Assalamualaikum ^_^
Waduh waduh. Kok selalu betul ya aku ngepos entry pasal makanan. Udah ilang idea apa nggak? Cess..
Actually kek ni dibuat oleh bff aku yang kebetulan tidur di rumah aku sementara mencari rumah sewa. Jadi boring boring, dia pun buat lah oreo cheese cake. Untung untung dapat jugak aku merasa oreo cheese cake yang aku tak pernah rase lagi ni. hewhew
BAHAN-BAHAN:
1. Any marjerin
2. 3 batang oreo
3. Cheese Philadelphia
4. Gelatin halal (jenama Nur atau Nona)
5. Whipping cream
6. Any susu (HL atau Dutch Lady)
First Step
Asingkan biskut oreo daripada krim putih didalamnya.
Tinggalkan 3 biji oreo (seperti di gambar).
Letakkan 3 sudu gelatin ke dalam air panas (seperti di gambar)
Sementara menunggu gelatin tu cair, boleh lah kita proceed step seterusnya.
Hancurkan kesemua oreo, termasuk 3 biji orea yang diasingkan tadi.
Panaskan 4 sudu of marjerin.
Letakkan marjerin yang cair ke dalam orea yang telah dihancurkan.
Gaulkan marjerin tersebut bersama oreo supaya oreo yang hancur tadi dapat melekat dan tidak hancur selepas dibekukan nanti.
Mampatkan oreo ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais sementara menunggu step kedua.
Second Step
Pukul 1 buku cheese philadephia sehingga kembang.
Setelah kembang, masukkan pula krim daripada oreo dan gaulkan mereka.
Kalau nak manis sikit, boleh tambah gula kasar.
Masukkan whipping cream (1 kotak kecil).
Masukkan 3 sudu susu.
Gaulkan bersama.
Masukkan gelatin.
Gelatin bertujuan untuk mengekalkan bentuk cheese cake supaya tidak cair selepas dibekukan.
Masukkan baki serbuk oreo (3 biji oreo yang diasingkan tadi).
Letakkan adunan cheese bersama bahan2 tadi ke atas oreo yang telah dibekukan tadi.
Topping oreo sebagai hiasan =)
Simpan di dalam peti dan bekukan selama 4-6 jam.
Tadaa!
Oreo Cheese Cake dah sedia untuk dimakan =D
TQ.