Thursday, January 17, 2013

Interview di MOF dan BR


Assalamualaikum ^_^


Ohh..mataku agak mengantuk ye sekarang. Baru pukul 9.50. Ni mesti penangan interview tadi lah ni. *sigh


Hari Isnin lepas, aku dapat 2 panggilan interview. Satu dari Kementerian Kewangan (MOF), satu lagi dari Bank Rakyat (BR). 2-2 panggilan suruh aku datang interview hari Rabu. Dengan sepantas kilat, aku pun terus call mak sebab dah pening nak pilih mana 1 nak pergi ni. Mak kan penasihat peribadi aku. Eh jadi haruslah ngomong sama dia dong..Wakaka. ok tak lawak. -_-


Aku pun mengambil keputusan untuk attend 2-2 interview.


Hari yang dinanti telah tiba..


Aku tak tau nak kate prepare ke tak. Tapi adelah buat persiapan untuk bekalan makanan interview nanti. Preparation yang aku buat pun memang more on government lah. Sape tak nak keje gomen kan. Boleh kerat telinga lah kalau ade yang tak nak keje gomen. Makanya kena lah bersusah payah sikit ulangkaji pasal MOF tu sendiri, plus pasal isu semasa, pasal Bajet 2013, pasal jawatan tugas yang ditawarkan dan prepare jugak buat satu karangan introduction diri dalam bahasa inggeris.   Mana tau kot2 kena cakap omputeh pulak kan. Ok pastu pagi tadi pegi lah bangunan MOF yang melengkung tu. Ingatkan tak ramai yang datang interview. Sekali haaa..amik kau. 33 orang candidate datang untuk post tu. Cuak neves gementar suma dah besatu meletop dah ni. >_<


Tempat diinterview dalam bilik mesyuarat. Panel 2 orang lelaki. Ingatkan kena interview berkumpulan. Rupa2nya individual. Lega lah sikit. sebabnya kalo bekumpulan, kita akan nampak segala kelebihan orang dan segala kelemahan kita. Kalau salah percaturan memang boleh buat kita rasa down and tak confident nak jawab. Bila dah masuk, soalan pertama yang ditanya "Ceritakan pengalaman bekerja anda". lahhh..takde introduction diri ke? Iye2 lah aku prepare. siap dalam bahase inggeris lagi.heheh. Kesimpulannya, panel banyak tanya aku pasal loan, ceritakan kelebihan dan kelemahan kita, boleh keje lebih masa ke tak, boleh keje berkumpulan atau individu dan banyak lagi lah. Aku pun dah tak ingat. Tapi kat aku dia takde lak tanya pasal isu semasa. Nasib lah semua tu. Ade yang kena ade yang tak. Macam ade sorang candidate ni kena introduce dalam bahase inggeris. Haa tu nasib dia lah. And aku bersyukur sangat sebab kena interview sebelum lunch. Macam tau2 je aku kena kejar interview kat BR lepas tu. =)


Lepas interview kat MOF, aku balik rumah dulu. Makan siap2 sume. Pastu terus gerak ke Bentong, Pahang dengan ayah. Agak jauh sikit, tapi berbaloi lah. sebab lepas tu terus g melawat atok ngan nenek sekali. Eh tau tak sekarang BR dah bukak 11 cawangan baru? Ade dekat Pahang, Kedah, Sabah & Sarawak kalo tak silap. Boleh tengok kat sini jawatan ape yang ade dan jugak kat sini. Nasib baik bos kat situ sudi lagi nak interview aku walaupun aku sampai agak lambat. Masa aku datang tu pun banyak mende tak siap letak lagi. Kerusi meja masih berbalut. Ade yang nga pasang wayering lagi. Ade dok ngecat lagi. Berkemungkinan isnin depan baru mulakan operasi and 2hb baru nak launch kan BR kat situ. Pastu aku pun kena interview sikit2 then borak2 sikit pastu tunggu jelah result.


And the most important thing, harini adelah pertama kali dalam hidup aku attend interview yang formal and perasaannya memang lain betul. Dah la first time, 2 interview sekaligus pulak tu! Aishh, memang mencabar fizikal rohani dan jasmani betul. Kita bukan tamak tau, tapi mencobe untuk grab any opportunity yang ade. Kita tak tau rezeki mana yang Allah nak bagi kat kita. Jadi ikhtiar jelah. then tawakal.


# Akhirnya siap jugak 1 entry :)

TQ.

7 comments:

  1. Untunglah tie kalau dapat kerja di BR tu, sebab bonus dia kadang2 capai setahun gaji. Huhu. Aku nie bila lah dapat kerja, katanya Bank Islam tengah buat pertukaran pekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade rezeki mu esok2 dia panggil lah tu. sabar pix deh..pasni kijo bank pix kito nih. hehee

      Delete
  2. nana 19hb kali ke-4 pegi interview. Mcm dah takde ape perasaan, syok pulak pegi interview je. haha. insyaallah zaty, ada rezeki yang Tuhan dah tetapkan, kita cuba usaha dan tawakal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh silap, bukan 19hb tapi 18hb. hihi.

      Delete
  3. wow! hebatnya zaty! larat tuhh! ain doakan dapat la yg mana zaty nak. :)

    ReplyDelete

Cer komen.Cer komen.tanjat boboi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...