Assalamualaikum ^_^
Alhamdulillah..setelah
hampir 2 tahun berhempas pulas menuntut ilmu di bumi Segamat Johor,akhirnya
semua terbalas dengan segulung ijazah yang diberi oleh Naib Canselor di Dewan
Agung Shah Alam hari Ahad 2 Disember baru-baru ni.
Walaubagaimanapun, seminggu
sebelum tu aku ade sikit kecik hati dengan family aku. Actually takde pe sangat
pun. Aku cume nak adek-beradek aku datang untuk meraikan sekali antara hari dan
peristiwa penting dalam hidup aku. Tapi ape boleh buat. Kita hanya merancang,
tapi Tuhan yang telah menetapkan. Hari ahad tu, adek aku yang ketiga dah kena
balik Segamat balik untuk daftar masuk sem baru. Jadi, adek kedua aku lah yang
kena hantar. Dah 2 orang dah tak dapat pegi. Pastu bila tanya adek yang last,
dia pun tak nak pegi jugak sebab terpaksa tunggu sensorang kat luar dewan memandangkan
ayah ngan mak aku dijemput untuk duduk dalam dewan. Jadi dia pun tak datang. Agak sedih jugak lah mula-mula sebab aku bajet ni last lah aku sambut
graduation day aku. Maybe nak sambung ke
master tu belum ade perancangan lagi.
Maka, yang hadir hanya lah mak dan ayah aku juga seperti konvo diploma dulu. Ade sorang best friend aku ni pesan.
“U, u patut
bersyukur u ade mak ayah yang datang meraikan hari graduasi u. Cuba fikir macam
mana kalau yang takde mak ngan ayah tu. Camne perasaan dorang bila tengok semua
orang disambut dengan mak ngan ayah masing-masing.”
Baiklah..aku
akur. Bukan tak bersyukur. Cuma kadang-kadang kita pun nak merasa semua family kita ade untuk raikan kita. Betul kan? Betul kan? Tipu lah tak terasa bila tengok ade yang makcik pakcik atuk nenek sume datang sambil bagi munge, sambil amek gambar buat peace ^^v alolo..comelnye nenek buat peace! hiks
Pagi tu dalam
pukul 9 a.m kitorang masuk dewan. Masa nama aku dipanggil lebih kurang dalam
pukul 11 lebih tu, aku macam takde perasaan. Menonong je jalan naik stage amek hard cover sijil. Ok, hard cover je tau. Sijil takde dalam tu. wkaka. Dah la shawl
aku hari tu buat hal! Memang spoil betul tau. Nak senyum pun ketat2 je rasa. Sebelum tu mase tengok orang lain duk naek stage tu kemain gementar. Rasa nak tercabut tulang lutut. Tapi bila dah naik, bejalan dengan selamber yaya nye, turun. eh?? dah ke? huhuh..cenggitu lah rasanya.
Sebaik keluar dewan, wajah mak ngan ayah yang aku cari dulu. Melihatkan mereka senyum sambil ucap TAHNIAH dan bagi sejambak bunga, masa tu aku rasa, takpe lah yang lain tak datang pun. Dengan kehadiran dorang pun dah cukup lengkap dah aku rasa. =’) #Love them so much!
Sebaik keluar dewan, wajah mak ngan ayah yang aku cari dulu. Melihatkan mereka senyum sambil ucap TAHNIAH dan bagi sejambak bunga, masa tu aku rasa, takpe lah yang lain tak datang pun. Dengan kehadiran dorang pun dah cukup lengkap dah aku rasa. =’) #Love them so much!
Love the weather.
Mendung-mendung nak hujan.
* lepas kitorang habes amek gambar hujan pun mula turun..kui3
p/s: terima kasih pada awak yang wish kita kat entry awak. :)
TQ.










