Showing posts with label girl talk. Show all posts
Showing posts with label girl talk. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

Revlon Just Bitten Kissable


Assalamualaikum ^_^


Aku tak tau lah spesis bangla ni kalau bejalan lalu rumah aku, kalau tak pasang lagu bangla dia tak sah. Pagi-pagi aku nak pegi keje nga siap-siap pakai bedak pakai tudung mesti dari tingkap rumah aku dah dengar dah bunyi gendang lah seruling lah. Dah macam ade sambutan thaipusam dah. Malam pun sama. Kadang-kadang tetiba je dengar bunyi lagu sayup-sayup. Pastu makin lama makin dekat. Tak payah dekat sangat dah tau dah sapekah gerangan manusia yang suka memasang lagu pabila berjalan pulang ke rumahnya. BANGLA. Kau ni bangla. Nanti lah bebila aku belikan kau headphone yee. Terima kasih la sudi share ngan kitorang jiran tetangga lagu-lagu sedap kau tu..huhuh


(Erk..mati lah aku kalau orang bangla yang gheti bahasa melayu bace blog aku. Jangan dia manderem aku sudah. hohoh)


Today is 25th Disember 2012. Esok 26th Disember 2012. It's my lil brother's birthday!! Hehehe. Tadi pegi alamanda. Pegi makan steamboat kat Jonny. Kami pun bawak lah dia makan steamboat sebagai sambutan birthday dia walaupun sepatutnye esok. Ala awal sehari je ye dok. Lepas dah makan-makan, cari cari barang aku, kitorang pun pergi beli hadiah dia. Style family aku, kalau birthday kena tanya dulu nak ape. Senang nak beli ayah kate. Nanti kalau beli awal awal takut tak bekenan pulak kan. So we end up dengan beli jam untuk adik. Ok lah warna hitam. Macho sikit. Macho ke? Macho lah sangat adik aku tu. hahah


Nampak tak betapa ke lautnye aku bercerita sampai tajuk utama tak start-start lagi.(tarik nafas...lepas)


Perasan tak kat atas tu aku ade highlight kan BARANG AKU. kikikiki. Aku memang dah usha lama dah mende alah ni. Kalau tak silap aku, item ni dah ade kat pasaran lama dah. Tapi baru masuk Malaysia baru-baru ni. Dengan sepantas kilat tangan aku pun meng'google' gambar-gambar swatch dari orang yang dah review product ni dan meng'youtube' wanita-wanita omputeh di luar sana yang pantang beli item mekap baru mesti nak buat video nak cagla yang dia ade beli alat mekap baru dan menjadikan muka mereka sebagai bahan ujikaji. Bagusnye dorang ni sebab dorang dah pun membantu aku untuk buat pilihan. hihih

Revlon Just Bitten Kissable
025 Sweetheart Valentine


Swatch for myself






Yeayyy! Akhirnye beli jugak aku crayon ni. Nape crayon? sebab dia macam crayon lah. =P

My komen is....aku sukeeeeeee sangat Revlon Just Bitten Kissable ni. Not greasy. Structure dia macam lip balm as dia kate Balm Stain. Tak kering. Tak melekit as kalau kau cium tangan mak kau, warna dia tak melekat kat tangan mak kau. Tahan lama sebab kalau dah makan pun warna dia still ade lagi. Bau dia macam mint sikit. Dan opkosss, warna dia sangat cantik. Ala-ala fushia gitu.

Aku nak bagi 5 bintang!! =D


Ok lah. Selamat menjamu minum petang kawan2 sekalian. Aku nak buat 5S jap kat bilik aku. Tau ape 5S?? Tak tau pegi tanya orang kerajaan. Mehehehe


TQ.

Thursday, September 6, 2012

Mak Andam

Assalamualaikum ^_^


Agak lame jugak ye aku menyepi. Menyepi daripada mengeluarkan pendapat, berkongsi kisah hati dan sebagainya. Sememangnya perasaan yang lahir dari hati tak dapat dipaksa. Saat2 ingin menulis entry baru dengan nada yang happy, tiba-tiba terlintas perkara yang menyedihkan. Lantas, hati mengeluarkan perasaan dan otak memberhentikan jari-jemari dari terus menaip.


Tapi harini, mood aku lebih stabil dari sebelum ni. Bagus lah. So, ade lah mood sikit nak bercerita. =)


Korang pernah mekap kan orang tak? Mekap kan diri sendiri toksah cerita lah. Kadang-kadang siap curi-curi guna lipstik merah mak lagi. Pastu bila mak balik, cepat-cepat carik tisu lap mulut sampai kering bibir di lapnye. Aku lah tu mase kecik. Pantang tengok liptip. Hehe. 


Nak dijadikan cerita, Sabtu baru-baru ni aku mekap kan kawan aku. Mekap untuk dia bertunang. Ahakz. Malu pulak disuruh mekapkan. Empunya badan ni idok lah reti beno nak mekapkan orang. Suke tengok tutorial mekap, tapi nak buat sendiri pada empunya diri, ish, pelik bebeno je rasa. Nak buat smokey eyes, jadi lebam eyes pulak nanti. Nasib baik my friend ni request jenis mekap yang light-light je. Ala-ala pinkish, soft, light and ayu gitu. Alhamdulillah menjadi lah aku rasa. Huhu. Sebelum ni pun ada pernah mekap kan sepupu kawen. Tapi sepupu ni alim-alim sikit. Jadi, mekap pun soft and natural.


Lepas dah mekap kan kawan pagi tu, tengahari tu pulak bergegas ke kenduri kawen staff Bank Rakyat, tempat praktikal dulu. Pastu petang tu bergegas lagi ke rumah sedara bersama family. Esoknya Ahad, attend open house rumah bff sejak sekolah rendah. So weekend lepas mase aku terisi penuh dengan aktiviti-aktiviti bertemu rakan handai. Sewonok lah! Nak hari-hari macam tu boleh? Boleh lupakan pasal 'dia'. =P


Oh, gambar kawan tunang takde. Identiti dirahsiakan. Huhu. Gambar open house je ade. Tatap jelah yang hado nii..kekek

Maceh bace!

Thursday, July 5, 2012

Shawl panjang dan lebar

Assalamualaikum ^_^


Di petang yang tenang dan tekak yang perit ni, terasa nak kongsi sesuatu pulak kat readers sekalian. jap tengok jam jap. oh mai, only 3 hours from now I can bukak puase! thihihi. tak sabar mak!

During praktikal

Can you see me wearing this beautiful shawl?
*shawl je cantek. orang nye comot. haha


I just want to share. 
this shawl plain ni dia agak berbeza sikit dari shawl plain yang biasa.
ape yang beza nye, shawl ni lebih 1 @ 2 inch dari segi kelebarannye berbanding dengan shawl plain biasa.
*tadi baru betol2 measure, and lebar dia lebih kurang 1 jari kelingking aku.
panjang dia pun lebih panjang dari biasa.
since shawl ni agak lebar + panjang, so aku boleh lah gaya kan shawl ni sambil covering my chest!
clever right? =)


Oh nak tau mane aku beli shawl ni?
you can search this website:



Besides, one of their models ade tunjukkan care yang paling simple nak pakai shawl ni.
aku pulak ade olah2 sikit cara dia dan mengikut keselesaan aku.


So far, kain dia best. kain chiffon kan. biasa lah nipis sikit.
I suggest kan, korang boleh pakai inner neck supaya leher korang tak nampak bile pakai nanti.
Ok lah, enjoy this video k!






p/s: mak cik bedah shukee sangat shawl ni sebab shawl ni telah mewarna-warnikan segala meja kat rumah dia. dari meja makan, meja ruang tamu sampai lah meja tukang kayu. =P


Maceh bace and klo suke like lah.

Tuesday, April 3, 2012

Something for your lips !

Assalamualaikum ^_^


Walaupun dah ngantok, tapi rase naaaaakk sangat tulis blog hari ni. tetibe ade mood and idea balik. hehe
So today saje je lah nak kongsi one of the lips product. memandangkan aku ni suke sangatt dekat any kind of lipstik, balm and whatsoever sejak dari kecil lagi, so saje jelah nak try product dari brand ape tah ni. tak ingat lah pulak. tapi name dye lip smacker. ade jual kat watsons.




Nampak tak dye tulis melon kiss? haa, kalo pakai tu kite akan rase cam perisa watermelon! rase cam nak jilat je banyak2 kali. dye didatangkan dengan 1 balm dan lagi 1 lip gloss. kalo rase nak pakai bese2 je pakai lah lip balm. kalo nak rase cam bekilau2 and tak kering boleh pakai lip gloss. so tak jadi masalah. aku cam tertarik dengan lips ni sebab the whole thing is pink colour! hehe. i very very the like pink colour. so rase membuak2 lak nak beli mase 1st time tengok. cinta pandang petama lah kunun. =P




This is me wearing the lips gloss. base dye aku gune lipstik bese tapi nipis jelah. then aku pakai lips gloss bagi nampak segar. basically dye same je dengan the other lips gloss. cume aku just nak kongsi jelah one kind of lips gloss yang ade perisa. ;)



Selamat Malam peeps!

Maceh bace!

Sunday, March 25, 2012

I've got pouch from HL !

Assalamualaikum ^_^


a 


As you can see, now HL offers you 1 trendy pouch for free! skarang aku dah ade 3 collection from this promotion. cepat lah beli ! lawa2 tau..hehe..sesiapa yang suke minum HL pasti tak akan ketinggalan untuk dapatkan item ni kan? tak rugi ooo..setiap 2 belian dapat 1 free pouch.


2 ade kat aku. lagi 1 (red zebra) mak aku dah amek awal2 dah nak letak stuff mekap dye. senang nak bawak jenjalan. nak stop solat kat mane2 boleh bawak beg tu je. easy right? hehe. 


Maceh bace and klo suke like lah!

Hensem nye kau Aeril Zafrel

Assalamualaikum ^_^

Ok nak hupdate laju2. petang tadi pegi alamanda sebab nak bayar bil. lepas dah bayar bil, aku pun lepak2 kat kiosk tempat keje lame aku. aku boleh kate kiosk tu tempat strategik sangat sebab berdekatan dengan tempat parking. so kalo sesape parking kat situ mesti akan lalu depan kiosk tu.


Then tengah syok borak2 dengan akak kat situ tetibe nampak aeril. aku cakap ngan akak tu. dye tanye aeril mane? aku plak dan2 time tu blank plak dye penah belakon cite ape. yang paling aku ingat sangat dye belakon dalam cite KLIK. tapi tu kat astro ceria. mesti dye tak tengok punye. pastu aku cakap movie 7 Petala Cinta dengan Cinta Kura2 baru dye tau.

Sekali lalu...aku cakap "hensemnye. ala, baru ingat nak amek gambar"
Dua kali lalu..."alamak dye lalu lagi. kak tolong panggil dye kak. cakap kite nak amek gambar. hehe"
Tiga kali lalu..."oh pegi tandas pulak. k2, tunggu lah dye kuar."
Empat kali lalu..."aik, tadi g tandas, macam mane boleh ade balik ni?"#sambil garu2 kepala
Lima kali lalu..."kak, dye g kuar duet tu. ade can ni. dye tengah behenti tu."#curik2 pandang & tetibe tesame pandang lak. hehe


Lepas dah amek duet, dye lalu lagi depan kiosk. tetibe akak tu meluru ke depan then cakap ade orang nak amek gambar. alamak alamak ! ape nak buat ni ! dye dah bejalan ke kiosk ni. naseb baek ade geng. aku pun suruh lah ade akak lagi sorang ni begambar dengan dye dulu. jeng3~

Hasilnye begegar ! hahah. nebes mak !


Hehe. naseb akak tu tak begegar amek gambar aku. huhu. malunye~

Lepas kitorang amek gambar, ade pulak orang yang menyambung nye. ramai pulak yang mintak begambar dengan dye. mostly perempuan muda2 lah. heheh. gatai..temasuk lah aku ! =.=


Selama aku bekerja kat situ, ramai jugak lah artis yang lalu lalang kat depan kiosk tu. dari Lan A to Z, Cat Farish, Ana Dahlia (Isteri Chef Riz), Ustzah Bahiyyah, Iqa (protoge Edry), Siti nordiana (Nana achik), Kicap (Juvana), Rina Salleh (Juara Gadis Melayu 2), Rini (Af), Remy Ishak, Siti Saleha sampai lah ke Yuyu Zulaikha si comel tu. keje menengok orang je. heheh. best sangat keje kat situ.

Eh2, macam dah lame lah pulak becerite ni. hehe sory2 kalo ade telebih action dan emo di situ. tak boleh nak sembunyi perasaan teruja ni. ;p

Maceh bace and klo suke like lah!

Saturday, March 17, 2012

Dulu-dulu punya cita-cita

Assalamualaikum ^_^


"Nama saya Melah binti Melan. Saya tinggal di bawah rumah yang berbumbung. Hobi saya suka picit2 pipi adek yang tembam. Cita2 saya nak jadi perdana menteri"

*hebat lah kalo kecik2 dah ade cita2 nak jadi pm.

Kalo ikutkan dulu2, cita2 sume nak klise je. CIKGU, POLIS, BOMBA.
Temasuk lah aku. ^_^


1. CIKGU

Ramai sangat yang nak jadi cikgu time tu.
Kalo ikut kan dalam kelas, tak yah cakap lah, sume nak jadi cikgu.
Yelah, budak2 mane nak pikir cita2 lain dah.
Tak cikgu doktor. tak doktor polis.
Sebab ape aku nak jadi cikgu dulu?
Sebab aku tengok cikgu boleh dapat hadiah banyak bile sambut hari guru.
=P


2. AKAUNTAN

Bile dah meningkat sikit umur, mule lah beralih arah nak jadi akauntan.
Sebab ape?
Sebab time tu aku selalu dibawa ke tempat keje mak aku.
Environment keje time tu macam best sangat.
Lepas tu aku selalu tengok mak aku gi luar negara.
Time tu memang pikir bukan sebab keje dah.
Tapi pasal duet dapat banyak ngan dapat pegi luar negara.
hihihi..


3. CASHIER

Lame sikit aku pun ubah lagi cita2 aku.
Aku nak jadi cashier.
Dan tahun lepas impian ku tercapai.
Yehaaa!
Hahaha.
Sebab ape aku nak jadi cashier?
Sebab kadang2 time pegi beli barang, suke tengok cashier tu tekan2 kat atas cashier machine tu.
Time tu aku cakap, "Aku nak jadi cashier satu hari nanti."
Hehehe.
Aku penah tulis pasal tu dalam entry ni.



4. INTERIOR DESIGNER

I wish I could design my own house.
Bese lah perempuan.
Suke dengan bende cantek2 ni.
Aku teringin nak decorate bentuk perabot yang aku nak, colour ape yang seswai
dan macam2 lah kan.
Lepas tu dulu selalu beli majalah Impiana sebab dalam tu ade macam2 jenis decorate
yang aku boleh tengok.
Dari bahagian ruang tamu, dapur sampai lah ke ruang landskap.
Aku suke sangat!


5. BUSINESSWOMAN

This is one of my ambition.
Sebab ape aku nak jadi businesswoman?
Sebab aku nak bekerja tanpa makan gaji dari majikan.
Lagi satu, bile bekerja sendiri, diri tak terikat dengan jadual office hour.
Di samping tu, aku minat dalam bidang ni.
Cume maybe belum masenye lagi.


Orite.
Maceh bace and klo suke like lah!
*lame rasenye tak cakap cmtu. hehe

Wednesday, February 22, 2012

Kemas meja solek

Assalamualaikum ^^,


Dah bace dah entry aku pasal macam mane nak kemas stuff make-up yang belambak2 yang korang ade tu? kalo belum sila kan bace kat sini.


Aku kalo nak kate banyak sangat mekap memang tak lah kan. tak reti pun nak pakai sebenarnye. pakai basic2 je reti lahh macam eyeliner lipstik ngan blusher. so nak dipendekkan cerita, lepas aku dah tengok video yang tunjukkan girl tu kemas alat mekap dye, tetibe mood nak kemas alat mekap yang hado tu datang membuak2 macam tsunami. eh, best tau! eheh..


Esoknye aku pegi lah beli bekas2 nak letak barang2 tu sume kat carrefour alamanda. lame jugak lah dok belek2 bekas yang besar mane yang seswai untuk meja dan barang2 aku tu. sambil pikir2 sambil tengok2 barang. rase macam pasangan baru kawen pulak pegi cari barang2 kat bahagian perkakas dalam rumah. huhu..hasil daripada shopping tu, adelah beberapa barang yang takde kaitan pun dengan bekas2 untuk letak alat mekap.


1. Appeton Fish Oil with Omega 3
2. Lip Smacker Melon Kiss
3. Laundry Basket Cartoon
4. Cif Cream Lemon
5. Clairol Herbal Essence Red Raspberry
6. Lux Soft Touch
7. Bekas pink, hijau dan biru
8. Bekas letak syampoo dll



I'm satisfied with my selection. 





Hahaha. you see that. ini lah hasil kreatif aku selama aku dah sibuk bekerja ni. meja pun tak bekemas. balik2 campak jam. balik2 buang mekap. barang biar. so pity kan kat i. penat tau. takde mase nak kemas sume2 balik. but thank Allah sebab niat suci murni aku untuk kemas meja tu tecapai jugak. then, aku pun stat lah aktiviti riadah di bilik serba kecik ni. mule2 campak dulu sume barang2 yang ade kat atas meja. (campak disitu adelah hiperbola ye. takkan lah nak main2 campak kaaaan?) pastu separate kan ikut jenis2 dye. so hasilnyeeee...




Haaa.. sedap sikit mate memandang. nak cari pun senang je. capai sane. capai sini. kan cantek..good job betey..hehe


Maceh bace!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...