Sunday, January 20, 2013

Tutorial: Shawl Halfmoon


Assalamualaikum ^_^


This tutorial requested by my friend, Fifiey (nak pakai untuk kawen nanti ke pix..kekeke). Dulu-dulu aku pernah bercita-cita nak share cara aku pakai shawl dalam blog sebab ramai jugak friends suruh aku ajar dorang cara aku pakai shawl. Maybe bukan aku sorang, tapi maybe ramai pengguna atau penggemar shawl akan kerap ditanya soalan camni. Jadi harini lahirlah satu tutorial *acecece* ikhlas dari aku tentang bagaimana aku pakai shawl. Muka memang stok selamber yaya + malas nak control ayu + ini sume poyoooo je (bak kate johan). wakakaka


Shawl Halfmoon


1. Pin kan kerongsang ke belakang kepala.

2. Ambil helaian shawl dari sebelah kanan dan pin kan (untuk menutup inner neck / leher).

3. Dari helaian yang sama, pin kan keronsang ke sebelah kiri (untuk tutup inner neck / leher).

4. Hasil dari step 2 & 3. Biarkan saja lebihan yg ada.

5. Tarik helaian shawl dari sebelah kiri pula ke kanan (untuk menutup dada). Pin kan mengikut keselesaan.

6. Ejas shawl mengikut kesesuaian & keselesaan dan pin kan di atas bahu untuk nampak lebih kemas.




1. Eh eh..rasa macam pendek pulak. =P

2. Haa..kan ok labuhkan sikit. heee =)

3. I disagree lah label tu ade kat blakang. Tak boleh nak sorokkan. =(

4. Shah Alaaammm..peace yooowwww (haha..tpengaruh MLM)




Oh ya. Aku beli di RAPPYGORGEOUS.
Tapi aku tak beli melalui online.
Aku beli kat pasar malam dekat ngan rumah aku sebab dia ade jual kat situ.
Design adalah eksklusif, bermakna hanya ade 1 warna dan corak setiap keluaran.
Harge RM45 by hand.


Ok, happy holiday peeps!


TQ.

Saturday, January 19, 2013

Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju


Assalamualaikum ^_^


Dulu ramai yang perkatakan bekenaan dengan beger bakar kaw kaw. Dah jadi macam fenomena. Burger bakar itu, burger bakar ini. Dekat fb pun ramai yang upload gambar "Yeay, kami dah makan beger bakar kaw kaw! Anda bile lagi?!". Dah menjadi macam PERKARA WAJIB DICUBA. Kalau tak cuba kau dibilang ketinggalan zaman. miahahah


Bukan takut dibilang ketinggalan zaman. Tapi dah alang-alang kitorang dah ade kat Wangsa Maju, why not kite try PERKARA YG WAJIB DICUBA oleh orang ramai ni. ^_^


burger bakar kaw kaw yang terletak di wangsa maju


Begini lah keadaan dan kedudukan stall burger tu. Memang betul-betul tepi jalan. You must take a ticket if you want to buy it. Memang banyak sangat permintaan. Kitorang time tu sampai dalam pukul 8 lebih kot kalau tak silap. Dah malam lah. Time aku pegi minggu lepas tu, keadaan dia tak cam ni. Haritu kitorang just beratur untuk order dan ambik nombor dan tempah air, then kitorang just cari meja yang kosong dan tunggu jelah diorang hantar kan. Yang dalam gambar kat atas tu maybe mase awal2 beger bakar femes kot. Skarang nampak lebih eficient.


list price untuk burger bakar kaw kaw

me take Single Beef Set Meal no. 2
RM 7 for burger and another RM1.50 for sausage and cheese sauce as stated

 muka lapar  =P


As my advice, Do Not Eating before you eat this burger. Set ni pun aku dah rase kenyang giler kot. Tak tau lah camne orang yang amek sampai 4-5 tower of burger. Ohh, maybe makan untuk 1 family kot. Tapi seriously, hot dog dye sedap. Burger dye sedap dan dimasak dengan sempurna. So berbaloi lah bayar mahal-mahal..Burppp! opsss heeeee...


muka happy jer masing-masing dapat makanan. hihiihh


TQ.

Thursday, January 17, 2013

Interview di MOF dan BR


Assalamualaikum ^_^


Ohh..mataku agak mengantuk ye sekarang. Baru pukul 9.50. Ni mesti penangan interview tadi lah ni. *sigh


Hari Isnin lepas, aku dapat 2 panggilan interview. Satu dari Kementerian Kewangan (MOF), satu lagi dari Bank Rakyat (BR). 2-2 panggilan suruh aku datang interview hari Rabu. Dengan sepantas kilat, aku pun terus call mak sebab dah pening nak pilih mana 1 nak pergi ni. Mak kan penasihat peribadi aku. Eh jadi haruslah ngomong sama dia dong..Wakaka. ok tak lawak. -_-


Aku pun mengambil keputusan untuk attend 2-2 interview.


Hari yang dinanti telah tiba..


Aku tak tau nak kate prepare ke tak. Tapi adelah buat persiapan untuk bekalan makanan interview nanti. Preparation yang aku buat pun memang more on government lah. Sape tak nak keje gomen kan. Boleh kerat telinga lah kalau ade yang tak nak keje gomen. Makanya kena lah bersusah payah sikit ulangkaji pasal MOF tu sendiri, plus pasal isu semasa, pasal Bajet 2013, pasal jawatan tugas yang ditawarkan dan prepare jugak buat satu karangan introduction diri dalam bahasa inggeris.   Mana tau kot2 kena cakap omputeh pulak kan. Ok pastu pagi tadi pegi lah bangunan MOF yang melengkung tu. Ingatkan tak ramai yang datang interview. Sekali haaa..amik kau. 33 orang candidate datang untuk post tu. Cuak neves gementar suma dah besatu meletop dah ni. >_<


Tempat diinterview dalam bilik mesyuarat. Panel 2 orang lelaki. Ingatkan kena interview berkumpulan. Rupa2nya individual. Lega lah sikit. sebabnya kalo bekumpulan, kita akan nampak segala kelebihan orang dan segala kelemahan kita. Kalau salah percaturan memang boleh buat kita rasa down and tak confident nak jawab. Bila dah masuk, soalan pertama yang ditanya "Ceritakan pengalaman bekerja anda". lahhh..takde introduction diri ke? Iye2 lah aku prepare. siap dalam bahase inggeris lagi.heheh. Kesimpulannya, panel banyak tanya aku pasal loan, ceritakan kelebihan dan kelemahan kita, boleh keje lebih masa ke tak, boleh keje berkumpulan atau individu dan banyak lagi lah. Aku pun dah tak ingat. Tapi kat aku dia takde lak tanya pasal isu semasa. Nasib lah semua tu. Ade yang kena ade yang tak. Macam ade sorang candidate ni kena introduce dalam bahase inggeris. Haa tu nasib dia lah. And aku bersyukur sangat sebab kena interview sebelum lunch. Macam tau2 je aku kena kejar interview kat BR lepas tu. =)


Lepas interview kat MOF, aku balik rumah dulu. Makan siap2 sume. Pastu terus gerak ke Bentong, Pahang dengan ayah. Agak jauh sikit, tapi berbaloi lah. sebab lepas tu terus g melawat atok ngan nenek sekali. Eh tau tak sekarang BR dah bukak 11 cawangan baru? Ade dekat Pahang, Kedah, Sabah & Sarawak kalo tak silap. Boleh tengok kat sini jawatan ape yang ade dan jugak kat sini. Nasib baik bos kat situ sudi lagi nak interview aku walaupun aku sampai agak lambat. Masa aku datang tu pun banyak mende tak siap letak lagi. Kerusi meja masih berbalut. Ade yang nga pasang wayering lagi. Ade dok ngecat lagi. Berkemungkinan isnin depan baru mulakan operasi and 2hb baru nak launch kan BR kat situ. Pastu aku pun kena interview sikit2 then borak2 sikit pastu tunggu jelah result.


And the most important thing, harini adelah pertama kali dalam hidup aku attend interview yang formal and perasaannya memang lain betul. Dah la first time, 2 interview sekaligus pulak tu! Aishh, memang mencabar fizikal rohani dan jasmani betul. Kita bukan tamak tau, tapi mencobe untuk grab any opportunity yang ade. Kita tak tau rezeki mana yang Allah nak bagi kat kita. Jadi ikhtiar jelah. then tawakal.


# Akhirnya siap jugak 1 entry :)

TQ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...