Assalamualaikum ^_^
Aku tak tau lah spesis bangla ni kalau bejalan lalu rumah aku, kalau tak pasang lagu bangla dia tak sah. Pagi-pagi aku nak pegi keje nga siap-siap pakai bedak pakai tudung mesti dari tingkap rumah aku dah dengar dah bunyi gendang lah seruling lah. Dah macam ade sambutan thaipusam dah. Malam pun sama. Kadang-kadang tetiba je dengar bunyi lagu sayup-sayup. Pastu makin lama makin dekat. Tak payah dekat sangat dah tau dah sapekah gerangan manusia yang suka memasang lagu pabila berjalan pulang ke rumahnya. BANGLA. Kau ni bangla. Nanti lah bebila aku belikan kau headphone yee. Terima kasih la sudi share ngan kitorang jiran tetangga lagu-lagu sedap kau tu..huhuh
(Erk..mati lah aku kalau orang bangla yang gheti bahasa melayu bace blog aku. Jangan dia manderem aku sudah. hohoh)
Today is 25th Disember 2012. Esok 26th Disember 2012. It's my lil brother's birthday!! Hehehe. Tadi pegi alamanda. Pegi makan steamboat kat Jonny. Kami pun bawak lah dia makan steamboat sebagai sambutan birthday dia walaupun sepatutnye esok. Ala awal sehari je ye dok. Lepas dah makan-makan, cari cari barang aku, kitorang pun pergi beli hadiah dia. Style family aku, kalau birthday kena tanya dulu nak ape. Senang nak beli ayah kate. Nanti kalau beli awal awal takut tak bekenan pulak kan. So we end up dengan beli jam untuk adik. Ok lah warna hitam. Macho sikit. Macho ke? Macho lah sangat adik aku tu. hahah
Nampak tak betapa ke lautnye aku bercerita sampai tajuk utama tak start-start lagi.(tarik nafas...lepas)
Perasan tak kat atas tu aku ade highlight kan BARANG AKU. kikikiki. Aku memang dah usha lama dah mende alah ni. Kalau tak silap aku, item ni dah ade kat pasaran lama dah. Tapi baru masuk Malaysia baru-baru ni. Dengan sepantas kilat tangan aku pun meng'google' gambar-gambar swatch dari orang yang dah review product ni dan meng'youtube' wanita-wanita omputeh di luar sana yang pantang beli item mekap baru mesti nak buat video nak cagla yang dia ade beli alat mekap baru dan menjadikan muka mereka sebagai bahan ujikaji. Bagusnye dorang ni sebab dorang dah pun membantu aku untuk buat pilihan. hihih
Revlon Just Bitten Kissable
025 Sweetheart Valentine
Swatch for myself
My komen is....aku sukeeeeeee sangat Revlon Just Bitten Kissable ni. Not greasy. Structure dia macam lip balm as dia kate Balm Stain. Tak kering. Tak melekit as kalau kau cium tangan mak kau, warna dia tak melekat kat tangan mak kau. Tahan lama sebab kalau dah makan pun warna dia still ade lagi. Bau dia macam mint sikit. Dan opkosss, warna dia sangat cantik. Ala-ala fushia gitu.
Aku nak bagi 5 bintang!! =D
Ok lah. Selamat menjamu minum petang kawan2 sekalian. Aku nak buat 5S jap kat bilik aku. Tau ape 5S?? Tak tau pegi tanya orang kerajaan. Mehehehe
TQ.