Showing posts with label nak tau?. Show all posts
Showing posts with label nak tau?. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju


Assalamualaikum ^_^


Dulu ramai yang perkatakan bekenaan dengan beger bakar kaw kaw. Dah jadi macam fenomena. Burger bakar itu, burger bakar ini. Dekat fb pun ramai yang upload gambar "Yeay, kami dah makan beger bakar kaw kaw! Anda bile lagi?!". Dah menjadi macam PERKARA WAJIB DICUBA. Kalau tak cuba kau dibilang ketinggalan zaman. miahahah


Bukan takut dibilang ketinggalan zaman. Tapi dah alang-alang kitorang dah ade kat Wangsa Maju, why not kite try PERKARA YG WAJIB DICUBA oleh orang ramai ni. ^_^


burger bakar kaw kaw yang terletak di wangsa maju


Begini lah keadaan dan kedudukan stall burger tu. Memang betul-betul tepi jalan. You must take a ticket if you want to buy it. Memang banyak sangat permintaan. Kitorang time tu sampai dalam pukul 8 lebih kot kalau tak silap. Dah malam lah. Time aku pegi minggu lepas tu, keadaan dia tak cam ni. Haritu kitorang just beratur untuk order dan ambik nombor dan tempah air, then kitorang just cari meja yang kosong dan tunggu jelah diorang hantar kan. Yang dalam gambar kat atas tu maybe mase awal2 beger bakar femes kot. Skarang nampak lebih eficient.


list price untuk burger bakar kaw kaw

me take Single Beef Set Meal no. 2
RM 7 for burger and another RM1.50 for sausage and cheese sauce as stated

 muka lapar  =P


As my advice, Do Not Eating before you eat this burger. Set ni pun aku dah rase kenyang giler kot. Tak tau lah camne orang yang amek sampai 4-5 tower of burger. Ohh, maybe makan untuk 1 family kot. Tapi seriously, hot dog dye sedap. Burger dye sedap dan dimasak dengan sempurna. So berbaloi lah bayar mahal-mahal..Burppp! opsss heeeee...


muka happy jer masing-masing dapat makanan. hihiihh


TQ.

Wednesday, October 3, 2012

Hutang. Hapuslah dikau dari hidupku

Assalamualaikum ^^


Akhirnya petang tadi dapat jugak lah call PTPTN. Sebenarnya dari minggu lepas lagi mak kata nak call. Tapi asyik lupa lupa dan lupa. Anaknya ni pun lupa lupa dan lupa *banyak makan siput sedut agaknya. Lepas beberapa minit menunggu akhirnyaaa dapat juugak bercakap dengan operator customer service tu.


Tujuan sebenar bersungguh sungguh nak call tu sebab nak tau jumlah bulanan yang aku kena bayar menggunakan konsep ujrah (1%) tu. Bila cari kat laman web dia, dia tunjuk pulak jalan kerja macam mane nak kira bayaran ansuran. Awak, awak tau tak saya dah tak nak tengok jalan kerja macam ni yang boleh juling mata nak mengiranya. Lahaiii..malas betul nak kirakan. Disebabkan tak nak serabutkan kepala, capai telepon, call. Easy right? heheh

kalau rajin kira lah sendiri ye ^^



Ayah sangat rajin. Sebelum ni kalau dia bayar, dia mesti akan simpan resit pembayaran dalam fail. Siap buat time table bulan berapa dah bayar lagi. Tapi sampai akhir tahun lepas jelah. Tahun ni punya belum berbayar lagi. Jadi petang tadi lepas dah buat call lepas dah tanya berapa ansuran kena bayar, cepat cepatlah mak bayarkan sampai bulan september punya. Mak kata selagi ada duet ni bayar jelah dulu. Mak tak suka hutang hutang.


Disebabkan aku guna konsep ujrah, ansuran yang aku kena bayar RM137.80 setiap bulan, sampai tahun 2020. Maka lagi 8 tahun lagi untuk aku settle kan hutang diploma aku. YEEE...DIPLOMA baru yee. Belum masuk degree lagi. Bayaran balik untuk degree hanya akan dikeluarkan 6 bulan selepas tamat pengajian. Tahun depan lah gamaknya. T_T nanges memikirkan hutang yang belum habis bayar. wuuwuuu


ingatkan dah habis belajar, dah habis beban. rupe rupanya beban hutang pula yang mendatang



Kepada rakan rakan sekalian yang sudah bekerja, jangan lupa tanggungjawab anda ye. Adik adik kita yang lain pun nak meminjam seperti kita jugak. Nak bershopping seperti kita jugak. huhu. Nampak nau penyalahgunaan duet disitu. Bagi orang seperti aku yang masih berkebun dan dapat jugak lah hasil sikit sikit ni, tak berdaya dan tak mampu lagi nak membayar seperti kalian. Nasib lah ada mak yang sangat membantu anaknya untuk bayar secara konsisten untuk mendapatkan potongan 10% yang telah diberi oleh kerajaan. Haii kerajaan..potongan je ke? Cuba lah bagi kerja sikit kat kami ni, elok lah jugak. haha..dasar tak bersyukur betul kau ye.


TQ.

Friday, August 10, 2012

Bagaimana menangani Putus Cinta

Assalamualaikum peeps..


Siapa kate tak sakit putus cinta. Orang yang tak pernah bercinta atau tak pernah kecewa dengan cinta je tak akan rasa sakit tu. Pedih. Kecewa. Sakit hati. Feeling lonely..Semua sifat2 negatif akan muncul satu-persatu. Itu memang kita tak boleh nak elak. Ia akan datang dengan sendiri tanpa dipinta. Air mata pun akan mengalir mengenangkan hubungan yang dibina hanya bertahan separuh jalan sahaje.


Tapi, jika ini berlaku, jangan lah merayu supaya hubungan itu kembali seperti dulu. Cukup lah sekadar bertanya MENGAPA. It is all about dignity. Jangan lah bikin malu. Orang dah tak nak kat kita..biarlah. Dia jugak yang rugi sebab tanpa dia sedar, dia sebenarnya telah kehilangan orang yang betul2 jujur dengan hubungan itu dan betul2 mencintai dia.




Terima Hakikat

Lupakan lah segala impian kita dengan si dia. Belajar lah untuk terima hakikat bahawa dia bukan yang terbaik untuk kita. Terima lah hakikat bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan setiap perpisahan pula adalah permulaan kepada pertemuan.


Sesi Meluahkan Perasaan

Carilah mana2 rakan kita yang sanggup dengar cerita kita. Kalau kena ceritakan dari A sampai Z, ceritalah. Walaupun kadang2 mereka tak faham dengan situasi kita, kalau dengan cara tu kita dapat kurangkan tekanan kita, just tell it.


Carian di Internet

Kadang2 bila kita putus, banyak bende kita tak boleh nak buat. Apa yang kita akan buat adalah duduk memerap dalam bilik, terkenangkan memori dulu, meraung dalam bilik sensorang, pastu esok mata bengkak. Bila mak tanya, kata konon2 semalam garu mata kuat sangat. Hehe. Pandai tau. Okay, taip lah kat google carian untuk Tips2 selepas putus cinta, atau Cara nak move on bila putus cinta, atau quote2 untuk yang break up. InsyaAllah, dengan cara ni, kita akan gain balik confident and semangat kita. Sebab nya, kat luar sini banyak je blogger2 yang da banyak bercerita pasal ni. *temasuk lah aku. hewhew. Jadiknya, kita tak keseorangan, ok dear. =)


Tumpukan perhatian kepada bende lain

Contohnya, kalau kita takde keje dan sedang mencari keje, haa masa ni lah sesuai untuk tumpukan perhatian  untuk edit resume lah, cari keje kosong lah, dll. Kalau kita ade buat side income contoh jual tudung atau mekap, kita boleh luangkan masa untuk buat tutorial shawl atau mekap.

Mengadu kat Allah

Cara ni sebenarnya kita patut buat awal2. Walaupun kita dah buat macam2 tapi still ingat kat dia, cara ni paling mujarab dan berkesan untuk kita pulih dari luka hati berdarah. Erk, ade ke? Kadang2 bila siang kita boleh untuk lupakan dia sebab kita akan buat macam2 keje. Tapi bila malam, kita mesti akan teringat jugak. Jadi, berdoa lah kepada Sang Pencipta. Ya Allah, jika dia bukan lah jodoh aku, Kau hilangkan lah rasa kasih, rasa sayang aku terhadap dia. Tetapi, jika dia adalah jodoh aku, Kau rapat kan lah hati kami, Ya Allah. 


Dengan cara2 kat atas, aku harap sedikit sebanyak ia boleh membantu kamu untuk melupakan si dia dan berpandangan lebih positif. Aku pun sedang cuba. Same2 lah kita cuba keyh.. =)


Jangan lah risau.  Derita dan kecewa akan hilang dengan masa. Cukup lah 3-5 hari kita asek terkenangkan semua tu. Bagi lah peluang pada diri sendiri untuk merasa kebahagiaan bersama keluarga dan rakan2.





Maceh bace!

Sunday, April 22, 2012

Jom check gigi percuma

Assalamualaikum ^_^


Tau kan sekarang ni Colgate ade bagi pemeriksaan gigi secara percuma. tak tau? alaa keciannye...ehh korang. pegilah grab peluang tu. bukan selalu tau nak check gigi free. lagi2 lah aku ni yang dah lame tak check gigi. last pun mase darjah 6. haha. terok betul aku.. =.=


Sebelum aku war2 kan kat korang, semestinya lah aku dah buat pemeriksaan tu. semalam aku buat. kebetulan je pun sebenarnye. kebetulan aku g alamanda sebab nak jumpe member lame aku. pastu tenampak kat depan kedai Al-Ihsan ade satu booth Colgate. then, aku terpikir. ini lah peluang aku untuk check gigi free! sebenarnye  dah lame dah hasrat hati aku nak check gigi sejak keluar kat dalam paper. aku pun cari lah tempat2 yang dorang ni bukak untuk check gigi ni. pastu mate tetibe tepacak kat satu name klinik yang betul2 dekat ngan tempat keje aku. Klinik Izra namenye. tapi mase selalu tak mengizinkan...


Tu yang bile nampak kat alamanda semalam terus je pegi. tak nak dah lepaskan peluang kat depan mate. jalan punye jalan punye jalan, ade sorang promoter Colgate ajak untuk buat pemeriksaan gigi. sebelum tu aku jenjalan dulu kat sekitar2 tu. malu sebenarnye tetibe men masuk je kan. wakaka. naseb ade promoter tu. dia suruh aku register dulu kat kaunter depan.

form pemeriksaan gigi


Nak check gigi kena ikut giliran ye. ramai jugak yang nak check ni. ade yang satu family nak check. sekali lah ngan mak ayah ngan anak2 sekali. tak lame lepas tu giliran aku pulak. "Ok, baring". Halamak, dah lame betul rasenye tak check gigi. dah lame jugak rasenye tak rase besi2 yang biasa doktor gune untuk check dalam mulot ni. ala,,besi ape sangat pun. cermin besi tu je..dah lame jugak rasenye tak rase orang renyot2 kan mulut aku ke sane ke mari..ehh berapa banyak dah lame daaa..kekeke


Ok, sedia maklum aku ade masalah kan. ye, aku beria2 nak check ni pun sebab nak tau ape punca sejak kebelakangan ni gusi aku asek bedarah je. nak kate sental kuat2 sangat pun idok. tu yang pening and risau tu. tapi lepas dah check baru lah tau aku ade penyakit gusi dan tartar/calculus


Ape kaitan antara penyakit gusi dengan tartar? ok, ini semua disebabkan oleh aku. yeee..aku yang bersalah. sedihh..haha..ok2. ini semua disebabkan bakteria atau 'plak' yang ade kat sekeliling gigi kite. kadang2 kite selalu bersihkan gigi yang menghadap depan je. gigi yang menghadap belakang kadang2 kite lupe nak bersihkan. so, when it comes to a few years kite abaikan mengenai tu, makanye bakteria2 itu akan membuatkan gusi kite bengkak dan berdarah. so itu adelah puncanye. 




So lain kali, kalo nak gosok gigi, jangan lupe yang dibelakang nye yee. memang kite tak nampak. sebab kite tak nampak lah kite tak tau kan? lepas ni same2 lah kite perbetulkan cara kite gosok gigi tu. walau kite sental pagi petang siang malam pun, tapi kalo cara nye tak betul, tak sihat jugak gigi tu. alhamdulillah jugak lah aku takde masalah gigi berlubang. so bile aku bagitau ayah aku mengenai masalah aku ni, ayah terus kate nak bawak pegi klinik gigi kat bangi tu. murah sikit...tengok lah dalam minggu depan ke..


Aip, japp japp! bukan setakat dapat buat pemeriksaan free je tau. dapat free gift lagi...hehe

ubat gigi berflorida colgate

colgate plax


Jadi sesape yang belum check tu, you better do it now. it is all about your healthy. nak ke nanti bile usia dah meningkat, gigi kite makin teruk dan teruk? tak nak kan..aku tak malu pun untuk bagitau masalah aku ni..sebabnye aku nak ini dijadikan pengajaran untuk orang2 yang membaca blog tak seberapa aku ni. supaya korang tak jadi macam ape yang aku dah alami. orite silent readers? =)


Sampai cini je. Maceh bace!

Tuesday, April 3, 2012

Something for your lips !

Assalamualaikum ^_^


Walaupun dah ngantok, tapi rase naaaaakk sangat tulis blog hari ni. tetibe ade mood and idea balik. hehe
So today saje je lah nak kongsi one of the lips product. memandangkan aku ni suke sangatt dekat any kind of lipstik, balm and whatsoever sejak dari kecil lagi, so saje jelah nak try product dari brand ape tah ni. tak ingat lah pulak. tapi name dye lip smacker. ade jual kat watsons.




Nampak tak dye tulis melon kiss? haa, kalo pakai tu kite akan rase cam perisa watermelon! rase cam nak jilat je banyak2 kali. dye didatangkan dengan 1 balm dan lagi 1 lip gloss. kalo rase nak pakai bese2 je pakai lah lip balm. kalo nak rase cam bekilau2 and tak kering boleh pakai lip gloss. so tak jadi masalah. aku cam tertarik dengan lips ni sebab the whole thing is pink colour! hehe. i very very the like pink colour. so rase membuak2 lak nak beli mase 1st time tengok. cinta pandang petama lah kunun. =P




This is me wearing the lips gloss. base dye aku gune lipstik bese tapi nipis jelah. then aku pakai lips gloss bagi nampak segar. basically dye same je dengan the other lips gloss. cume aku just nak kongsi jelah one kind of lips gloss yang ade perisa. ;)



Selamat Malam peeps!

Maceh bace!

Saturday, March 17, 2012

Dulu-dulu punya cita-cita

Assalamualaikum ^_^


"Nama saya Melah binti Melan. Saya tinggal di bawah rumah yang berbumbung. Hobi saya suka picit2 pipi adek yang tembam. Cita2 saya nak jadi perdana menteri"

*hebat lah kalo kecik2 dah ade cita2 nak jadi pm.

Kalo ikutkan dulu2, cita2 sume nak klise je. CIKGU, POLIS, BOMBA.
Temasuk lah aku. ^_^


1. CIKGU

Ramai sangat yang nak jadi cikgu time tu.
Kalo ikut kan dalam kelas, tak yah cakap lah, sume nak jadi cikgu.
Yelah, budak2 mane nak pikir cita2 lain dah.
Tak cikgu doktor. tak doktor polis.
Sebab ape aku nak jadi cikgu dulu?
Sebab aku tengok cikgu boleh dapat hadiah banyak bile sambut hari guru.
=P


2. AKAUNTAN

Bile dah meningkat sikit umur, mule lah beralih arah nak jadi akauntan.
Sebab ape?
Sebab time tu aku selalu dibawa ke tempat keje mak aku.
Environment keje time tu macam best sangat.
Lepas tu aku selalu tengok mak aku gi luar negara.
Time tu memang pikir bukan sebab keje dah.
Tapi pasal duet dapat banyak ngan dapat pegi luar negara.
hihihi..


3. CASHIER

Lame sikit aku pun ubah lagi cita2 aku.
Aku nak jadi cashier.
Dan tahun lepas impian ku tercapai.
Yehaaa!
Hahaha.
Sebab ape aku nak jadi cashier?
Sebab kadang2 time pegi beli barang, suke tengok cashier tu tekan2 kat atas cashier machine tu.
Time tu aku cakap, "Aku nak jadi cashier satu hari nanti."
Hehehe.
Aku penah tulis pasal tu dalam entry ni.



4. INTERIOR DESIGNER

I wish I could design my own house.
Bese lah perempuan.
Suke dengan bende cantek2 ni.
Aku teringin nak decorate bentuk perabot yang aku nak, colour ape yang seswai
dan macam2 lah kan.
Lepas tu dulu selalu beli majalah Impiana sebab dalam tu ade macam2 jenis decorate
yang aku boleh tengok.
Dari bahagian ruang tamu, dapur sampai lah ke ruang landskap.
Aku suke sangat!


5. BUSINESSWOMAN

This is one of my ambition.
Sebab ape aku nak jadi businesswoman?
Sebab aku nak bekerja tanpa makan gaji dari majikan.
Lagi satu, bile bekerja sendiri, diri tak terikat dengan jadual office hour.
Di samping tu, aku minat dalam bidang ni.
Cume maybe belum masenye lagi.


Orite.
Maceh bace and klo suke like lah!
*lame rasenye tak cakap cmtu. hehe

Monday, February 20, 2012

Supplement yang bagus untuk otak

Assalamualaikum ^^,


Aku ade mase lagi 5 minit untuk aku tido. esok dah kena sambung keje lagi. takmo tido lambat2. jadi, entry ni aku akan buat secepat yang mungkin k. :)


Dulu2 mase aku form-form dulu, selalu je bace surat kabar lah majalah lah. pastu selalu ade kuar iklan artis ni makan supplement itu ini. mase tu dalam hati aku, eh best ke makan supplement ni. bagus ke makan supplement ni. skarang aku dah dewasa, ceh dewasa dah ke, aku dah stat pikir nak makan supplement.


So haritu mase jalan2 kat alamanda, nak cari barang lain sebenarnye, tapi bese lah, perempuan. kalo tak window shopping dulu bukan perempuan namenye. so aku pun window shopping dalam watson. haha. orang lain window shopping kat Mango ke, Nichii ke kan. aku kat watson je.


Belek kat bahagian kosmetik. gel mandian. syampoo. masker. lastly kat bahagian multivitamin. dulu aku teringin nak cari fish oil omega 3. ok, aku pun cari lah. then mate bolat aku ni terus melekat kat Appeton Fish Oil with Omega 3. aku dah tak pikir panjang dah. aku tanye kat adik or kakak tu tentang kebaikan dia. saje je nak test tu. hehe (aku dah survey lame dah khasiat dia sebelum decide nak beli)


Ok amek. terus pegi kaunter dan bayar.

sumber: google
aku beli yang single punye. tak silap harge dia rm48. kalo brand lain mahal lagi rasenye.

Tak perlu lah aku nak citer panjang lebar khasiat dia. ape yang aku nak bagitau, this supplement very ohsem. khasiat dia dapat melancarkan saluran darah especially kepala. bile aliran darah kat kepala berjalan dengan baik, kite pun dapat berfikir secara baik.


Ok, yang ni aku betul2 suke. penah tak kekadang kite ke hulu ke hilir, geledah sane sini nak cari barang. at one time, kite akan rase kepala macam pusing je, or kadang2 nampak cam putih je. ok tu menandakan aliran darah dalam otak kite tak mengalir dengan baik. yes, aku mengalami itu. bile jadi macam tu, aku akan stop dulu, duduk diam2 dan sambung balik keje.


Or penah tak kadang2 kite nak kejar solat ni. takut abes waktu. pastu belari naik atas bilik, amek wudhu, solat. ok, penat sebab belari2 tadi. pastu stat lah pening dia datang. cara yang terbaik biasenye aku akan sujud lame mase rakaat akhir. kan kalo kite sujud darah kite akan turun kat otak. baru kurang cikit pening dia.


Then, bile aku makan supplement ni, guess what? aku dah tak rase langsung macam tu. mule2 macam tak pecaye. tapi baru sekejap tadi aku geledah barang. dan kebiasaannye bile aku dah mengah dan letih, aku akan rase macam tu taw. tapi tadi tak. wahhh seronoknye!! XD


So aku nak suggest kan kat korang, kalo slalu ade rase pening2 camtu, try this. fish oil omega 3 ni banyak khasiatnye. bukan setakat untuk otak sahaja. :)


Maceh bace!


Wednesday, February 1, 2012

Mason Jar penambah seri

Assalamualaikum ^^,


Today aku ingatkan nak buat tajuk entry laen. tapi tetibe tenampak pulak bekas-bekas kaca or plastik  yang dipanggil mason jar ni. what i like about mason jar ni ialah jar ini dapat melengkapkan ruang-ruang yang kelihatan kosong. in case kalo kite ade beli rumah then kite tak tau nak letak ape kat dapur kite supaya tak nampak kosong sangat, so u can place this mason jar untuk nampak lebih menarik. like this...



or in our wedding! it can be as creative as possible by using this mason jar. nampak macam cantek and vintage sangat bile gune jar ni. tapi biarlah saiz tu yang kecik2 je supaya nampak lebih chomel. =P  bile dalam majlis kawen tu, boleh lah gune kan mason jar ni untuk letak lilin or gambar or bunge or whatsoever lah kan sekreatif mungkin. mesti nampak menarik!











Kalo korang jenis suke mengumpul barang2 kecik contohnye dulu2 korang suke kumpul kulit kerang ke butang ke, kalo rase dah banyak sangat pastu tak tau nk simpan kat mane, boleh la simpan dalam mason jar ni. pastu jadikan hiasan. mesti cantek!






Nak jadikan tempat korang letak barang2 harian pun boleh. contohnye nak letak sikat ke berus ke dan macam2 lah kan. letak jelah. dan kena lah letak kat tempat yang bersesuaian.



Ok, itu sahaja. Selamat Mencuba!

source: uncle google

Maceh baca!

Tuesday, December 27, 2011

Saya dah! Anda bile lagi?

Assalamualaikum ^^,


Ape yang belum ape yang dah ni? hehe..saya bukan nak gebang sangat tapi memang nak jugak lah kan. pagi tadi mak ajak pegi daftar untuk mengundi. aku macam malas. tapi mak beria2 suruh aku pegi. asek tanye je nak pegi pukul brape. last2..ok, slow2 aku pun merelakan diri untuk mendaftar.


Tapi sebelum pegi tu, aku sempat tengok dekat website SPR. mane tau kot2 ade bende penting nak kena bawak ke kan. ne tau nak sijil SPM ke tetibe plak, naya laahh sebab sijil kat rumah sewa. =.= yang ni pun mak aku yang suruh. huhu. mak, sesungguhnye anak mu ini memang tak pandai bab2 nak jadi dewasa sangat ni. :p


Then aku pun search lah 'SPR'. dah bukak laman utama dia, pastu pegi dekat pendaftaran yang ade kat tab atas, pilih lah nak tengok ape kelayakan untuk mengundi, camne cara nak mendaftar and kat mane nak daftar ni. aku malas nak tengok kelayakan sebab memang sah2 lah aku layak. dah 22 dah dek non..aku just bukak camne care nak daftar ngan kat mane nak daftar.




After know all the information, then aku ngan mak were heading into Suruhanjaya Pilihan Raya dekat tempat keje mak aku dulu kat JPA. pastu, mak jaga kete dan aku sensorang pegi daftar kat dalam. memula tanya kat kaunter depan tu. pastu dia suruh gi kat kaunter kat belakang. 


Mase aku datang tu ade dalam 2 orang tengah daftar. umur dalam average 30++. eh, takkan baru nak daftar?? em bia jelah dema tu. awok malas nak amek port. then akak yang manis tu pun mintak i/c. then dia masukkan maklumat2 tu dalam komputer, then print out. pastu dia suruh kite cek balik betul ke tak maklumat dalam tu, pstu baru kite sign.


Dia kate lagi, dalam mase 2bln dari skarang kite boleh cek semakan pendaftar kite dalam website, means dalam bulan Feb lah. nanti tengok kat sini ye:



Ok, korang pun jangan lupe mengundi ye! =)



Maceh bace!

Monday, November 7, 2011

Jaga lah bau badan anda

Assalamualaikum readers ^^..


Are you a smelly person? ehh! camne nak tau. kite bukannye boleh bau diri sendiri. betul tak? er, tapi boleh kot rasenye bau diri sendiri. hik3


Cerita harini pasal orang yang badannye berbau. masalah seperti ini biasanye terjadi dikalangan orang yang berbadan besar. but, but..not mostly lah. sebabnye, ade je orang yang berbadan besar ni yang wangi baunye. so, don't judge somebody with their physical appearance ok? =)


Kenapa aku tetibe nak cakap pasal ni? sebab nye, pernah 1 hari tu. mase tu aku tengah keje. aku dapat customer yang boleh kire alim gak lah. but one thing that i get annoying was 'bout her smell. aku rase macam nak berdiri jauh je dari dye. tapi nanti nampak sangat pulak. so aku terpaksa tahan nafas, lepas pelan2. pastu amek nafas dalam2 jauh sikit dari dye. huhu. serious. aku macam sesak nafas kot duduk dekat2 dengan customer tu.


Then, i teringat one of my friend before this get the same problem. i don't know whether she realize or not. but when i close to her, i can smell something that er...quite smelly gak lah. characteristic dye same macam customer aku tu. dye agak alim gak lah. but but, don't get me wrong. aku tau bukan sume orang alim macam tu. so ape yang boleh aku pikir tentang orang2 yang berbau ni, oh maybe dye tak nak bau wangi2 sangat kot.

yeah, i know. Allah tak bagi kite pakai bau2an yang boleh menyebabkan lelaki bukan muhrim bau haruman kite. tapi at least pakai lah bau2an supaya boleh menghilangkan bau yang tak menyenangkan tu, likes pakai deodorant for example.


kalo pakai deodarant at least ia boleh selamatkan hidung2 orang sekeliling dari bau yang tak menyenangkan. especially dari kawan2 yang rapat dengan kite.


So, my advice, jagalah bau badan anda!

Maceh bace!

Wednesday, September 21, 2011

Bile perempuan berkias

Hello sensitive ladies and mr. don't know anything. now i'm eating kitkat. hehe. just ignore it. >_<


Korang pernah tak berada in situation which is kadang2 kite tengah marah, atau sedey atau nak kan sesuatu, tapi tak cakap straight to the point. which is jugak kite selalu jew perli2 atau bagi hint pape lah supaya pasangan kite ni tau kite in that situation.


Contoh yang paling senang difahami:


P: e'eh..cantiknye beg pink tu..suke cangat!(sambil menghentakkan kaki)
L: cantek ye.. nak?
P: eh takyah lah. mahal lah..
L: eh takpe..klo u nak, amek jelah..
P: eh takpe lah..takpe..i just nak tengok je.(tapi mate tak beganjak2 pon dari beg tu)


So, in that situation, sebenarnye perempuan tu nak sangat kat beg pink tu. tapi rase macam serba salah lak nak mintak. so ape yang dye boleh buat adelah cakap je taknak beli lagi. padahal klo laki tu belikan je terus untuk perempuan tu, bukan main lagi dye suke. biasa lah..perempuan kan pemalu..>_<


Sometimes, perempuan suke kan lelaki yang romantik. macam tarikkan kerusi bile nak makan, bukakkan pintu bile nak masuk dalam kereta, payung kan perempuan bile hujan, ambikkan barang yang jatuh, belikan some cute gift bile perempuan nga majuk atau datang jumpe perempuan tu secara surprise. er, tapi tolong bawakkan handbag perempuan sangat tak romantik ye. so this kind of thing, kite selalu perli2 kat lelaki tu.


Contohnye:


L: ala, babun baby jangan lah majuk da..pliss pliss pliss
P: .......
L: hello hello..?
P: emm ye.
L: ok2. baby jangan majuk2 dah ye. b tak angkat baby jatuh tadi sebab tangan b penuh barang. baby plak nape tak tolong b angkat barang tadi?
P: what??!
L: e'eh sory..b gurau je..
P: huh!!! kan best klo ade orang bawak bunge mase kite nga majuk. i tengok pakwe si polan tu romantik je. asek bagi tedy bear je bile si pulun tu majuk!


So in that situation, perempuan tu dah terang2 dah dye nak macam mane klo dye majuk. klo laki tu tak paham2 gak tak tau lah nak cakap ape. ade sesetengah perempuan dye akan cakap terus terang. tapi ade jugak jenis yang berkias2. so korang sebagai laki, kena lah pandai tafsir ape yang makwe2 korang tu nak sampaikan.




Maceh bace!


Monday, August 1, 2011

Video sotong menari dalam pinggan




Klip video ini dirakam oleh seorang pelancong di Tokyo. ape yang aku tengok, video ni menunjukkan seekor sotong menari dalam mangkuk hayun ni bile dye menuangkan sos soya kat sotong tu. tapi, sebenarnye sotong tu bukannye menari pun. sotong tu dah mati dah, cume yang buatkan sotong ni bergerak gedik geletik macam tu, sebenarnye disebabkan oleh sos kacang soya tu.


Sos kacang soya tu ade bahan kimia sodium. so bile sos tu kena kat sesungut sotong yang baru mati, maka terhasillah satu kejutan elektrik kat sesungut sotong yang belum mati lagi. tu yang macam menggelupur sikit tu sotong tu. tapi, video ni orang lain dah salah anggap. ingatkan pengurus restoran tu bagi sotong hidup2. lau bagi sotong hidup2, bukan ape, sian kat sotong tu. terseksa dye nanti.


Huhuh..tetibe lak nak buat entry ni sebab video ni nampak menarik. tak penah lagi jumpe sotong menari camtu. =p


Thursday, July 21, 2011

Rini Af beli something dari aku



Alhamdulillah..selamat sudah rini ni nikah. haritu dye datang kedai nak cari something. nak cari ape tu rahsia lah kan. then promote promote promote, dye beli jugak. then dye becerite lah. dye kate nak nikah dah dengan tunang dye minggu depan (means minggu lepas lah sebab dye beli minggu lepas). pastu dye tunjukkan tunang dye. yang kembar dye dah kawen dah. kitorang pun angguk2 je. hihi. cantik jugak lah dye ni face to face. hitam manis. suara besar sikit. tinggi lampai. kurus. then, lepas dah bayar, dye pulak yang salam kitorang. huhu. macam dah tebalik lak. then sambut jelah salam dye sambil congratz dye. kesimpulannye... dye peramah.


Nak cite lagi nih. hari selasa baru2 ni, aku keje lah macam bese kan. tibe2 tenampak satu wajah yang pernah aku tengok sebelum nih. orangnye agak comel dan fashionable ye. sekilas pandang macam 1 blogger famous tu. lame2 pandang, "Eh, Yuyu Zulaikha!"


Takkan nak kejar plak kan. dah la nga keje time tu. mampu pandang dari jaoh je dye dengan someone. hihi. dalam hati aku kate, maybe g tengok wayang kot. time tu dalam pukul 3 lebih lau tak silap. pastu pukul 8 or 9 lebih camtu nampak dye sekali lagi time balik. pun tak sempat nak tego sebab tengah layan customer. huhu. tak dapat tego pun takpe lah. janji dapat tengok dye face to face. baju yang dye pakai macam dalam link INI.


Itu sahaja dari saya. malam jap g nak update entry lain pulak. kejap lagi nak g makan malam nan family. er, tapi pukul 5.30 petang. itu dikira makan malam ke ek? huhu. hentam jelah kan. janji makan. lau lapa lagi malam kang, mentekedarah lah makanan lain pulak. ape susah kan? >_<


Maceh bace!

Wednesday, July 6, 2011

I hate PMS ok

Ok. entry ini bukan sahaja untuk tontonan para gegurl sahaja. tapi para boboy pun boleh nak amek tau jugak. toksah lah nak malu2 ye. sebabnye, penyakit ni mane tau mak korang ke, adik korang ke, or tak pun makwe korang ke pernah mengalaminye. so aku nak kongsi lah sedikit sebanyak pasal PMS ni.


What is PMS? PMS ialah dalam bahasa inggeris nye, Premenstrual Sydrome, atau bahasa moden nye ialah senggugut. actually aku pun tak tau berapa ramai perempuan2 kat luar sane memang mengalami senggugut tiap2 kali datang bulan mengambang. tapi besenye simptom2 yang akan jadi kepada si 'mangsa' ini ialah cepat marah, emosi tak stabil, sakit sendi or pinggang, kuat makan, mudah pitam, dan muntah2.



Korang yang lelaki2 ni kena lah amek tau jugak bile si perempuan2 ni angkat bendera merah. sebabnye, korang boleh tau kenape mood perempuan2 ini berubah. bile mood perempuan2 ini dah berubah, kejadian seperti buku2 di rumah habes dibaling oleh kakaknye akibat daripada adik lelakinye kacau kakaknye yang sedang mengambang tu. dan kejadian seperti si makwe merajuk dengan si pakwe nye selama sebulan akibat daripada si pakwe tidak membalas mesej yang dihantar 5saat lepas turut berlaku.


Jadi, untuk menghalang kesemua kejadian yang tak diingini berlaku, maka hendaklah kamu semua lari daripada rumah. HEHE. sory lah dah ngigau sikit. k2. bile dah tau yang si wanita ini akan datang bulan, so janganlah buat bende yang dye tak suke. kena pandai2lah tackle dye supaya dye tak terasa hati yang boleh buat dye marah.


Ok, bagi kaum2 hawa yang seangkatan dengan aku, sediakan payung sebelum hujan ye. lau dah agak2 yang korang dah in time, bawak lah siap2 pampers berjenama Petpet dalam handbag ye. huhu. jangan sampai orang belakang tau ape yang tak patut dye tau. lagi satu, sediakan panadol satu papan sebagai persediaan kalo korang tak tahan sakit sangat. dan salah satu cara untuk hilangkan cara sakit tu ialah dengan TIDUR. bile tido, kite tak akan rase sakit tu. dan ape yang aku biase buat bile sengugut ni menyerang, aku biasa nye akan letak losyen mustajab pati halia untuk hilangkan rase sakit tu. not 100% hilang, but dijamin boleh mengurangkan rase sakit tu.



So bile aku keje kat tempat keje aku skarang ni, aku dapat tau, produk2 kat bawah ni dapat membantu mengurangkan risiko senggugut kita. antaranye:

1. Mustika Ratu Perawatan Putri Remaja



2. Jamu Mak Dara Almira



3. Pil Binari Puteri



Antara keistimewaan ketiga2 produk ni:

> mengurangkan senggugut
> membuang toksik dalam badan
> memberi tenaga
> rahsia untuk kekal awet muda
dan macam2 lagi.

Ok, tu jelah aku nak kongsi. Selamat Malam peeps~

Maceh bace!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...