Thursday, January 17, 2013

Interview di MOF dan BR


Assalamualaikum ^_^


Ohh..mataku agak mengantuk ye sekarang. Baru pukul 9.50. Ni mesti penangan interview tadi lah ni. *sigh


Hari Isnin lepas, aku dapat 2 panggilan interview. Satu dari Kementerian Kewangan (MOF), satu lagi dari Bank Rakyat (BR). 2-2 panggilan suruh aku datang interview hari Rabu. Dengan sepantas kilat, aku pun terus call mak sebab dah pening nak pilih mana 1 nak pergi ni. Mak kan penasihat peribadi aku. Eh jadi haruslah ngomong sama dia dong..Wakaka. ok tak lawak. -_-


Aku pun mengambil keputusan untuk attend 2-2 interview.


Hari yang dinanti telah tiba..


Aku tak tau nak kate prepare ke tak. Tapi adelah buat persiapan untuk bekalan makanan interview nanti. Preparation yang aku buat pun memang more on government lah. Sape tak nak keje gomen kan. Boleh kerat telinga lah kalau ade yang tak nak keje gomen. Makanya kena lah bersusah payah sikit ulangkaji pasal MOF tu sendiri, plus pasal isu semasa, pasal Bajet 2013, pasal jawatan tugas yang ditawarkan dan prepare jugak buat satu karangan introduction diri dalam bahasa inggeris.   Mana tau kot2 kena cakap omputeh pulak kan. Ok pastu pagi tadi pegi lah bangunan MOF yang melengkung tu. Ingatkan tak ramai yang datang interview. Sekali haaa..amik kau. 33 orang candidate datang untuk post tu. Cuak neves gementar suma dah besatu meletop dah ni. >_<


Tempat diinterview dalam bilik mesyuarat. Panel 2 orang lelaki. Ingatkan kena interview berkumpulan. Rupa2nya individual. Lega lah sikit. sebabnya kalo bekumpulan, kita akan nampak segala kelebihan orang dan segala kelemahan kita. Kalau salah percaturan memang boleh buat kita rasa down and tak confident nak jawab. Bila dah masuk, soalan pertama yang ditanya "Ceritakan pengalaman bekerja anda". lahhh..takde introduction diri ke? Iye2 lah aku prepare. siap dalam bahase inggeris lagi.heheh. Kesimpulannya, panel banyak tanya aku pasal loan, ceritakan kelebihan dan kelemahan kita, boleh keje lebih masa ke tak, boleh keje berkumpulan atau individu dan banyak lagi lah. Aku pun dah tak ingat. Tapi kat aku dia takde lak tanya pasal isu semasa. Nasib lah semua tu. Ade yang kena ade yang tak. Macam ade sorang candidate ni kena introduce dalam bahase inggeris. Haa tu nasib dia lah. And aku bersyukur sangat sebab kena interview sebelum lunch. Macam tau2 je aku kena kejar interview kat BR lepas tu. =)


Lepas interview kat MOF, aku balik rumah dulu. Makan siap2 sume. Pastu terus gerak ke Bentong, Pahang dengan ayah. Agak jauh sikit, tapi berbaloi lah. sebab lepas tu terus g melawat atok ngan nenek sekali. Eh tau tak sekarang BR dah bukak 11 cawangan baru? Ade dekat Pahang, Kedah, Sabah & Sarawak kalo tak silap. Boleh tengok kat sini jawatan ape yang ade dan jugak kat sini. Nasib baik bos kat situ sudi lagi nak interview aku walaupun aku sampai agak lambat. Masa aku datang tu pun banyak mende tak siap letak lagi. Kerusi meja masih berbalut. Ade yang nga pasang wayering lagi. Ade dok ngecat lagi. Berkemungkinan isnin depan baru mulakan operasi and 2hb baru nak launch kan BR kat situ. Pastu aku pun kena interview sikit2 then borak2 sikit pastu tunggu jelah result.


And the most important thing, harini adelah pertama kali dalam hidup aku attend interview yang formal and perasaannya memang lain betul. Dah la first time, 2 interview sekaligus pulak tu! Aishh, memang mencabar fizikal rohani dan jasmani betul. Kita bukan tamak tau, tapi mencobe untuk grab any opportunity yang ade. Kita tak tau rezeki mana yang Allah nak bagi kat kita. Jadi ikhtiar jelah. then tawakal.


# Akhirnya siap jugak 1 entry :)

TQ.

Tuesday, December 25, 2012

Revlon Just Bitten Kissable


Assalamualaikum ^_^


Aku tak tau lah spesis bangla ni kalau bejalan lalu rumah aku, kalau tak pasang lagu bangla dia tak sah. Pagi-pagi aku nak pegi keje nga siap-siap pakai bedak pakai tudung mesti dari tingkap rumah aku dah dengar dah bunyi gendang lah seruling lah. Dah macam ade sambutan thaipusam dah. Malam pun sama. Kadang-kadang tetiba je dengar bunyi lagu sayup-sayup. Pastu makin lama makin dekat. Tak payah dekat sangat dah tau dah sapekah gerangan manusia yang suka memasang lagu pabila berjalan pulang ke rumahnya. BANGLA. Kau ni bangla. Nanti lah bebila aku belikan kau headphone yee. Terima kasih la sudi share ngan kitorang jiran tetangga lagu-lagu sedap kau tu..huhuh


(Erk..mati lah aku kalau orang bangla yang gheti bahasa melayu bace blog aku. Jangan dia manderem aku sudah. hohoh)


Today is 25th Disember 2012. Esok 26th Disember 2012. It's my lil brother's birthday!! Hehehe. Tadi pegi alamanda. Pegi makan steamboat kat Jonny. Kami pun bawak lah dia makan steamboat sebagai sambutan birthday dia walaupun sepatutnye esok. Ala awal sehari je ye dok. Lepas dah makan-makan, cari cari barang aku, kitorang pun pergi beli hadiah dia. Style family aku, kalau birthday kena tanya dulu nak ape. Senang nak beli ayah kate. Nanti kalau beli awal awal takut tak bekenan pulak kan. So we end up dengan beli jam untuk adik. Ok lah warna hitam. Macho sikit. Macho ke? Macho lah sangat adik aku tu. hahah


Nampak tak betapa ke lautnye aku bercerita sampai tajuk utama tak start-start lagi.(tarik nafas...lepas)


Perasan tak kat atas tu aku ade highlight kan BARANG AKU. kikikiki. Aku memang dah usha lama dah mende alah ni. Kalau tak silap aku, item ni dah ade kat pasaran lama dah. Tapi baru masuk Malaysia baru-baru ni. Dengan sepantas kilat tangan aku pun meng'google' gambar-gambar swatch dari orang yang dah review product ni dan meng'youtube' wanita-wanita omputeh di luar sana yang pantang beli item mekap baru mesti nak buat video nak cagla yang dia ade beli alat mekap baru dan menjadikan muka mereka sebagai bahan ujikaji. Bagusnye dorang ni sebab dorang dah pun membantu aku untuk buat pilihan. hihih

Revlon Just Bitten Kissable
025 Sweetheart Valentine


Swatch for myself






Yeayyy! Akhirnye beli jugak aku crayon ni. Nape crayon? sebab dia macam crayon lah. =P

My komen is....aku sukeeeeeee sangat Revlon Just Bitten Kissable ni. Not greasy. Structure dia macam lip balm as dia kate Balm Stain. Tak kering. Tak melekit as kalau kau cium tangan mak kau, warna dia tak melekat kat tangan mak kau. Tahan lama sebab kalau dah makan pun warna dia still ade lagi. Bau dia macam mint sikit. Dan opkosss, warna dia sangat cantik. Ala-ala fushia gitu.

Aku nak bagi 5 bintang!! =D


Ok lah. Selamat menjamu minum petang kawan2 sekalian. Aku nak buat 5S jap kat bilik aku. Tau ape 5S?? Tak tau pegi tanya orang kerajaan. Mehehehe


TQ.

Thursday, December 13, 2012

An Awkward Moment


Assalamualaikum ^_^


Memotong kereta di highway
Awkward moment: Apabila kereta yang ingin dipotong lebih laju dari kita dan kita terpaksa mengambil semula tempat kita yang asal. cissss...beger


Memandu di highway
Awkward moment: Apabila kita memandu sama laju dengan kereta sebelah dalam jangka masa tertentu, konon-konon macam berlumba lah. Moment yang membanggakan apabila akhirnye kereta kita mendahului kereta sebelah. wkakakaka


Menyahut panggilan orang
Awkward moment: Apabila kita berdiri dan menjawab 'Ya' kerana ada orang yang memanggil nama kita, tetapi rupa-rupanya nama orang lain yang disebut. wuhuhu




Dia panggil ape ek? Perkara yang memalukan atau janggal? Awkward bermaksud janggal. Tapi kadang-kadang memalukan jugak. Lagi-lagi kalau terperasan orang panggil nama kita. Malu mak noks! Kalau takde orang perasan takpe. Ni bila kita sahut panggilan tu, then realize bukan panggil nama kita, pastu ade orang tengok pulak. Hohoh..malu. malu. Rasa nak sorok dalam kain mak je akibat muka dah tebal 14 inci. ahakz!

Lagi 1 masa kat highway. Aku bulan lepas selalu jugak lah pergi KL lalu kat Max Highway tu. Bila mak takde kat tepi, wahhh kemain seronok lah kan bawak laju. Haha nakal punya anak! Biasanya aku akan duduk kat line tengah dan kanan (memotong untuk kepuasan diri. boleh tak? hehe). At one time, aku duduk line tengah. Kadar kelajuan adalah selaju 90km/j. Time tu rasa nak maintain je bawak laju macam tu. Pastu tah macam mane, boleh pulak sama laju dengan keta sebelah. Kita bila dah bawak seiring dengan keta sebelah, mesti lah tepandang pandang kan orang keta sebelah. Hensem ke orangnye. Tua ke muda ke. Lelaki ke perempuan ke. Tapi bila dah sama je bawaknye, tetiba rasa janggal lak. So untuk mengelakkan rasa janggal tu, aku pun naikkan lah kelajuan sehingga 110km/j. Hahah tak berhagak betul!

Korang ade tak awkward moment korang sendiri? Cer citer cer citer =)


p/s: Sungguh excited bila dapat tau Anugerah Muzik Korea akan dibuat di Malaysia Januari depan! ! =D


TQ.

Sunday, December 9, 2012

Adakah Ailee dan Vivy Yusof Saudara kembar?


Assalamualaikum ^_^


Di saat aku sedang menaip ni, hujan masih lagi turun membasahi bumi. Tapi sekarang dah renyai-renyai dah. Kalau ikutkan tadi masa kat kenduri kawen member sekolah rendah tadi, kitorang terpaksa tunggu dalam sejam lebih gak lah bawah kanopi tu sebab tak sempat nak balik, dah hujan turun dengan lebatnyaaaa..



Selamat Pengantin Baru Khairina dan Hafiy! Selamat sudah diijabkabulkan pagi tadi dengan 1 lafaz. Wahh, kelas kau jah! hehe. Suke sangat baju pengantin. Jubah warna putih tapi ade manik-manik warna peach ala-ala pink sikit. Simple but nice. Naik seri. =)



Eh. Lari topik sikit. Hehe



Di kalangan bloggers, pasti kenal dengan nama Vivy Yusof kan? Aku sendiri dulu pernah baca blog vivy. Tulisannya full in english. Orangnya cantik. Sekarang dia lebih dikenali sebagai usahawan shopping online yang diberi nama Fashionvalet.net. Aku bukan lah nak bercerita sape vivy ni. Tapi baru-baru ni sedang aku asyik tengok muzik video Ailee ni, aku perasan muka dorang ni sama. Ailee ni penyanyi korea yang sedang meningkat naik sekarang sebab lagu dia sedap, ditambah lagi dengan suara dia yang sedap giler and sebab cantik sangat orangnye. heheh

Both of them cantik! Envy sangattt



Ok. Layan jelah video bawah ni petang petang ni ye =)




TQ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...