Showing posts with label friends are everthing. Show all posts
Showing posts with label friends are everthing. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju


Assalamualaikum ^_^


Dulu ramai yang perkatakan bekenaan dengan beger bakar kaw kaw. Dah jadi macam fenomena. Burger bakar itu, burger bakar ini. Dekat fb pun ramai yang upload gambar "Yeay, kami dah makan beger bakar kaw kaw! Anda bile lagi?!". Dah menjadi macam PERKARA WAJIB DICUBA. Kalau tak cuba kau dibilang ketinggalan zaman. miahahah


Bukan takut dibilang ketinggalan zaman. Tapi dah alang-alang kitorang dah ade kat Wangsa Maju, why not kite try PERKARA YG WAJIB DICUBA oleh orang ramai ni. ^_^


burger bakar kaw kaw yang terletak di wangsa maju


Begini lah keadaan dan kedudukan stall burger tu. Memang betul-betul tepi jalan. You must take a ticket if you want to buy it. Memang banyak sangat permintaan. Kitorang time tu sampai dalam pukul 8 lebih kot kalau tak silap. Dah malam lah. Time aku pegi minggu lepas tu, keadaan dia tak cam ni. Haritu kitorang just beratur untuk order dan ambik nombor dan tempah air, then kitorang just cari meja yang kosong dan tunggu jelah diorang hantar kan. Yang dalam gambar kat atas tu maybe mase awal2 beger bakar femes kot. Skarang nampak lebih eficient.


list price untuk burger bakar kaw kaw

me take Single Beef Set Meal no. 2
RM 7 for burger and another RM1.50 for sausage and cheese sauce as stated

 muka lapar  =P


As my advice, Do Not Eating before you eat this burger. Set ni pun aku dah rase kenyang giler kot. Tak tau lah camne orang yang amek sampai 4-5 tower of burger. Ohh, maybe makan untuk 1 family kot. Tapi seriously, hot dog dye sedap. Burger dye sedap dan dimasak dengan sempurna. So berbaloi lah bayar mahal-mahal..Burppp! opsss heeeee...


muka happy jer masing-masing dapat makanan. hihiihh


TQ.

Thursday, September 6, 2012

Mak Andam

Assalamualaikum ^_^


Agak lame jugak ye aku menyepi. Menyepi daripada mengeluarkan pendapat, berkongsi kisah hati dan sebagainya. Sememangnya perasaan yang lahir dari hati tak dapat dipaksa. Saat2 ingin menulis entry baru dengan nada yang happy, tiba-tiba terlintas perkara yang menyedihkan. Lantas, hati mengeluarkan perasaan dan otak memberhentikan jari-jemari dari terus menaip.


Tapi harini, mood aku lebih stabil dari sebelum ni. Bagus lah. So, ade lah mood sikit nak bercerita. =)


Korang pernah mekap kan orang tak? Mekap kan diri sendiri toksah cerita lah. Kadang-kadang siap curi-curi guna lipstik merah mak lagi. Pastu bila mak balik, cepat-cepat carik tisu lap mulut sampai kering bibir di lapnye. Aku lah tu mase kecik. Pantang tengok liptip. Hehe. 


Nak dijadikan cerita, Sabtu baru-baru ni aku mekap kan kawan aku. Mekap untuk dia bertunang. Ahakz. Malu pulak disuruh mekapkan. Empunya badan ni idok lah reti beno nak mekapkan orang. Suke tengok tutorial mekap, tapi nak buat sendiri pada empunya diri, ish, pelik bebeno je rasa. Nak buat smokey eyes, jadi lebam eyes pulak nanti. Nasib baik my friend ni request jenis mekap yang light-light je. Ala-ala pinkish, soft, light and ayu gitu. Alhamdulillah menjadi lah aku rasa. Huhu. Sebelum ni pun ada pernah mekap kan sepupu kawen. Tapi sepupu ni alim-alim sikit. Jadi, mekap pun soft and natural.


Lepas dah mekap kan kawan pagi tu, tengahari tu pulak bergegas ke kenduri kawen staff Bank Rakyat, tempat praktikal dulu. Pastu petang tu bergegas lagi ke rumah sedara bersama family. Esoknya Ahad, attend open house rumah bff sejak sekolah rendah. So weekend lepas mase aku terisi penuh dengan aktiviti-aktiviti bertemu rakan handai. Sewonok lah! Nak hari-hari macam tu boleh? Boleh lupakan pasal 'dia'. =P


Oh, gambar kawan tunang takde. Identiti dirahsiakan. Huhu. Gambar open house je ade. Tatap jelah yang hado nii..kekek

Maceh bace!

Friday, December 16, 2011

Semoga arwah tenang di sana..Amin

Assalamualaikum..

Pada waktu maghrib, hari khamis malam jumaat, 15 disember 2011, telah pergi seorang sahabat/ rakan/ roomate + classmate waktu diploma di machang/ sama sekolah menengah di SAMER. arwah telah disahkan menghidapi kanser paru2 setelah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

Muka arwah kelihatan tenang ketika saat2 akhir sebelum dikebumikan oleh orang2 kampung neneknya di kelantan. arwah telah dikebumikan pada pagi jumaat. Subhanallah...

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).

Dalam pada sedih, aku gembira. aku tau arwah semasa hayatnya sangat patuh pada tuntutan agama. sebab itu Allah telah mengambil dia pada hari yang sangat mulia ini. tidak mahu untuk bercakap panjang, bacaan Al-Fatihah kepada arwah Nurul Husna Bt Zulkifli sahaja yang aku harapkan dari kalian semua.


Al-Fatihah~
Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya~


Saturday, October 15, 2011

Why aku kena sombong?

Selamat Petang korang!


Pernah tak korang ditegur oleh kawan2, "weh sombong eh skarang?" atau "untunglah dah sombong skarang."



Ape yang korang rase? ape yang aku rase plak, aku rase macam tak adil kot cakap camtu. it's like macam, eh klo camtu bukan aku sorang kot yang sombong. kau pun same kot.

Ok, let's make it clear. sombong ni klo ikutkan bile si B tegur si A, si A ni buat tak tau je, atau bahase pasarnye, buat bodoh je. si A ni samade malas nak layan si B ni atau tak perasan si B ni ade tegur dye. itu dikatekan sombong.

Tapi, bile si A dan B dah lame tak betegur sapa, then tetibe si B rase macam nak tegur si A, then si B sapa dengan menggunakan ayat "sombongnye dye skarang", so it is definitely wrong and tak adil lah aku rase. ni macam, untung lah kau tegur aku dulu. boleh lah cakap aku sombong. tapi sebenanye, kau pun sombong jugak sebab baru sekarang nak tegur. ha nampak tak persamaan ngan pebezaan nye skarang.

Sepatutnye, klo nak stat kan suatu conversation tu, tanye lah kaba ke ape. klo rase macam formal sangat, tanya lah ape2 pun kan asal jangan terus cakap dye ni sombong. kite mane tau kan, mase kawan kite cakap kite sombong, kite memang dah mood tak baik, memang free2 je kena hamun.

So, pade kawan2 yang rase macam tu, aku mintak maap lah sebab dah lame tak tegur. bukan sebab aku sombong (ish, aku tak sombong lah..caye lah :( ), tapi maybe samade tak tau nak tanya ape atau jarang dapat online. but trust me, klo korang tegur, for sure aku akan balas balik. because i'm not that sombong person. ingat...sombong bukan sebab dah lame tak tegur, tapi bile kite tegur, dye tak balas balik baru sombong.


kawan sekolah rendah

kawan sekolah menengah

kawan diploma

saya sayang semua kawan2 saya  >_<


Maceh bace!

Wednesday, October 5, 2011

# 1 Wordless Wednesday


Percutian bersama rakan sekelas untuk sem last di Pengkalan Balak, Melaka

Sunday, May 22, 2011

Day 4 # Your Favorite Photograph of Your Best Friend



Assalamualaikum~



Ok. today is about my favorite photograph of my best friend.
I like to show this...



This photo had been taken when we met for our first reunion that were held at Times Square.
ouhhh..so exciting day! >_<
After more than 5 years we had not met each other, especially me, and then gathered together, it is very very very exciting day for me.
Last I met them on 2001, if I were not mistaken. at that time, I was in standard 6.
We were so little and was a children.
Now we are teenagers and gonna growing up to be an adult.
I'm happy to see them and they are happy to see me. erk, yeke? hehe.
I hope next time we can make this gathering by a big involvement from our friends that not attend at that time.

psstt...the important thing is, this photo had been taken by my best friend. ('',)




Maceh bace!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...