Saturday, September 22, 2012

Ayah, cepatlah sembuh..

Assalamualaikum..


Ya ampunnn...rindunye kat blog aku sorang ni! Maaf ye saya dah lama tak update blog. Bukan sengaja tau. Terharu sangat sebenarnye sebab masih ada yang bertanya dan meminta aku untuk update blog. T_T tsk tsk. Terharu sangat. 


Sejak dua menjak ni terlalu banyak dugaan dan cabaran yang datang kat aku. Aku kadang2 je bukak blog tapi masih sempat blogwalking bloggers yang lain. Tapi bila tang nak buat entry sendiri, otak rase blank. Tak tau nak cerita ape. Dalam fikiran banyak sangat nak luahkan. Tapi kebanyakannya luahan yang sedih-sedih. Aku taknak lah selalu update yang sedih2 je. Nanti orang boring pulak. So aku hari-hari cari semangat baru dan cuba entertain diri sendiri.


Petang rabu baru-baru ni (kelmarin), ayah kena serangan jantung. Pertama kali aku dengar doktor cakap, rasa nak luruh jantung. Asal-asalnya ayah jogging petang tu. Ayah sebenarnye dah lama tak jogging. Mase jogging hari selasa, ayah hanya berjalan je. Tapi petang rabu tu, ayah cuba untuk berlari buat 1 pusingan. Tapi tak sempat 1 pusingan, ayah rasa lain macam.


Terus ayah balik ke rumah dan terbaring atas lantai. Mata ayah merah dan macam susah nak bercakap. Aku tanya 'ayah nak air tak?'. Ayah pandang aku dan pejam mata semula untuk mencari ruang2 udara untuk dihirup. Lepas tu ayah suruh panggilkan mak yang tengah bersiap-siap untuk hantar ayah ke klinik. Tapi ayah kata nak pegi hospital.


7.30malam. Sesampai je kat Hospital Putrajaya, ada sorang attandance laki papah ayah ke bilik rawatan kecemasan. Lepas dah cek, ayah disorong di atas kerusi roda. 


Saat tu...aku tau. Ayah sakit sangat. Aku sedih tengok keadaan ayah yang dipapah dan disorong tu. Selama ni aku hanya nampak ayah seorang yang kuat, yang bekerja keras mencari rezeki yang halal, yang selalu ambek anak2 dia kat erl atau stesen bas bila kami adik beradik pulang dari tempat belajar masing2, yang selalu bagi kucing terbiar makan (dan salah satu daripada kucing tu mati masa kami nak hantar ayah ke hospital.seolah-olah tau orang yang selalu bagi dia makan sakit.tsk tsk..) dan ayah yang sangat peramah dengan jiran2, even dengan bangla-bangla cleaner dan mamak kat kedai mamak.


Masa ayah ditempatkan dalam bilik kecemasan, aku dan mak tunggu kat luar untuk mendapatkan maklumat lanjut. Ramai sangat orang kat ruangan menunggu tu. Melayu, Cina, India, Pakistan, Bangla, even Negro pun ade. Macam2 ragam ada. Ish, kalo nak cite sume ni maunye panjang entry aku ni. huhu


Dipendekkan cerita, doktor kate ayah kena heart attack. Injap/arteri tersumbat sekejap. Tu yang ayah sakit dada ngan susah bernafas tu. Jadiknye, doktor masukkan ubat supaya injap jantung ayah tu terbukak balik. 


Pukul 11malam ayah kena tahan kat hospital dan ditempatkan kat dalam bilik yang memang khas untuk pesakit2 yang agak kritikal dan senang untuk dipantau dari semasa ke semasa. Doktor suruh ayah banyak berehat. Tak boleh turun pun dari katil. Nak buang air pun kena buang air dalam bekas. Kesian ayah. Tangan ayah banyak luka sebab doktor susah nak cari urat ayah. 


Mak. Mak sangat tabah dan kuat. Mak susah nak menangis. Paling koman pun kalo tengok drama yang sedih2, hidung dia je berair. Tapi bila jadi macamni, hati isteri mana yang tak sedih. Aku nampak mata mak berair dan suara pun tersekat-sekat. Mak tak jemu datang melawat ayah hari2 setiap tengahari dan petang. Mak jugak selalu suap ayah makan dan tak jemu2 orang call mak nak bertanyakan keadaan ayah. Dan ramai jugak lah jiran2 dan kawan2 mak ngn ayah yang datang. Sedara mana yang dekat2 tu ade datang jugak.


Aku. Aku ni dah la jiwa halus mulus. Pantang tengok ayah atau mak sakit mesti nak nangis. Tapi depan dorang aku kena lah tunjuk macho sikit. huhu. Malu lah nanes nanes depan dorang. Dah besar kan. Pandai2 lah nanes belakang2 nanti. Aku lah yang selalu teman mak lawat ayah. Kadang2 kalo kawan2 mak datang aku selalu tunggu kat surau je.


Itulah serba sedikit berkenaan diri aku sekarang. Tak ade apa yang menggembirakan pun. My ex still support me. He still my best friend dalam susah dan senang.


Ok. Entry ni sangat panjang pulak. Sowwyyyy...=)  
Jangan lupa doakan semoga ayah saya cepat sembuh ye. 
*psstt..ayah saya kalo senyum, macam shah rukh khan.....punya lesung pipit. heheh


Maceh bace.

44 comments:

  1. sabar..dan banyakkan berdoa utk ayah ... moga dipermudahkan semua jalan kamu sekeuarga..moga alah berkati dunia akhirat..

    kita ni sihat sihat saa..kdg2 tiba tiba ada penyakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq neo doakan.. :)

      Aah, kadang2 kita tak tau ape akan menimpa kita. ayah ni slalu besenam. klo yg xslalu bsenam tu tah macam mane lah pulak kan.

      Delete
  2. semoga cepat sembuh ~
    good bless him ^^

    ReplyDelete
  3. kite kan suruh2 zaty updet tuu. hiii

    zaty, sabar yer dear dugaan yang tak pernah putus tu tanda Allah sayang kita. Dia nak uji sejauh mana kita mampu nak menghadapinya. teruskan berdoa okay supaya ayah zaty cepat sihat macam biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee...sebab nana lah kite update ni. Teharu sgt tau :D

      Tq nana doakan :)

      Delete
  4. hopefully ayh cik zaty cpt sembuh
    aminn

    ReplyDelete
  5. Sedihnya baca.. byk2 doakan ayah supaya cpt sembuh
    inshaAllah aku pun doakan juga semoga dia cpt sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedihkan..tapi alhamdulillah ayan makin stabil..

      Tq EE doakan.. :)

      Delete
  6. u live in putrajaya dear? saya harap zaty tabah... banyakkan baca Al-Quran dan berdoa mohon kepada Allah agar ayah zaty sembuh... my officemate pun pernah kena heart attack, tetiba collapse kat office, umur muda lagi baru 32 masa tu. bawa gi IJN then kena buat angiplasti masuk belon dalam pembuluh darah yg tersumbat. Alhamdulillah lepas tu dia ok... apa2pun be strong ya dan jangan berhenti berharap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dear..itulah,bende mcm mane boleh kena tak kira umur kan.

      Tq prince doakan.. :)

      Delete
  7. semoga ayah awak sempat sembuh okey..

    tak apa, semua dah okey dah tu.sekarang ni dalam proses nak sembuhkan je.
    nanti ayah awak kembali normal macam biasa!!

    ReplyDelete
  8. Tie doa banyak banyak. Doa anak yang soleh akan diberkati. Ayah aku pernah sakit teruk 45 days in ward, umi aku siap cuti tanpa gaji. Tapi takpe InsyaAllah ayah mum akan sembuh. Jangan berhenti bagi kata semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah pix..lepas ni ayah aku kena g IJN pulak.utk tindakan susulan.boleh tau lagi detail pasal jantung ayah aku..

      Tq mc pix doakan.. :)

      Delete
  9. smoga ayah awk cpt sembuh..amin.dugaan ni untuk semua org dlm hdp ayah awk.sabar dan igt allah k.dlm al-quran pun ada sbt lbh kurang maknanya macam mana kamu mahu masuk ke syurga sdgkan blum diberi ujian..camtu lah..smoga berjaya hadapi dugaan yg allah berikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. aah, betul2. bila Allah bagi ujian, kita sebagai hambaNya kena lah redha dan sabar kan?heee

      Tq zoey doakan.. :)

      Delete
  10. sedih kan kalau ahli juarga tersayang sakit... mula la berjurai air mata.. time anak akak masuk ward pun tiap kali anak nangis mak anak lg meraung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak? kalo boleh bia lah kite yg kena. bukan orang yg kite sayang.. :)

      Delete
  11. banyakkan doa n semoga ayah sembuh

    ReplyDelete
  12. siannyee zaty.. sabar ye.. di usia yg semakin meningkat nie, kadang2 tubuh manusia tak sekuat masa muda.. moga ayah zaty cepat sembuh ye... banyakkan berdoa... selalu support ayah dan mak tau... syafakallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, baru prasan ayah da tua..huhu

      Tq nai doakan.. :)

      Delete
  13. pray him be better soon . insyaAllah . dun sad2 . be strong for sake of ur ayah :)

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. need to be nice..tu je cara nak balas budi dorg..:)

      Delete
  15. Same goes to me. Papa baru lepas balik dari IJN. Dah makin ok, cuma nampak sangat tak secergas dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..my ayah pun dah balik tadi.nampak lemah sgt..

      Delete
  16. moga2 cepat smbuh dan sht selalu..amin..:)

    jom baca entry sya dan tingglkn komen...
    http://chot91.blogspot.com/2012/09/graduation-day.html

    ReplyDelete
  17. semoga ayah awak cepat sembuh. dah keluar hospital tak? kalau hospital putrajaya. boleh sangat ain melawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah dah discharge dari hospital putrajaya hari isnin lagi..btw thanx ain ;)

      Delete
  18. "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun." Surah Al-Baqarah : 156-157

    be strong like u always be. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah I will always be strong;)
      btw thanx zul

      Delete
  19. Semoga dia sembuh..usaha dan doa.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  20. Aku doakan Ayah awak cepat sembuh... Amin

    ReplyDelete
  21. SEMOGA CEPAT SIHAT PAKCIK ..

    DEAR .. BYAKKAN BERSABAR ERK ..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum wth..
    Jemput ke blog saya, mungkin ada berita baik untuk penyakit jantung ayah awak,

    http://senangnakelok.blogspot.com/

    Jom ikhtiar selagi mampu.

    ReplyDelete

Cer komen.Cer komen.tanjat boboi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...