparagus. Perapkan daging yang telah dihiris menjadi keping-kepingan (jangan nipis sangat) dengan minyak bijan, garam dan black paper selama 3-4 minit. Then gulungkan daging bersama beberapa batang asparagus. Cucuk daging dengan lidi supaya balutan tu tak terlepas.



Then, frying on the pan.


Apabila daging kelihatan sudah masak, angkat lah ^_^


So yummmyyyyy hokey!!
Nak makan dengan nasi boleh, nak makan gitu je pun sedap. Sekali hidangan je mesti licin lah asparagus dgn daging ni.
Heheh..

Cuba lah =)


TQ.

Monday, November 5, 2012

Story of Sunday


Assalamualaikum ^_^



Terasa malas pulak nak mandi bila pikirkan air dalam bilik air tu sejuk yang amat sejak musim hujan baru baru ni. Kalau ade air panas dalam bilik air tu takpe gak.


Semalam aku hang out dengan member masa study diploma kat kelantan dulu. Kitorang pegi Times Square. Perempuan, biasalah. Window shopping sambil sambil shopping wajib ada sebagai agenda utama pabila berjumpa. Lelaki, anda harus bersabar dengan perempuan ye. Kalau tak sabar, jangan kawen dengan perempuan. Kawen dengan laki je bagus. Haha.


Bertemu di KL Sentral, membawa kepada Times Square. Macam macam kitorang bercerita. Mulut ni riuh pot pet pot pet tak berhenti. Oh kalau dulu tanya pasal study, pasal hostel, pasal lectures. Sekarang pulak tanya pasal kerja, pasal pasangan hidup, pasal life. Rindu sangat zaman giler giler dengan dorang 2 years back. Now masing masing dah ade kerjaya sendiri. Dah ade perancangan hidup sendiri. Tak lama lagi one of our member akan melahirkan anak. Tak sangka betul Cepat betul masa berlalu. Dulu dia lah antara yang konon kononnya lambat kawen sebab usia hubungan dia dengan pasangan dia baru je berputik. Sedangkan kitorang yang dah berpacaran betahun tahun ni dijangka cepat pula mendirikan rumah tangga. Alik alik dia lah orang first yang dapat kawen dulu yang dapat anak dulu. Tahniah Sue! Cepat cepat lah kuar baby tuh. Tak sabar dah ni auntie auntie ni tunggu. ihiks  =)

Gambar mereka semasa Raya Aidiladha
Epa | Fie | Sue | Sya



Berbalik pada cerita kami di TS. Macam macam beli. Ade yang beli blaus, blazer, mini skirt, ngan tudung. Haa tudung ni kitorang borong dekat PASHMINA & BEADS. Aku penah cite dalam entry ni betapa murahnya beli tudung kat sini. Lokasinya berhadapan cinema kat TS tu. Next agenda is wayang. Pilihan pertama Skyfall. Pilihan kedua Budak Pailang. Pilihan ketiga Sinister. Nak tengok Sinister. Tapi tayangannya pukul 10malam. Tolakkk. Nak tengok Skyfall, aku tak minat sangat cite James Bond. Takut tak paham. Huhu. Tolakkk. Last last tengok cite Budak Pailang sebab aku nak tengok Aeril Zafril ni belakon dalam cite gangster ni. Nampak cam hensem je. Hohoho...Oh maaf ye sayang2ku sebab terpaksa ikut kehendakku. Heheh. Tapi naseb baek dorang puas hati sebab last last dorang pulak tesangkut kat aeril  =P


Nak review sikit pasal Budak Pailang. Citer ni 18PG kalau tak silap. Maksudnye ganas dan tak sesuai budak bawah 18 tahun untuk tengok. Aku tak nak cite pasal sinopsis Aku nak cite apa yang aku suka pasal cite ni. Citer ni boleh dikatakan best jugak lah. Lelaki suka lah kot tengok aksi gaduh2 ni. Sound effect masa gaduh2 memang mantap. Sama macam cite Taikun. Sekali tumbuk, sekali bunyi...pehh..macam diri sendiri pulak yang tekena (over pulak). Lagi2 masa aksi gaduh kat car wash. Dah macam tengok WWF. Hehe.  Lakonan aeril sangat menjadi aku rasa dalam cite ni. Bila jadi gangster dia betul2 pailang lah (wah, pandai cakap pailang pulak aku ni). And bila dengan wawa dia romantik habes. Wawa pulak boleh lah. Cantik as always. Jalan cerita dah boleh agak. Kalau budak baru habis sekolah, tak laen mesti budak2 yang baru nak up, yang nak kan pengaruh, suka gaduh. Seterusnya terlibat dengan dadah, arak, jual vcd haram, gaduh rebut kawasan. Last2 dapat duit ngan perempuan clubbing sebagai habuan. Semua cite gangster kebanyakannya macam tu sebab realitinya macam tu. Aku tertarik dengan 1 ayat ni.


"Lelaki berubah disebabkan oleh 2W...Wang & Wanita" - Bard


Aish..macam panjang pulak entry kali ni. Nape banyak sangat kau membebel ni zaty. Tengah bahagia ke? =P Heheh..



Last but not least..

My sayangss..Hope we still together sampai dah beranak cucu cicit
Me | Fie | Cha | Anis



Sweater and Bawal Yellow Mustard

"Hye. Can I be one of team member Running Man?"
Hehehe..berangan!


TQ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...