Wednesday, August 29, 2012

Raya wehhh =D

Assalamualaikum ^_^


(Sambil hulur tangan)
Selamat Hari Raya...Selamat Hari Raya..
Selamat Hari....eh, lelaki..tak boleh salam :)
Heheh


Selamat Hari Raya readers and bloggerssss!!
Maaf Zahir Batin ye jika saya ada tersalah kata, terlancang bicara, terlebih bergurau dan seangkatan dengan dosa2 apabile menaip ni. Maklum lah..saya hanya insan kerdil je yang tak lepas dari melakukan kesalahan yang disedari mahupun tak. :)


Agak2 basi dah ke citer raya ni? Harap tak lah ye. Hewhew. Actually entry ni dah buat separuh jalan, tapi selalu tak habis. Jadik, let's get started!


Nak citer pasal raya..actually takde yang special pun. Raya pertama beraya di Batu Gajah, Perak. Kebetulan masa kat kubur, nampak Yuna kat sane. Bukan aku yang nampak, tapi sepupu. Hehe. Sesi pertama, biasalah. Sesi mintak ampun mintak maap kat family, pastu sesi kutip duet raye. Eh, I tak mintak tau, tapi dorang yang bagi. Almaklum lah belum keje lagi. Masih menunggu hasil daripada menanam anggur ni. =P


Then sesi bergambar. Jadi biar gambar lah bercerita yeee =D














Wednesday, August 15, 2012

Recipe: My Famous Amos

Assalamualaikum ^_^


Akhirnya siap jugak biskut famous amos aku pagi tadi...famous amos lah sangat! Hahaa. Actually biskut chocolate chips je. Tapi disebabkan bau aroma dia semasa dibakar tu betul2 menyengat hidung sesiapa saje tu memang sebijik macam bau famous amos. Rasa pun lebih kurang sama lah. Tapi aku punya coklat cip tu,  takde lah cair macam famous amos punya. Pandai2 lah cair kan sendiri dalam mulut. Hewhew


Ni pun resepi kawan mak. Aku suka sangat kongsi resepi ni kat orang. Kadang2 kalau rajin, aku buat pastu bawak lah pegi hostel bagi member2 makan. Kalau raya pulak, aku selalu bawak balik kampung. Tak sampai setengah jam dah abes dah eh biskut ni. Laju je dorang makan. Aku pun sempat capai 3-4 biji je daripada 1 balang yang aku bawak..So harini aku pun nak kongsi jugak lah dekat blog kesayangan ni.

Bahan-bahan:

1)    2 cawan gula castor (mine use 1 1/2 je sebab taknak manis sangat)  |  1 buttercup

2)    4 biji kuning telur  |  1 camca teh esen vanilla

3)    4 cawan tepung penaik  |  1 cawan milo

4)   1 camca teh soda bikarbonat  |  chocolatechips



Sebelum tu panaskan oven pada suhu 180 celcius selama 20 minit



FIRST
Campurkan Bahan 1



SECOND
Campurkan Bahan 2. Tapi sebelum tu kacau dulu kuning telur bersama dengan esen vanilla.


THIRD
Masukkan milo dulu, pastu baru tepung. Tepung masukkan 1 cawan pastu kacau, masuk 1 cawan lagi, then kacau...sampai lah cawan ke-4



FOURTH
Masukkan soda bikarbonat. Lepas tu masukkan chocolatechips ikut suka nak masuk banyak mana =)



FIFTH
Bentuk kan bulat-bulat.
Bakar adunan selama 10 minit dengan suhu 150 C.






DAH SIAP!!!




Maceh bace!

Friday, August 10, 2012

Raya tahun ni paling jimat sekali

Assalamualaikum ^_^


Korang..raya nak dekat dah. Dah siap ke persiapan raya? Saya kalau ikut outfit, dah lah kot. Tapi cume 80% jelah. Not 100%. Kalau nak tunggu 100% rasanya tunggu 2hari sebelum raya baru 100% kot. Hehe


Aku baru balik dari bazaar tadi. Niat utama nak cari tudung. Punya lah banyak bawak baju raya temasuk adik punya sekali. Last2 beli 1 tudung je. Adik tak beli pun sebab dye kate tak bekenan. Dah ade kaler yang sesuai dengan kaler baju tapi plain pulak. Dia nak yang bercorak. Aku pulak tak berapa berkenan dengan tudung sarung. Sebab tudung sarung, 1st thing 1st yang aku akan tengok adalah awning dia. Kadang2 tudung sarung yang dorang display selalu kemek2. So aku taknak amek risiko beli tudung yang susah nak ejas.


Then aku tenampak 1 booth ni tudung2 dia sume cantek. Design macam radiusite pun ade tau.

Aku nampak design macam ni



Dan design macam ni


Ok. Aku tergamam!


Aku pun risik2 lah owner booth tu. Untuk design atas sekali tu, Shawl Shasmeen, Radiusite jual RM89 without postage. Tapi akak tu jual RM86, without postage jugak..Ok cantek..Tapi 80 lebih. Pikir 2 kali jugak lah.


Then tanya untuk design kedua ni, Shawl Paddlepop. Radiusite jual harga sebenar RM69. Harga diskaun RM65. Tapi akak tu jual RM60..So, aku macam berkenan kat 1 kaler ni. Mix colour purple, turqoise dengan coklat. Aku mix and match pulak dengan baju raya yang aku bawak tu. Ok masuk masuk. Akak... kira! Heheh


Last2 sekali bila sampai kat rumah, aku try mix and match dengan baju raya yang lain pulak...masuk jugak. Ahh..kalau macam ni save bajet lagi. 


2 pasang baju raya 1 tudung!


Hahah. gila save kan? Dah lah baju raya petama tu mak aku kate boleh pakai waktu convo sekali. Apeee?? Save lagi?? Baik mak. =') 



Yelah..yang membayor nye mak aku. Bukan aku. =P


Maceh bace! 

Bagaimana menangani Putus Cinta

Assalamualaikum peeps..


Siapa kate tak sakit putus cinta. Orang yang tak pernah bercinta atau tak pernah kecewa dengan cinta je tak akan rasa sakit tu. Pedih. Kecewa. Sakit hati. Feeling lonely..Semua sifat2 negatif akan muncul satu-persatu. Itu memang kita tak boleh nak elak. Ia akan datang dengan sendiri tanpa dipinta. Air mata pun akan mengalir mengenangkan hubungan yang dibina hanya bertahan separuh jalan sahaje.


Tapi, jika ini berlaku, jangan lah merayu supaya hubungan itu kembali seperti dulu. Cukup lah sekadar bertanya MENGAPA. It is all about dignity. Jangan lah bikin malu. Orang dah tak nak kat kita..biarlah. Dia jugak yang rugi sebab tanpa dia sedar, dia sebenarnya telah kehilangan orang yang betul2 jujur dengan hubungan itu dan betul2 mencintai dia.




Terima Hakikat

Lupakan lah segala impian kita dengan si dia. Belajar lah untuk terima hakikat bahawa dia bukan yang terbaik untuk kita. Terima lah hakikat bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan setiap perpisahan pula adalah permulaan kepada pertemuan.


Sesi Meluahkan Perasaan

Carilah mana2 rakan kita yang sanggup dengar cerita kita. Kalau kena ceritakan dari A sampai Z, ceritalah. Walaupun kadang2 mereka tak faham dengan situasi kita, kalau dengan cara tu kita dapat kurangkan tekanan kita, just tell it.


Carian di Internet

Kadang2 bila kita putus, banyak bende kita tak boleh nak buat. Apa yang kita akan buat adalah duduk memerap dalam bilik, terkenangkan memori dulu, meraung dalam bilik sensorang, pastu esok mata bengkak. Bila mak tanya, kata konon2 semalam garu mata kuat sangat. Hehe. Pandai tau. Okay, taip lah kat google carian untuk Tips2 selepas putus cinta, atau Cara nak move on bila putus cinta, atau quote2 untuk yang break up. InsyaAllah, dengan cara ni, kita akan gain balik confident and semangat kita. Sebab nya, kat luar sini banyak je blogger2 yang da banyak bercerita pasal ni. *temasuk lah aku. hewhew. Jadiknya, kita tak keseorangan, ok dear. =)


Tumpukan perhatian kepada bende lain

Contohnya, kalau kita takde keje dan sedang mencari keje, haa masa ni lah sesuai untuk tumpukan perhatian  untuk edit resume lah, cari keje kosong lah, dll. Kalau kita ade buat side income contoh jual tudung atau mekap, kita boleh luangkan masa untuk buat tutorial shawl atau mekap.

Mengadu kat Allah

Cara ni sebenarnya kita patut buat awal2. Walaupun kita dah buat macam2 tapi still ingat kat dia, cara ni paling mujarab dan berkesan untuk kita pulih dari luka hati berdarah. Erk, ade ke? Kadang2 bila siang kita boleh untuk lupakan dia sebab kita akan buat macam2 keje. Tapi bila malam, kita mesti akan teringat jugak. Jadi, berdoa lah kepada Sang Pencipta. Ya Allah, jika dia bukan lah jodoh aku, Kau hilangkan lah rasa kasih, rasa sayang aku terhadap dia. Tetapi, jika dia adalah jodoh aku, Kau rapat kan lah hati kami, Ya Allah. 


Dengan cara2 kat atas, aku harap sedikit sebanyak ia boleh membantu kamu untuk melupakan si dia dan berpandangan lebih positif. Aku pun sedang cuba. Same2 lah kita cuba keyh.. =)


Jangan lah risau.  Derita dan kecewa akan hilang dengan masa. Cukup lah 3-5 hari kita asek terkenangkan semua tu. Bagi lah peluang pada diri sendiri untuk merasa kebahagiaan bersama keluarga dan rakan2.





Maceh bace!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...