Sunday, September 30, 2012

Segmen: Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Assalamualaikum ^_^


Seronok rasanya bila dapat berjumpa semula dengan sedara/sepupu yang hanya dapat berjumpa setahun sekali je. Walaupun tahun ni kitorang tak sempat jumpe masa raya, tapi dapat jugak jumpe sebab diorang nak lawat ayah kat rumah. Yang bestnya, diorang siap tido lagi kat rumah for the first time. Seronoknya, sebab dulu masa kecik2 kitorang rapat. Then bila dah besar makin jarang pulak jumpa. :(  huhuh


Hohoh. Nampaknya entry tidak seindah tajuk yang diberi.


Baik2. Berbalik kepada tajuk entry, kali ni aku akan join segmen yang telah ditagged oleh si cantik Fifie, my college mate. Actually tak tau pulak due date segmen ni 30 september sebelum 11 malam. kuikuikui. Maka, harus lah aku siap kan jugak entry ni secepat mungkin ye. =)




Sememangnya owner segmen ini, Nabila Medan mempunyai sebuah blog yang sangat cute, banyak doddles, penuh dengan informasi mengenai tutorial blog dan boleh menerima tempahan untuk header dan lain2. Rasanya tak perlu lah diterangkan lagi kenapa aku join segmen ni. Sudah terang lagi bersuluh ye. Harapan saya agar jumlah followers saya dapat bertambah dari yang sekarang yang kecemetot tak seperti rakan2 bloggers yang lain dan dapat menambahkan kenalan bloggers yang sudi mengenali diri ini (kalau sudi lah.hukhuk) serta boleh menjalinkan ukhwah persahabatan di alam maya ini. Wahh. Bak kata pepatah. Yang jauh kita rapat-rapatkan. Yang dekat kita mesra-mesrakan. Tak gitu? hewhewhw






Dengan ini aku nak tag 2 rakan bloggers aku iaitu Cik Nana si gadis manis, dan Mat Romeo si pelaut. Hiks

Maceh bace!

Thursday, September 27, 2012

The Superhero is back

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..petang semalam (rabu petang) ayah dah discharge dari wad kat IJN. Ayah kena transfer ke IJN hari Isnin lepas untuk tindakan susulan.
Before: saluran darah ayah sempit
After: saluran dah makin besar lepas buat angioplasty



Result 1. Doktor kata ada 2 tempat tersumbat kat saluran darah berdekatan dengan jantung ayah (dalam gambar tunjuk 1 je). Nasib baik ayah cepat dibawa ke hospital haritu doktor kate. Maksudnya kes ayah sangat serious..yelah, sebab berkaitan jantung kan. Pastu ayah kena amek procedure angiogram. Dalam procedure ni, doktor masukkan something macam belon untuk dilalukan ke dalam saluran darah ayah untuk nak tau mana-mana tempat yang tersumbat. Jadiknye, bila ada yang tersumbat, belon ni akan dilalukan lalu membesarkan saluran darah ayah yang tersumbat tu. Haa, korang boleh nampak tak gambaran nye..? Buat-buat nampak lah yeee..Heee


Result 2. Doktor kate ayah tak boleh bawak kete for 6 weeks! Omo omo..keje ayah dah lah kena bawak orang. Ayah pun rajin pegi surau. Nampaknye ayah kena lah berehat sebulan lebih untuk sementara waktu ni. Doktor suruh rehat 6 minggu sebab takut berkemungkinan kalau dia tak rehat, serangan tersebut akan terjadi balik untuk kali kedua. isshhh...risau nye lahaiiii


Result ayah dah tau kan? Terima kasih pada kamu kamu yang sudi mendoakan ayah saya cepat sembuh. Jasa kalian pasti diberi ganjaran oleh Allah. ^^


Ok2. Citer pasal ayah dah. Sekarang aku nak cerita pasal IJN pulak. Banyak bende yang buat aku eksited lalu mengambil gambar banyak2 untuk tatapan anda semua yang mungkin tak tahu pasal ni. =P



Haaa..nampak macam mangkuk tandas bukan (gambar atas)??kekeke
Actually ni adalah bekas makanan untuk pesakit2 kat situ.
Besar tau bekas makanan ni..lebih besar dari tray makanan yang biasa tu.





Sabun cuci tangan.
First time aku jumpe sabun yang bila kita picit, dia kuar buih sabun. (ke aku sorang je yang jakun macam ni..hewhew)
Yang bestnye, kita bukan picit kt bekas sabun tu, tapi kena pijak pam hitam tu. boleh buat main mende alah ni. =D





Looks like ayam goreng kan?
JANGAN TERTIPU


ni namanya Ayam Vege. *vegetarian lah kot
tak tau lah kat hospital lain ade ke tidak
tapi ayam ni sesuai lah untuk pesakit2 kat sini nak makan sebab takde lemak.
isi dia macam kat gambar tu. SU'UN.
luaran dia je yang salut tepung maybe untuk ada kan perisa sikit2


huhuhu...rupe-rupenye dia just balut je su'un tu dengan batang eskem mat kool tu.
ayah cakap: "First time zaty makan drumstick tak habes"
hahah..macam mane nak habes. ni drumstick tiruan punye.
kita nak yang ori punyeee hekhek
mak jemah tertipu uu..




 

bilik yang sangat luas..buat style ala2 hotel gitu ^^



gedabak sticker peti sejuk dia bagi. kalo tak ikut tak tau lah tu. haha



This....my lovely dad ^^
my superhero. my idol.
ayah yang selalu bersenam dan kurus pun boleh kena heart attack.
be strong k ayah! =)

Maceh bace!

Saturday, September 22, 2012

Ayah, cepatlah sembuh..

Assalamualaikum..


Ya ampunnn...rindunye kat blog aku sorang ni! Maaf ye saya dah lama tak update blog. Bukan sengaja tau. Terharu sangat sebenarnye sebab masih ada yang bertanya dan meminta aku untuk update blog. T_T tsk tsk. Terharu sangat. 


Sejak dua menjak ni terlalu banyak dugaan dan cabaran yang datang kat aku. Aku kadang2 je bukak blog tapi masih sempat blogwalking bloggers yang lain. Tapi bila tang nak buat entry sendiri, otak rase blank. Tak tau nak cerita ape. Dalam fikiran banyak sangat nak luahkan. Tapi kebanyakannya luahan yang sedih-sedih. Aku taknak lah selalu update yang sedih2 je. Nanti orang boring pulak. So aku hari-hari cari semangat baru dan cuba entertain diri sendiri.


Petang rabu baru-baru ni (kelmarin), ayah kena serangan jantung. Pertama kali aku dengar doktor cakap, rasa nak luruh jantung. Asal-asalnya ayah jogging petang tu. Ayah sebenarnye dah lama tak jogging. Mase jogging hari selasa, ayah hanya berjalan je. Tapi petang rabu tu, ayah cuba untuk berlari buat 1 pusingan. Tapi tak sempat 1 pusingan, ayah rasa lain macam.


Terus ayah balik ke rumah dan terbaring atas lantai. Mata ayah merah dan macam susah nak bercakap. Aku tanya 'ayah nak air tak?'. Ayah pandang aku dan pejam mata semula untuk mencari ruang2 udara untuk dihirup. Lepas tu ayah suruh panggilkan mak yang tengah bersiap-siap untuk hantar ayah ke klinik. Tapi ayah kata nak pegi hospital.


7.30malam. Sesampai je kat Hospital Putrajaya, ada sorang attandance laki papah ayah ke bilik rawatan kecemasan. Lepas dah cek, ayah disorong di atas kerusi roda. 


Saat tu...aku tau. Ayah sakit sangat. Aku sedih tengok keadaan ayah yang dipapah dan disorong tu. Selama ni aku hanya nampak ayah seorang yang kuat, yang bekerja keras mencari rezeki yang halal, yang selalu ambek anak2 dia kat erl atau stesen bas bila kami adik beradik pulang dari tempat belajar masing2, yang selalu bagi kucing terbiar makan (dan salah satu daripada kucing tu mati masa kami nak hantar ayah ke hospital.seolah-olah tau orang yang selalu bagi dia makan sakit.tsk tsk..) dan ayah yang sangat peramah dengan jiran2, even dengan bangla-bangla cleaner dan mamak kat kedai mamak.


Masa ayah ditempatkan dalam bilik kecemasan, aku dan mak tunggu kat luar untuk mendapatkan maklumat lanjut. Ramai sangat orang kat ruangan menunggu tu. Melayu, Cina, India, Pakistan, Bangla, even Negro pun ade. Macam2 ragam ada. Ish, kalo nak cite sume ni maunye panjang entry aku ni. huhu


Dipendekkan cerita, doktor kate ayah kena heart attack. Injap/arteri tersumbat sekejap. Tu yang ayah sakit dada ngan susah bernafas tu. Jadiknye, doktor masukkan ubat supaya injap jantung ayah tu terbukak balik. 


Pukul 11malam ayah kena tahan kat hospital dan ditempatkan kat dalam bilik yang memang khas untuk pesakit2 yang agak kritikal dan senang untuk dipantau dari semasa ke semasa. Doktor suruh ayah banyak berehat. Tak boleh turun pun dari katil. Nak buang air pun kena buang air dalam bekas. Kesian ayah. Tangan ayah banyak luka sebab doktor susah nak cari urat ayah. 


Mak. Mak sangat tabah dan kuat. Mak susah nak menangis. Paling koman pun kalo tengok drama yang sedih2, hidung dia je berair. Tapi bila jadi macamni, hati isteri mana yang tak sedih. Aku nampak mata mak berair dan suara pun tersekat-sekat. Mak tak jemu datang melawat ayah hari2 setiap tengahari dan petang. Mak jugak selalu suap ayah makan dan tak jemu2 orang call mak nak bertanyakan keadaan ayah. Dan ramai jugak lah jiran2 dan kawan2 mak ngn ayah yang datang. Sedara mana yang dekat2 tu ade datang jugak.


Aku. Aku ni dah la jiwa halus mulus. Pantang tengok ayah atau mak sakit mesti nak nangis. Tapi depan dorang aku kena lah tunjuk macho sikit. huhu. Malu lah nanes nanes depan dorang. Dah besar kan. Pandai2 lah nanes belakang2 nanti. Aku lah yang selalu teman mak lawat ayah. Kadang2 kalo kawan2 mak datang aku selalu tunggu kat surau je.


Itulah serba sedikit berkenaan diri aku sekarang. Tak ade apa yang menggembirakan pun. My ex still support me. He still my best friend dalam susah dan senang.


Ok. Entry ni sangat panjang pulak. Sowwyyyy...=)  
Jangan lupa doakan semoga ayah saya cepat sembuh ye. 
*psstt..ayah saya kalo senyum, macam shah rukh khan.....punya lesung pipit. heheh


Maceh bace.

Thursday, September 6, 2012

Mak Andam

Assalamualaikum ^_^


Agak lame jugak ye aku menyepi. Menyepi daripada mengeluarkan pendapat, berkongsi kisah hati dan sebagainya. Sememangnya perasaan yang lahir dari hati tak dapat dipaksa. Saat2 ingin menulis entry baru dengan nada yang happy, tiba-tiba terlintas perkara yang menyedihkan. Lantas, hati mengeluarkan perasaan dan otak memberhentikan jari-jemari dari terus menaip.


Tapi harini, mood aku lebih stabil dari sebelum ni. Bagus lah. So, ade lah mood sikit nak bercerita. =)


Korang pernah mekap kan orang tak? Mekap kan diri sendiri toksah cerita lah. Kadang-kadang siap curi-curi guna lipstik merah mak lagi. Pastu bila mak balik, cepat-cepat carik tisu lap mulut sampai kering bibir di lapnye. Aku lah tu mase kecik. Pantang tengok liptip. Hehe. 


Nak dijadikan cerita, Sabtu baru-baru ni aku mekap kan kawan aku. Mekap untuk dia bertunang. Ahakz. Malu pulak disuruh mekapkan. Empunya badan ni idok lah reti beno nak mekapkan orang. Suke tengok tutorial mekap, tapi nak buat sendiri pada empunya diri, ish, pelik bebeno je rasa. Nak buat smokey eyes, jadi lebam eyes pulak nanti. Nasib baik my friend ni request jenis mekap yang light-light je. Ala-ala pinkish, soft, light and ayu gitu. Alhamdulillah menjadi lah aku rasa. Huhu. Sebelum ni pun ada pernah mekap kan sepupu kawen. Tapi sepupu ni alim-alim sikit. Jadi, mekap pun soft and natural.


Lepas dah mekap kan kawan pagi tu, tengahari tu pulak bergegas ke kenduri kawen staff Bank Rakyat, tempat praktikal dulu. Pastu petang tu bergegas lagi ke rumah sedara bersama family. Esoknya Ahad, attend open house rumah bff sejak sekolah rendah. So weekend lepas mase aku terisi penuh dengan aktiviti-aktiviti bertemu rakan handai. Sewonok lah! Nak hari-hari macam tu boleh? Boleh lupakan pasal 'dia'. =P


Oh, gambar kawan tunang takde. Identiti dirahsiakan. Huhu. Gambar open house je ade. Tatap jelah yang hado nii..kekek

Maceh bace!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...