Sunday, October 28, 2012

Raya Haji/ Qurban


Assalamualaikum ^_^



Dikala jari jemari halus ni menaip, kepala aku sedang recall semula pekataan pekataan arab yang aku belajar dulu, sebabnya, adik aku yang sorang tu nak sangat gunakan khidmat aku untuk transferkan ayat Melayu ke Arab untuk dialog Arab mereka. Maka kakakmu yang baik lagi penyayang ini *hoho angkat bakul sendiri nampak, sanggup lah kiranya menjalankan semula otak beliau yang dah lama meninggalkan pembelajaran tersebut. Aishhh kena gunakan khidmat encik Google Transfer jugak ni sikit skit walaupun tak berapa nak betul. huhu


Ok stop for that story. 


Aku tengok masih tak ramai lagi ye bloggers bercerita pasal raya haji ni. Tak semeriah raya puasa barangkali. Aku sendiri pun sambut raya biasa biasa je. Memang tak semeriah raya puasa. Baju pun pakai mana ade je. Kat kampung pun family aku je yang balik. Ade yang balik rumah mentua, ade sepupu yang raya kat rumah sendiri sebab nak prepare untuk SPM nanti. Jadi tinggallah kami sekeluarga, atok, wan dan pakcik keri *ouh masih single lagi ye hehe yang ade raya tu.

budak cekci baru mangon tido tengah makan kueh raya. hehe


Haha muka yang kusam akibat dah malas nak menjaga muka. Hasilnya bertempek lah segerombolan jerawat buat camping atas muka saya. Mujur ambik gambar jauh je ni. Hehe. Time ni pegi beraya makan laksa kat umah sedara yang duduk berhampiran dengan umah atok. Jadi suasana menziarah sanak saudara masih lagi buat. Cuma kitorang tak banyak tempat nak ziarah time raya haji ni. 



Ohhhh! Sebelum balik, Mak Cik Nahar ade bagi daging lembu, perut lembu, usus lembu dan LIDAH lembu. Auuucchhh...Camne nak makan lidah lembu???? It's kinda look like this?

ihsan: google



Tadi dah try makan usus lembu. Sedap jugak lah tapi agak liat sikit. You should try. huhu. Tapi lidah ni tak penah rasa lah. Ade sesape penah rasa tak? Rasa cmne ek? =.=



notakakibangku: I'm just guessing how people in Kelantan sambut Raya Haji ye? Dengar kata meriah kan kat sane. Cer citer sikit. ^_^



Selamat Hari Raya Haji kengkawan yang tersayang =D


TQ.

Monday, October 15, 2012

Good news

Assalamualaikum ^_^



Walaupun esok kerja, kena bangun pukul 6, aku tetap nak jugak siapkan satu entry ni. Lantak lah mata nak kuyu ke hape. Aku tau esok esok aku mesti letih dan tak sempat nak bukak blog and buat entry baru.


Ehhh..dah terlepas eh? Heheh. 


Ok ok. Sebenarnya aku nak bagitau aku dah start kerja. Alhamdulillah. Dari minggu lepas lagi. Aku bekerja kat Jabatan Imigresen Negara sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) je. Jadi, lebih kurang kerja contract lah. Bukan tetap pun. Yang sedihnya, lepas ni maybe aku akan terlepas beberapa entry rakan rakan bloggers aku. Tak dapat nak catch-up setiap entry korang. Sedeyyy..


Aku bekerja di bahagian kewangan. Jadi kalau ada sesiapa nak mintak tolong luluskan passport, maaf, itu di luar bidang saya. Aku hanya uruskan hal hal hasil, deposit dan seangkatan dengan hal hal kewangan. Atau dengan kata lainnya, aku hanya membantu mereka di bahagian tersebut. Tidak lah terlalu berat tugasnya, tapi still kena bertanggungjawab atas tugas tugas yang telah diberi.


(Tengok jam dekat laptop)


Jam sudah menunjukkan pukul 12.52 am. Memang best. Esok confirm ngantuk. Haha. Baiklah, patik mohon beradu dulu yee ^_^



jangan cari gambar aku. aku memang takde dalam tu.
ihsan : cik google


TQ.

Wednesday, October 3, 2012

Hutang. Hapuslah dikau dari hidupku

Assalamualaikum ^^


Akhirnya petang tadi dapat jugak lah call PTPTN. Sebenarnya dari minggu lepas lagi mak kata nak call. Tapi asyik lupa lupa dan lupa. Anaknya ni pun lupa lupa dan lupa *banyak makan siput sedut agaknya. Lepas beberapa minit menunggu akhirnyaaa dapat juugak bercakap dengan operator customer service tu.


Tujuan sebenar bersungguh sungguh nak call tu sebab nak tau jumlah bulanan yang aku kena bayar menggunakan konsep ujrah (1%) tu. Bila cari kat laman web dia, dia tunjuk pulak jalan kerja macam mane nak kira bayaran ansuran. Awak, awak tau tak saya dah tak nak tengok jalan kerja macam ni yang boleh juling mata nak mengiranya. Lahaiii..malas betul nak kirakan. Disebabkan tak nak serabutkan kepala, capai telepon, call. Easy right? heheh

kalau rajin kira lah sendiri ye ^^



Ayah sangat rajin. Sebelum ni kalau dia bayar, dia mesti akan simpan resit pembayaran dalam fail. Siap buat time table bulan berapa dah bayar lagi. Tapi sampai akhir tahun lepas jelah. Tahun ni punya belum berbayar lagi. Jadi petang tadi lepas dah buat call lepas dah tanya berapa ansuran kena bayar, cepat cepatlah mak bayarkan sampai bulan september punya. Mak kata selagi ada duet ni bayar jelah dulu. Mak tak suka hutang hutang.


Disebabkan aku guna konsep ujrah, ansuran yang aku kena bayar RM137.80 setiap bulan, sampai tahun 2020. Maka lagi 8 tahun lagi untuk aku settle kan hutang diploma aku. YEEE...DIPLOMA baru yee. Belum masuk degree lagi. Bayaran balik untuk degree hanya akan dikeluarkan 6 bulan selepas tamat pengajian. Tahun depan lah gamaknya. T_T nanges memikirkan hutang yang belum habis bayar. wuuwuuu


ingatkan dah habis belajar, dah habis beban. rupe rupanya beban hutang pula yang mendatang



Kepada rakan rakan sekalian yang sudah bekerja, jangan lupa tanggungjawab anda ye. Adik adik kita yang lain pun nak meminjam seperti kita jugak. Nak bershopping seperti kita jugak. huhu. Nampak nau penyalahgunaan duet disitu. Bagi orang seperti aku yang masih berkebun dan dapat jugak lah hasil sikit sikit ni, tak berdaya dan tak mampu lagi nak membayar seperti kalian. Nasib lah ada mak yang sangat membantu anaknya untuk bayar secara konsisten untuk mendapatkan potongan 10% yang telah diberi oleh kerajaan. Haii kerajaan..potongan je ke? Cuba lah bagi kerja sikit kat kami ni, elok lah jugak. haha..dasar tak bersyukur betul kau ye.


TQ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...