Showing posts with label anak beranak punye citer. Show all posts
Showing posts with label anak beranak punye citer. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Revlon Just Bitten Kissable


Assalamualaikum ^_^


Aku tak tau lah spesis bangla ni kalau bejalan lalu rumah aku, kalau tak pasang lagu bangla dia tak sah. Pagi-pagi aku nak pegi keje nga siap-siap pakai bedak pakai tudung mesti dari tingkap rumah aku dah dengar dah bunyi gendang lah seruling lah. Dah macam ade sambutan thaipusam dah. Malam pun sama. Kadang-kadang tetiba je dengar bunyi lagu sayup-sayup. Pastu makin lama makin dekat. Tak payah dekat sangat dah tau dah sapekah gerangan manusia yang suka memasang lagu pabila berjalan pulang ke rumahnya. BANGLA. Kau ni bangla. Nanti lah bebila aku belikan kau headphone yee. Terima kasih la sudi share ngan kitorang jiran tetangga lagu-lagu sedap kau tu..huhuh


(Erk..mati lah aku kalau orang bangla yang gheti bahasa melayu bace blog aku. Jangan dia manderem aku sudah. hohoh)


Today is 25th Disember 2012. Esok 26th Disember 2012. It's my lil brother's birthday!! Hehehe. Tadi pegi alamanda. Pegi makan steamboat kat Jonny. Kami pun bawak lah dia makan steamboat sebagai sambutan birthday dia walaupun sepatutnye esok. Ala awal sehari je ye dok. Lepas dah makan-makan, cari cari barang aku, kitorang pun pergi beli hadiah dia. Style family aku, kalau birthday kena tanya dulu nak ape. Senang nak beli ayah kate. Nanti kalau beli awal awal takut tak bekenan pulak kan. So we end up dengan beli jam untuk adik. Ok lah warna hitam. Macho sikit. Macho ke? Macho lah sangat adik aku tu. hahah


Nampak tak betapa ke lautnye aku bercerita sampai tajuk utama tak start-start lagi.(tarik nafas...lepas)


Perasan tak kat atas tu aku ade highlight kan BARANG AKU. kikikiki. Aku memang dah usha lama dah mende alah ni. Kalau tak silap aku, item ni dah ade kat pasaran lama dah. Tapi baru masuk Malaysia baru-baru ni. Dengan sepantas kilat tangan aku pun meng'google' gambar-gambar swatch dari orang yang dah review product ni dan meng'youtube' wanita-wanita omputeh di luar sana yang pantang beli item mekap baru mesti nak buat video nak cagla yang dia ade beli alat mekap baru dan menjadikan muka mereka sebagai bahan ujikaji. Bagusnye dorang ni sebab dorang dah pun membantu aku untuk buat pilihan. hihih

Revlon Just Bitten Kissable
025 Sweetheart Valentine


Swatch for myself






Yeayyy! Akhirnye beli jugak aku crayon ni. Nape crayon? sebab dia macam crayon lah. =P

My komen is....aku sukeeeeeee sangat Revlon Just Bitten Kissable ni. Not greasy. Structure dia macam lip balm as dia kate Balm Stain. Tak kering. Tak melekit as kalau kau cium tangan mak kau, warna dia tak melekat kat tangan mak kau. Tahan lama sebab kalau dah makan pun warna dia still ade lagi. Bau dia macam mint sikit. Dan opkosss, warna dia sangat cantik. Ala-ala fushia gitu.

Aku nak bagi 5 bintang!! =D


Ok lah. Selamat menjamu minum petang kawan2 sekalian. Aku nak buat 5S jap kat bilik aku. Tau ape 5S?? Tak tau pegi tanya orang kerajaan. Mehehehe


TQ.

Saturday, December 8, 2012

Graduasi Aku


Assalamualaikum ^_^


Alhamdulillah..setelah hampir 2 tahun berhempas pulas menuntut ilmu di bumi Segamat Johor,akhirnya semua terbalas dengan segulung ijazah yang diberi oleh Naib Canselor di Dewan Agung Shah Alam hari Ahad 2 Disember baru-baru ni.

Walaubagaimanapun, seminggu sebelum tu aku ade sikit kecik hati dengan family aku. Actually takde pe sangat pun. Aku cume nak adek-beradek aku datang untuk meraikan sekali antara hari dan peristiwa penting dalam hidup aku. Tapi ape boleh buat. Kita hanya merancang, tapi Tuhan yang telah menetapkan. Hari ahad tu, adek aku yang ketiga dah kena balik Segamat balik untuk daftar masuk sem baru. Jadi, adek kedua aku lah yang kena hantar. Dah 2 orang dah tak dapat pegi. Pastu bila tanya adek yang last, dia pun tak nak pegi jugak sebab terpaksa tunggu sensorang kat luar dewan memandangkan ayah ngan mak aku dijemput untuk duduk dalam dewan. Jadi dia pun tak datang. Agak sedih jugak lah mula-mula sebab aku bajet ni last lah aku sambut graduation day aku.  Maybe nak sambung ke master tu belum ade perancangan lagi.



Maka, yang hadir hanya lah mak dan ayah aku juga seperti konvo diploma dulu. Ade sorang best friend aku ni pesan.

U, u patut bersyukur u ade mak ayah yang datang meraikan hari graduasi u. Cuba fikir macam mana kalau yang takde mak ngan ayah tu. Camne perasaan dorang bila tengok semua orang disambut dengan mak ngan ayah masing-masing.

Baiklah..aku akur. Bukan tak bersyukur. Cuma kadang-kadang kita pun nak merasa  semua family kita ade untuk raikan kita. Betul kan? Betul kan? Tipu lah tak terasa bila tengok ade yang makcik pakcik atuk nenek sume datang sambil bagi munge, sambil amek gambar buat peace ^^v alolo..comelnye nenek buat peace! hiks



Pagi tu dalam pukul 9 a.m kitorang masuk dewan. Masa nama aku dipanggil lebih kurang dalam pukul 11 lebih tu, aku macam takde perasaan. Menonong je jalan naik stage amek hard cover sijil. Ok, hard cover je tau. Sijil takde dalam tu. wkaka. Dah la shawl aku hari tu buat hal! Memang spoil betul tau. Nak senyum pun ketat2 je rasa. Sebelum tu mase tengok orang lain duk naek stage tu kemain gementar. Rasa nak tercabut tulang lutut. Tapi bila dah naik, bejalan dengan selamber yaya nye, turun. eh?? dah ke? huhuh..cenggitu lah rasanya.

Sebaik keluar dewan, wajah mak ngan ayah yang aku cari dulu. Melihatkan mereka senyum sambil ucap TAHNIAH dan bagi sejambak bunga, masa tu aku rasa, takpe lah yang lain tak datang pun. Dengan kehadiran dorang pun dah cukup lengkap dah aku rasa. =’) #Love them so much!

Love the weather.
Mendung-mendung nak hujan.
* lepas kitorang habes amek gambar hujan pun mula turun..kui3


p/s: terima kasih pada awak yang wish kita kat entry awak. :)


TQ.

Wednesday, August 29, 2012

Raya wehhh =D

Assalamualaikum ^_^


(Sambil hulur tangan)
Selamat Hari Raya...Selamat Hari Raya..
Selamat Hari....eh, lelaki..tak boleh salam :)
Heheh


Selamat Hari Raya readers and bloggerssss!!
Maaf Zahir Batin ye jika saya ada tersalah kata, terlancang bicara, terlebih bergurau dan seangkatan dengan dosa2 apabile menaip ni. Maklum lah..saya hanya insan kerdil je yang tak lepas dari melakukan kesalahan yang disedari mahupun tak. :)


Agak2 basi dah ke citer raya ni? Harap tak lah ye. Hewhew. Actually entry ni dah buat separuh jalan, tapi selalu tak habis. Jadik, let's get started!


Nak citer pasal raya..actually takde yang special pun. Raya pertama beraya di Batu Gajah, Perak. Kebetulan masa kat kubur, nampak Yuna kat sane. Bukan aku yang nampak, tapi sepupu. Hehe. Sesi pertama, biasalah. Sesi mintak ampun mintak maap kat family, pastu sesi kutip duet raye. Eh, I tak mintak tau, tapi dorang yang bagi. Almaklum lah belum keje lagi. Masih menunggu hasil daripada menanam anggur ni. =P


Then sesi bergambar. Jadi biar gambar lah bercerita yeee =D














Friday, August 10, 2012

Raya tahun ni paling jimat sekali

Assalamualaikum ^_^


Korang..raya nak dekat dah. Dah siap ke persiapan raya? Saya kalau ikut outfit, dah lah kot. Tapi cume 80% jelah. Not 100%. Kalau nak tunggu 100% rasanya tunggu 2hari sebelum raya baru 100% kot. Hehe


Aku baru balik dari bazaar tadi. Niat utama nak cari tudung. Punya lah banyak bawak baju raya temasuk adik punya sekali. Last2 beli 1 tudung je. Adik tak beli pun sebab dye kate tak bekenan. Dah ade kaler yang sesuai dengan kaler baju tapi plain pulak. Dia nak yang bercorak. Aku pulak tak berapa berkenan dengan tudung sarung. Sebab tudung sarung, 1st thing 1st yang aku akan tengok adalah awning dia. Kadang2 tudung sarung yang dorang display selalu kemek2. So aku taknak amek risiko beli tudung yang susah nak ejas.


Then aku tenampak 1 booth ni tudung2 dia sume cantek. Design macam radiusite pun ade tau.

Aku nampak design macam ni



Dan design macam ni


Ok. Aku tergamam!


Aku pun risik2 lah owner booth tu. Untuk design atas sekali tu, Shawl Shasmeen, Radiusite jual RM89 without postage. Tapi akak tu jual RM86, without postage jugak..Ok cantek..Tapi 80 lebih. Pikir 2 kali jugak lah.


Then tanya untuk design kedua ni, Shawl Paddlepop. Radiusite jual harga sebenar RM69. Harga diskaun RM65. Tapi akak tu jual RM60..So, aku macam berkenan kat 1 kaler ni. Mix colour purple, turqoise dengan coklat. Aku mix and match pulak dengan baju raya yang aku bawak tu. Ok masuk masuk. Akak... kira! Heheh


Last2 sekali bila sampai kat rumah, aku try mix and match dengan baju raya yang lain pulak...masuk jugak. Ahh..kalau macam ni save bajet lagi. 


2 pasang baju raya 1 tudung!


Hahah. gila save kan? Dah lah baju raya petama tu mak aku kate boleh pakai waktu convo sekali. Apeee?? Save lagi?? Baik mak. =') 



Yelah..yang membayor nye mak aku. Bukan aku. =P


Maceh bace! 

Sunday, March 25, 2012

I've got pouch from HL !

Assalamualaikum ^_^


a 


As you can see, now HL offers you 1 trendy pouch for free! skarang aku dah ade 3 collection from this promotion. cepat lah beli ! lawa2 tau..hehe..sesiapa yang suke minum HL pasti tak akan ketinggalan untuk dapatkan item ni kan? tak rugi ooo..setiap 2 belian dapat 1 free pouch.


2 ade kat aku. lagi 1 (red zebra) mak aku dah amek awal2 dah nak letak stuff mekap dye. senang nak bawak jenjalan. nak stop solat kat mane2 boleh bawak beg tu je. easy right? hehe. 


Maceh bace and klo suke like lah!

Sunday, November 6, 2011

Beraya haji tanpa mak & ayah

Assalamualaikum readers sekalian ^^..


How's your raya? everything okey? hehe..na'ah, don't ask me about raya aidiladha right now. i'm feeling nothing actually. serious. aku tak prepare ape2 kot untuk raye aidiladha ni. bangun pagi tadi dah pukul 9. hehe..sah2 lah tak pegi semayang raye kan. bukan tak nak, tapi tak boleh.


Tengok fb ramai yang letak pakai baju raye masing2. aku? erm, tak rase nak pakai pun. rase macam hari2 biase je harini. rutin harian hari ni pun macam hari2 biasa. cume yang nampak macam lain cikit bile ade jiran2 yang baik hati yang bagi ketupat lah, rendang lah, daging lah. wah, macam2 tau. baru lah rase sikit raye tu. er, sikit je tau. ^^


Eh, tadi aku buat bihun sup. macam jadik jew! hahah..orang kate, selagi belum cuba, belum tahu kan. so semalam aku ngadu kat bff aku, nak masak ape sok ni. then dye bagi 1 cadangan yang sangat best, iaitu buat bihun sup. so malam tu jugak aku suruh adek aku beli bahan2. pastu tadi buat amek mase dalam 1 setengah jam jugak lah kan. bihun lembut, kuah cukup rase, sambal kicap cukup pedas. perfect! >_<






I miss my mom and dad. tanpe mereka rasenye raye tu tak beerti. chewah2. hehe. serious. mak ayah g haji, pastu raye tak balik kampung, tak pakai baju raye pun, so memang tak beerti lah raye korban kali ni. cedey je (aip, tamo cedey2. semalam kan dah dengar sore mak. erm, baik2..).


Selamat Hari Raya Aidiladha Mak & Ayah.
zaty sentiase doakan mak & ayah sentiasa sehat kat mekah tu.
semoga mak & ayah mendapat haji yang mabrur.
semoga mak & ayah sampai di malaysia dengan selamat.
Amiinnn~


Maceh bace!


Friday, September 2, 2011

Salam Merdeka Raya!




Salam..SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!


Amacam? best tak raya tahun ni? bagi aku, tahun ni best sangat. salah satu sebabnye ialah aku dapat cuti lame sikit lepas raye. kalau tahun lepas tu, rasenye cuti raye sekejap sangat kot. tak puas nak beraya. tahun ni boleh lah nak pegi beraya umah sape2 pun sebab masuk u balik 12hb. skarang baru 2hb. ala rilex lah. hehe


Yang paling mengujakan, tahun ni adelah tahun pertama aku bagi duet raye! haha. *eh, tereksited plak. takde.  kan mase cuti ni aku keje sekejap 3 bulan. so banyak tak banyak gak lah dapat duet. jadi, apelah salahnye aku bagi duet raye plak tahun ni. tak banyak pun. cukup lah sekadar ahli keluarga aku dulu sebelum bagi kat orang lain. ni pun tak confirm dapat bagi duet raye lagi ke tak. wait and see jelah. orang kate, jangan lah nak bekira sangat dengan mak ayah & adik beradik sendiri. walaupun duet tu aku boleh gune untuk beli beg guess or watsoever, tapi bagi kat mak ayah perlu didahulukan. tak sedap plak rasenye kalo tak bagi.


Ok2. tamo cakap banyak. now lets see what i've got during eidulfitri!


"alhamdulillah tercapai gak ape yang aku imagine kan sebelum ni iaitu gabungan warna kelabu dan merah."






"ingat annas eskey je boleh mekap orang. aku pun boleh ape. haha"







"oh maaf ya. kami tiada tema"









TEMA: ikut suke kau lah nak pakai kaler ape. janji baru. >_<


"polaroid cam"


















Itu saje lah untuk edisi raya ni. edisi merdeka aku takde gambo lah plak. sume dah sebok beraye. lupe lak nak amek gambo bendera. tapi takyah nak tunjuk pun takpe. yang penting kite sentiasa mengingati perjuangan hero2 bangsa melayu kita dahulu. bukan macam mat sabu. ade ke patut cakap orang komunis dulu sebagai hero? tak patut tak patut *eh ingat aku tak ikuti perkembangan semasa? hihi.


"KAMI"
exclusive di blog sahaja. hehe



Maceh bace and klo suke like lah!

Sunday, May 22, 2011

Amar pegi meninggalkan kami

Assalamualaikum~


Hehe. suspen tak tengok tajuk. tapi adeq aku tu memang pegi tinggalkan kami di rumah. dye kan nak masuk uitm dah semalam. so tinggalkan lah jugak orang panggil tu kan. hihi. 

Actually cdey jugak lah dye dah takde kat umah ni. lau tak dye lah yang paling suke kacau orang, suke buat orang marah pun dye lah jugak. lau tak kaco adeq aku yang last tu memang tak sah. tapi sejak amar masuk u, akmal (adeq last) dah takde geng nak kaco. yang jadi mangsa aku. alah, tapi  dye slalo je kaco sume orang dalam uma tu. dah lali.


perghh...dah potong misai nampak 2 tahun mude dari sebelum ni. haha


cek2 rok2. kasut gergasi! tolong!! hehe


yeay! I am going to enter mens hostel...


aku tak suke lah dye dok atas. tapi dah ditetapkan camtu. adeq aku dapat no 346/1..so katil tersebut berada di atas. did you see it? cian dye. T_T


ok. sharp on 4 pm, dorang kene bekumpul sebelum pegi dewan untuk dengar taklimat. bubye! we gonna leave you! tsk tsk..


amek gambar kenangan dapat masok hostel laki. haha. asal ekseted sgt ni. eheh nothing!


mak ngan ayah pun amek jugak depan kolej sempana riau ni. =)


time is running out. hari dah nak malam. 


>_<


Harap2 nye dye elok2 aje kat sane. lau aku ade sekali ley tengok2 kan dye. insyaAllah dye ley biasakan diri kat sane. harap2 jugak takde orang buli dye. yelah, junior lah kate kan. tapi rasenye takde orang buli dah kot. dak2 u sume baik2 kan. lau masuk asrama mase skolah menengah memang dah confirm2 kene buli dengan abang2 senior. aku pantang betol orang buli adeq aku. lau boleh nak smackdown2 dak yang buli adeq aku (acececeh..brani lak. =P) naseb bek dye sekolah bese je.


Maceh bace!

Friday, May 20, 2011

Layaaaann Vanessa Mae


Hye korang. korang dah tido ke? aku belum rase nak tido lagi lah. tadi sebok duk layan YT. sampai tak sedar dah jadi kutu malam. hik3~ actually tadi duk nga layan perasaan. bese lah. dah malam2 ni kan. ni ade 1 lagu dari Vanessa Mae. layan kan jelah yea..



When i was a child, my father always plays this song in the car. not only this song, but every single song in a Vanessa Mae's cd. but now, only the cover existed but the cd was gone. i dunno where is it. but what i was trying to say that this song is amazing. i like this song. my father loves this song. my siblings also like Vanessa Mae's songs. when i heard this song, i feel like my mind are blowing up in somewhere and i enjoy it. hehe. tah la. ape lah aku merepek malam2 ni kan. tapi korang mesti penah dengar jugak kan? err, tak penah? takpe2. video ni khas untuk kamu, kamu dan kamu yang tak pernah dengar ye. =)




Monday, May 16, 2011

Pencuci, kemeja dan bla bla bla



Semalam, yakni hari sabtu, aku ngan family aku ni rancang nak pegi makan pizza. yelah, ade lah budak sorang tu nak makan sangat (sambil jeling adeq ketiga aku tu, amar namenye..lalalala~). so kitorang pegi lah makan pizza time lunch. lepas dah makan, memang dah tau dah pun nak beli barang amar sekali.

Budak ni first time nak duduk asrama. sebelom ni kan belajar sekolah bese jew. mane lah merase nak duk asrama ni kan. lain lah kakak nye ni*ehem! tebatuk pulak. hehe. yang tukang membontoti dye ni dah tentu2 aku. so aku lah yang suh dye beli tu, amek ni, pegi cari tu, pegi suh amek ni. tapi sebelum tu pun dye ade list kan jugak barang2 yang nak kene beli. tapi bese lah tu, ade jeeee yang tercicir2. antara list barang2 yang kene beli contohnye macam......

sabun, berus gigi, ubat gigi, syampoo, bakul nak letak toileterist, kemeja, pakaian sukan, stationary, makanan, sabun basuh, pewangi baju, deodarant, bedak, baldi, tisu, t-shirt putih, seluar slack, seluar track.


so dah habis beli barang2 tu sume, tetibe telupe. ALAMAK! hari ni hari sabtu. no plastic bag please! adudu..macam mane nak buat ni?!

heheh..naseb baek ayah ade. ayah lah yang arrange barang2 dalam troli tu supaya nampak kemas tanpe beg plastik! and naseb baek beli baldi. ayah pun sumbat je barang2 dalam baldi. kan senang. huhu.






The next day: Today is Sunday



Tadi seperti yang dirancang, my boy and me were outing together. lokasi pilihan adelah di OU. tapi nampak gayenye macam banyak kedai tutup untuk renovate. jadiknye, tak dapek lah my boy nak pegi mph. katenye nak carik komik. laen kali ye awak. hehe..


Tadi juz shopping some item and makan2, then tengok wayang. cerita pilihan adelah Kongsi. mule2 aku dah cakap dah kat dye yang adeq aku cakap cite Thor lagi best dari Kongsi. tapi dye nak sangat tengok Kongsi tu. ok, i ikut je. last2 dye sendiri kate tak best sangat sebab dye tak paham bahase klate. hik3~ tulah, degil ni..



Sebenarnye cite Kongsi tu takde lah tak best langsung pun. best..cume tulah. kalo tengok review2 dari suratkhabar pun cakap yang cite tu plot dye tak kemas sangat and beserabut sikit. yang buat cite ni hidup pun sebab watak Tumulak yang sam bawak.

My Name is Tumulak
Made from Thailand



Ok lah. aku mau tidur. mau rehat. esok kene bangun awal sebab nak transfer duet dekat member yang kat segamat tu suh bayar bil. Oh ya!! adeq aku yang ammar tu dapat sambung dekat UiTm Segamat macam yang aku penah bagitau SINI. Good Nite peeps!

Maceh bace and klo suke like lah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...