Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Saturday, December 8, 2012

Graduasi Aku


Assalamualaikum ^_^


Alhamdulillah..setelah hampir 2 tahun berhempas pulas menuntut ilmu di bumi Segamat Johor,akhirnya semua terbalas dengan segulung ijazah yang diberi oleh Naib Canselor di Dewan Agung Shah Alam hari Ahad 2 Disember baru-baru ni.

Walaubagaimanapun, seminggu sebelum tu aku ade sikit kecik hati dengan family aku. Actually takde pe sangat pun. Aku cume nak adek-beradek aku datang untuk meraikan sekali antara hari dan peristiwa penting dalam hidup aku. Tapi ape boleh buat. Kita hanya merancang, tapi Tuhan yang telah menetapkan. Hari ahad tu, adek aku yang ketiga dah kena balik Segamat balik untuk daftar masuk sem baru. Jadi, adek kedua aku lah yang kena hantar. Dah 2 orang dah tak dapat pegi. Pastu bila tanya adek yang last, dia pun tak nak pegi jugak sebab terpaksa tunggu sensorang kat luar dewan memandangkan ayah ngan mak aku dijemput untuk duduk dalam dewan. Jadi dia pun tak datang. Agak sedih jugak lah mula-mula sebab aku bajet ni last lah aku sambut graduation day aku.  Maybe nak sambung ke master tu belum ade perancangan lagi.



Maka, yang hadir hanya lah mak dan ayah aku juga seperti konvo diploma dulu. Ade sorang best friend aku ni pesan.

U, u patut bersyukur u ade mak ayah yang datang meraikan hari graduasi u. Cuba fikir macam mana kalau yang takde mak ngan ayah tu. Camne perasaan dorang bila tengok semua orang disambut dengan mak ngan ayah masing-masing.

Baiklah..aku akur. Bukan tak bersyukur. Cuma kadang-kadang kita pun nak merasa  semua family kita ade untuk raikan kita. Betul kan? Betul kan? Tipu lah tak terasa bila tengok ade yang makcik pakcik atuk nenek sume datang sambil bagi munge, sambil amek gambar buat peace ^^v alolo..comelnye nenek buat peace! hiks



Pagi tu dalam pukul 9 a.m kitorang masuk dewan. Masa nama aku dipanggil lebih kurang dalam pukul 11 lebih tu, aku macam takde perasaan. Menonong je jalan naik stage amek hard cover sijil. Ok, hard cover je tau. Sijil takde dalam tu. wkaka. Dah la shawl aku hari tu buat hal! Memang spoil betul tau. Nak senyum pun ketat2 je rasa. Sebelum tu mase tengok orang lain duk naek stage tu kemain gementar. Rasa nak tercabut tulang lutut. Tapi bila dah naik, bejalan dengan selamber yaya nye, turun. eh?? dah ke? huhuh..cenggitu lah rasanya.

Sebaik keluar dewan, wajah mak ngan ayah yang aku cari dulu. Melihatkan mereka senyum sambil ucap TAHNIAH dan bagi sejambak bunga, masa tu aku rasa, takpe lah yang lain tak datang pun. Dengan kehadiran dorang pun dah cukup lengkap dah aku rasa. =’) #Love them so much!

Love the weather.
Mendung-mendung nak hujan.
* lepas kitorang habes amek gambar hujan pun mula turun..kui3


p/s: terima kasih pada awak yang wish kita kat entry awak. :)


TQ.

Thursday, September 6, 2012

Mak Andam

Assalamualaikum ^_^


Agak lame jugak ye aku menyepi. Menyepi daripada mengeluarkan pendapat, berkongsi kisah hati dan sebagainya. Sememangnya perasaan yang lahir dari hati tak dapat dipaksa. Saat2 ingin menulis entry baru dengan nada yang happy, tiba-tiba terlintas perkara yang menyedihkan. Lantas, hati mengeluarkan perasaan dan otak memberhentikan jari-jemari dari terus menaip.


Tapi harini, mood aku lebih stabil dari sebelum ni. Bagus lah. So, ade lah mood sikit nak bercerita. =)


Korang pernah mekap kan orang tak? Mekap kan diri sendiri toksah cerita lah. Kadang-kadang siap curi-curi guna lipstik merah mak lagi. Pastu bila mak balik, cepat-cepat carik tisu lap mulut sampai kering bibir di lapnye. Aku lah tu mase kecik. Pantang tengok liptip. Hehe. 


Nak dijadikan cerita, Sabtu baru-baru ni aku mekap kan kawan aku. Mekap untuk dia bertunang. Ahakz. Malu pulak disuruh mekapkan. Empunya badan ni idok lah reti beno nak mekapkan orang. Suke tengok tutorial mekap, tapi nak buat sendiri pada empunya diri, ish, pelik bebeno je rasa. Nak buat smokey eyes, jadi lebam eyes pulak nanti. Nasib baik my friend ni request jenis mekap yang light-light je. Ala-ala pinkish, soft, light and ayu gitu. Alhamdulillah menjadi lah aku rasa. Huhu. Sebelum ni pun ada pernah mekap kan sepupu kawen. Tapi sepupu ni alim-alim sikit. Jadi, mekap pun soft and natural.


Lepas dah mekap kan kawan pagi tu, tengahari tu pulak bergegas ke kenduri kawen staff Bank Rakyat, tempat praktikal dulu. Pastu petang tu bergegas lagi ke rumah sedara bersama family. Esoknya Ahad, attend open house rumah bff sejak sekolah rendah. So weekend lepas mase aku terisi penuh dengan aktiviti-aktiviti bertemu rakan handai. Sewonok lah! Nak hari-hari macam tu boleh? Boleh lupakan pasal 'dia'. =P


Oh, gambar kawan tunang takde. Identiti dirahsiakan. Huhu. Gambar open house je ade. Tatap jelah yang hado nii..kekek

Maceh bace!

Friday, August 10, 2012

Bagaimana menangani Putus Cinta

Assalamualaikum peeps..


Siapa kate tak sakit putus cinta. Orang yang tak pernah bercinta atau tak pernah kecewa dengan cinta je tak akan rasa sakit tu. Pedih. Kecewa. Sakit hati. Feeling lonely..Semua sifat2 negatif akan muncul satu-persatu. Itu memang kita tak boleh nak elak. Ia akan datang dengan sendiri tanpa dipinta. Air mata pun akan mengalir mengenangkan hubungan yang dibina hanya bertahan separuh jalan sahaje.


Tapi, jika ini berlaku, jangan lah merayu supaya hubungan itu kembali seperti dulu. Cukup lah sekadar bertanya MENGAPA. It is all about dignity. Jangan lah bikin malu. Orang dah tak nak kat kita..biarlah. Dia jugak yang rugi sebab tanpa dia sedar, dia sebenarnya telah kehilangan orang yang betul2 jujur dengan hubungan itu dan betul2 mencintai dia.




Terima Hakikat

Lupakan lah segala impian kita dengan si dia. Belajar lah untuk terima hakikat bahawa dia bukan yang terbaik untuk kita. Terima lah hakikat bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan setiap perpisahan pula adalah permulaan kepada pertemuan.


Sesi Meluahkan Perasaan

Carilah mana2 rakan kita yang sanggup dengar cerita kita. Kalau kena ceritakan dari A sampai Z, ceritalah. Walaupun kadang2 mereka tak faham dengan situasi kita, kalau dengan cara tu kita dapat kurangkan tekanan kita, just tell it.


Carian di Internet

Kadang2 bila kita putus, banyak bende kita tak boleh nak buat. Apa yang kita akan buat adalah duduk memerap dalam bilik, terkenangkan memori dulu, meraung dalam bilik sensorang, pastu esok mata bengkak. Bila mak tanya, kata konon2 semalam garu mata kuat sangat. Hehe. Pandai tau. Okay, taip lah kat google carian untuk Tips2 selepas putus cinta, atau Cara nak move on bila putus cinta, atau quote2 untuk yang break up. InsyaAllah, dengan cara ni, kita akan gain balik confident and semangat kita. Sebab nya, kat luar sini banyak je blogger2 yang da banyak bercerita pasal ni. *temasuk lah aku. hewhew. Jadiknya, kita tak keseorangan, ok dear. =)


Tumpukan perhatian kepada bende lain

Contohnya, kalau kita takde keje dan sedang mencari keje, haa masa ni lah sesuai untuk tumpukan perhatian  untuk edit resume lah, cari keje kosong lah, dll. Kalau kita ade buat side income contoh jual tudung atau mekap, kita boleh luangkan masa untuk buat tutorial shawl atau mekap.

Mengadu kat Allah

Cara ni sebenarnya kita patut buat awal2. Walaupun kita dah buat macam2 tapi still ingat kat dia, cara ni paling mujarab dan berkesan untuk kita pulih dari luka hati berdarah. Erk, ade ke? Kadang2 bila siang kita boleh untuk lupakan dia sebab kita akan buat macam2 keje. Tapi bila malam, kita mesti akan teringat jugak. Jadi, berdoa lah kepada Sang Pencipta. Ya Allah, jika dia bukan lah jodoh aku, Kau hilangkan lah rasa kasih, rasa sayang aku terhadap dia. Tetapi, jika dia adalah jodoh aku, Kau rapat kan lah hati kami, Ya Allah. 


Dengan cara2 kat atas, aku harap sedikit sebanyak ia boleh membantu kamu untuk melupakan si dia dan berpandangan lebih positif. Aku pun sedang cuba. Same2 lah kita cuba keyh.. =)


Jangan lah risau.  Derita dan kecewa akan hilang dengan masa. Cukup lah 3-5 hari kita asek terkenangkan semua tu. Bagi lah peluang pada diri sendiri untuk merasa kebahagiaan bersama keluarga dan rakan2.





Maceh bace!

Tuesday, June 5, 2012

Thesis


Assalamualaikum ^_^


Thesis..thesis..thesis..thesis...


Itu je yang aku pikir sekarang ni. rase tak bebas langsung aktiviti harian aku bile asyik memikirkan thesis ni. dia bukan ape tau. selagi tak siap thesis ni, selagi tulah asek pikir :

 "tak boleh kuar lah minggu ni. nak buat thesis."
"aku tak dapat kuar lah malam ni. thesis tak siap ag."
T_T


rase macam dalam penjara
selagi kau tak siap jangan keluar!
huhu..tu perumpamaan nye lah.


Seriously, buat thesis ni lagi stress daripada belajar aku rase.
kalo belajar u still ade kawan2 untuk same2 buat study group and blaja same2 kalo ade tak paham.
ni bile dah buat thesis, sorang kat johor, sorang kat melaka, sorang kat kl, macam mane nak bincang nak buat yop!


Di siang hari u sibuk dengan keje praktikal, which means bile dah balik rumah memang dah letih rase nak tido telentang je.
Di malam hari bile badan mengizinkan + ade mood baru boleh nak buat.
kadang2 bile takde mood and letih, idea untuk mengarang ayat yang proper english malu2 nak keluar. macam ngade2 tau. sekejap idea datang, sekejap lagi mule merewang tempat lain sebab tak leh nak fokus.
90% otak kite akan berfungsi bile kite dalam keadaan segar.
ok it's kidding! hehe


Ok this is my schedule for thesis.


6hb June: Pemantau datang untuk memantau kite kat tempat praktikal
18hb Jun: Hantar chapter 1, 2, 3 and 4. from intro until the findings
22hb Jun: VIVA. not kereta viva  =.=
29hb Jun: Full Report!!


ya Allah..kau permudahkan lah perjalananku untuk menyiapkan thesis ini.


Disebalik kepayahan dan cabaran ini, aku berterima kasih sangat kat advisor aku sebab dia banyak bantu aku ngan kawan2. even marah2 sebab kitorang tak dengar ape yang dia suruh buat, tapi kami still sangat bersyukur sebab dia sanggup menghabiskan air liur beliau dengan menerangkan dari A sampai Q...cukup2 lah Q je. yang lain cari sendiri lahh. kang tak pandai buat kang!


dia memang particular dengan setiap ape yang kitorang buat, lukis, taip dll. dia memang teliti. dia sangat mementingkan grammar dan dia latih kitorang macam kitorang nak buat master!
dia ade jugak bagi beberapa tips untuk buat thesis. antaranya:


1) kalo grammar tu agak2 cam tak betol, ape salahnye spend duet sikit dengan mengupah orang untuk check kite punye grammar. it is worth bile hasilnye sperti yang kite inginkan. =)

2)jangan lah buang buku reseacrh methodology yang u blaja mase diploma dulu, even tak gune sangat pun. ianya sangat berguna untuk buat thesis nanti. atau cari lah mane2 buku panduan yang boleh guide kite buat thesis.

3) jalan cerite kite punye thesis kena lah ade flow. baru pemeriksa seronok bace kite punye thesis.

4) bile ade kesilapan yang kite buat, cepat2 betulkan bile dah sampai rumah. bukan ape. takut lupe ape yang dia ceramah kan tadi.


This is my experience while i'm doing my thesis. I hope I can have a good result and this sharing will help you in doing thesis. 


Maceh bace!



Sunday, April 22, 2012

Jom check gigi percuma

Assalamualaikum ^_^


Tau kan sekarang ni Colgate ade bagi pemeriksaan gigi secara percuma. tak tau? alaa keciannye...ehh korang. pegilah grab peluang tu. bukan selalu tau nak check gigi free. lagi2 lah aku ni yang dah lame tak check gigi. last pun mase darjah 6. haha. terok betul aku.. =.=


Sebelum aku war2 kan kat korang, semestinya lah aku dah buat pemeriksaan tu. semalam aku buat. kebetulan je pun sebenarnye. kebetulan aku g alamanda sebab nak jumpe member lame aku. pastu tenampak kat depan kedai Al-Ihsan ade satu booth Colgate. then, aku terpikir. ini lah peluang aku untuk check gigi free! sebenarnye  dah lame dah hasrat hati aku nak check gigi sejak keluar kat dalam paper. aku pun cari lah tempat2 yang dorang ni bukak untuk check gigi ni. pastu mate tetibe tepacak kat satu name klinik yang betul2 dekat ngan tempat keje aku. Klinik Izra namenye. tapi mase selalu tak mengizinkan...


Tu yang bile nampak kat alamanda semalam terus je pegi. tak nak dah lepaskan peluang kat depan mate. jalan punye jalan punye jalan, ade sorang promoter Colgate ajak untuk buat pemeriksaan gigi. sebelum tu aku jenjalan dulu kat sekitar2 tu. malu sebenarnye tetibe men masuk je kan. wakaka. naseb ade promoter tu. dia suruh aku register dulu kat kaunter depan.

form pemeriksaan gigi


Nak check gigi kena ikut giliran ye. ramai jugak yang nak check ni. ade yang satu family nak check. sekali lah ngan mak ayah ngan anak2 sekali. tak lame lepas tu giliran aku pulak. "Ok, baring". Halamak, dah lame betul rasenye tak check gigi. dah lame jugak rasenye tak rase besi2 yang biasa doktor gune untuk check dalam mulot ni. ala,,besi ape sangat pun. cermin besi tu je..dah lame jugak rasenye tak rase orang renyot2 kan mulut aku ke sane ke mari..ehh berapa banyak dah lame daaa..kekeke


Ok, sedia maklum aku ade masalah kan. ye, aku beria2 nak check ni pun sebab nak tau ape punca sejak kebelakangan ni gusi aku asek bedarah je. nak kate sental kuat2 sangat pun idok. tu yang pening and risau tu. tapi lepas dah check baru lah tau aku ade penyakit gusi dan tartar/calculus


Ape kaitan antara penyakit gusi dengan tartar? ok, ini semua disebabkan oleh aku. yeee..aku yang bersalah. sedihh..haha..ok2. ini semua disebabkan bakteria atau 'plak' yang ade kat sekeliling gigi kite. kadang2 kite selalu bersihkan gigi yang menghadap depan je. gigi yang menghadap belakang kadang2 kite lupe nak bersihkan. so, when it comes to a few years kite abaikan mengenai tu, makanye bakteria2 itu akan membuatkan gusi kite bengkak dan berdarah. so itu adelah puncanye. 




So lain kali, kalo nak gosok gigi, jangan lupe yang dibelakang nye yee. memang kite tak nampak. sebab kite tak nampak lah kite tak tau kan? lepas ni same2 lah kite perbetulkan cara kite gosok gigi tu. walau kite sental pagi petang siang malam pun, tapi kalo cara nye tak betul, tak sihat jugak gigi tu. alhamdulillah jugak lah aku takde masalah gigi berlubang. so bile aku bagitau ayah aku mengenai masalah aku ni, ayah terus kate nak bawak pegi klinik gigi kat bangi tu. murah sikit...tengok lah dalam minggu depan ke..


Aip, japp japp! bukan setakat dapat buat pemeriksaan free je tau. dapat free gift lagi...hehe

ubat gigi berflorida colgate

colgate plax


Jadi sesape yang belum check tu, you better do it now. it is all about your healthy. nak ke nanti bile usia dah meningkat, gigi kite makin teruk dan teruk? tak nak kan..aku tak malu pun untuk bagitau masalah aku ni..sebabnye aku nak ini dijadikan pengajaran untuk orang2 yang membaca blog tak seberapa aku ni. supaya korang tak jadi macam ape yang aku dah alami. orite silent readers? =)


Sampai cini je. Maceh bace!

TBS skarang dah canggih !

Assalamualaikum ^_^


Gapo namo rimau TBS tu? hehe..tu bahasa kelantan nye lah yang nak menunjukkan ape ke bende lah TBS tu. so TBS is stand for Terminal Bersepadu Selatan. this is stesen bas. sesiapa yang selalu naik bas mesti tau punye lah. kebanyakan student lah yang selalu naek bas. pastu kalo mule2 naek bas tu mesti sedih kena babai dengan mak nan ayah dari bawah. pastu gosok2 mate kunun kunun masok habuk. padahal nak cover nanes. ;')


*Actually cite ni dah lame aku nak post, tapi tak post2 jugak. nasib harini dapat post. hehe


Skarang ni ape yang aku rase TBS ni canggih giler, tapi dalam mase yang same macam menyusahkan adelah....dorang skarang dah meng'upgrade'kan standard or sistem same macam bile kite nak naik kapal terbang. adoi panjang jugak aku meng'explain'kan ni. senang cite, skarang TBS dah ade Boarding Pass! tau kan boarding pass? boarding pass tu biasanye kite kena buat sebelum naik kapal terbang. so sebab tu kalau kite nak naik kapal terbang, kite kena ade kat KLIA sejam awal. sebab ape? sebab nak buat boarding pass tulah.


Cumenye, boarding pass kat KLIA kena cek2 barang pastu kena timbang berat beg. kalo beg kite tu lebih dari sekian2 kg, makenye besedialah kena bayar charge RM45. aku penah tau mase nak balik dari kelantan ke kL, tak sangke berat beg aku tu melebihi dari takat yang sepatutnye. haa amek kau. sekali kena bayar RM45, terkedu, terkesima, nak nanes pun ade kena kuarkan duet sebanyak tu. huaaaa. dah lah sensorang. pastu makanan kat situ mahal! time tu aku makan mee goreng dengan teh o ais. 

"Berapa kak?"
"RM12.50"
$#!$^%!^()*&!#)(*&!#
(dalam hati jela)


Sekali tengok dekat menu board dia, Teh O Ais = RM4.50....Mee Goreng = RM8.00


Demdemdem! knape lah aku tak tengok awal2 lagi. kataku dalam hati. menyesal pun tak gune sebab aku memang lapar mase tu =.=


Berbalik pada cite TBS tadi, kalo ikutkan dulu, kalo nak naik bas, kite biasanye akan beli tiket seminggu sebelum tarikh bertolak. betol tak? lepas tu bile sampai stesen, tak kesah lah lagi seminit bas nak betolak pun kite still boleh naik bas tu. pastu bile sampai kat sana, kite akan pergi kat pintu masuk dimana bas kite tu berada. asal ayat aku baku sangat ni...=.=  itu dulu! skarang....bile kite sampai sane, kite kena beratur pulak kat kaunter boarding pass untuk tukar tiket dari tiket bas kepada boarding pass. which is aku rase sangat melecehkan.

tiket bas
|
|
|
|
|
|
|
|
V

boarding pass


Jadi, aku just nak nasihatkan kepada korang2 yang nak naik bas tu, pastikan korang kena ade kat TBS tu setengah jam awal ok! jangan datang sane melenggang-lenggang kangkung masak kicap plak. kena tinggal  kang haa jawablah dengan pakcik bas tu.


Sampai cini je. Maceh bace!

Sunday, February 26, 2012

Suke sangat dapat cakap dengan orang puteh! hehe

Assalamualaikum ^^,


Actually bukan orang puteh pun. tapi orang Iran. hehe

Aku tak tau lah aku sorang je ke selalu rase camtu
tapi aku suke bile dapat tolong foreigners.

Semalam ade foreigners. 2 orang.
time tu aku tengah makan kat food court kat presint 8.
Pastu pasangan Iran tu tanye cleaner kat situ yang dia nak cari stesen bas.
maybe orang cleaner tu paham sikit2.
dia pun terang ape yang dia paham.
tapi foreigner ni tak paham pulak.

Pastu aku nak tolong explain macam mane nak pegi tempat tu aku tak confiden.
Then muncul satu idea.
"Apekate aku suruh ayah aku amek", aku bermonolog.
Tetibe aku interrupt.

"Dia nak pegi mane?"
"Nak pegi stesen bas", jelas cleaner tu.
"Kalo camtu akak bagi nombor teksi ni lah. saya ade simpan 1."
Tetibe akak cleaner tu tunjuk suruh orang Iran tu pegi kat aku.
Ah sudahh. tapi dalam hati aku memang ade niat nak tolong dia.

"How can I get the taxi?", lelaki tu bertanya.
"Ok, I have the taxi number. you can call him."
Then aku pun sebut lah no. phone ayah aku.
Sambil dia tunggu ayah aku angkat, dia tanye aku.
"He can speak english?"
"Er, a little bit"
damn.
aku ingatkan dia tanye aku pandai tak cakap english.
rupe2nye tanya ayah aku pandai cakap english ke tak.
kalo ayah memang terror lah.
hahah.

"Can you speak to him?", sambil hulurkan hp nokia dia kat aku.
tutt tutt....tutt tutt..
Tak berjawab.

"Er, he didn't answer. right now the Muslim are going to pray."
"Oh, I'm Muslim too. where can I pray?"
"From here you go straight. then at the right you can see the small mosque."
"Ok, tq"

Pastu dia pun bagitau isteri dia suruh tunggu kejap sementara dia pegi solat.
Aku pulak g basuh tangan yang dah kering dengan sambal ayam tu.
punya lah nak tolong sampai biakan je tangan tu tak berbasuh.
heheh

For that moment, I feel relieved.
fuhhh~
Aku rase macam suke sangat dapat tolong dia.
After the men solat Jumaat, aku mesej ayah pasal orang Iran tu.





Balik dari keje, ayah citer kat aku.
Sebenarnye orang Iran tu nak solat kat Masjid Putra.
Tapi disebabkan ade Le Tour De Langkwai, banyak jalan tutup untuk beri laluan kat dorang.
Tu yang teksi sebelum ni behenti kan pasangan Iran tu kat fc.

Pendek cite, ayah sempat bawak dorang jalan2 Putrajaya ni sebelum dorang berangkat
pukul 8 kat airport.
Pasangan tu dah lame kat sini.
Dalam 4 bulan ke 4 minggu.
Aku pun tak hengat daa.


Heheh. ok lah. ape2 pun aku happy sangat even ayat BI aku cam ape je.
At least aku dapat tolong dorang.
Sian tau tengok dorang.
Tak sampai hati pulak tengok muke dia tanye sane tak paham.
Tanye sini tak tau.
Emm.
Ok lah, till then....


Maceh bace!

Monday, February 20, 2012

Supplement yang bagus untuk otak

Assalamualaikum ^^,


Aku ade mase lagi 5 minit untuk aku tido. esok dah kena sambung keje lagi. takmo tido lambat2. jadi, entry ni aku akan buat secepat yang mungkin k. :)


Dulu2 mase aku form-form dulu, selalu je bace surat kabar lah majalah lah. pastu selalu ade kuar iklan artis ni makan supplement itu ini. mase tu dalam hati aku, eh best ke makan supplement ni. bagus ke makan supplement ni. skarang aku dah dewasa, ceh dewasa dah ke, aku dah stat pikir nak makan supplement.


So haritu mase jalan2 kat alamanda, nak cari barang lain sebenarnye, tapi bese lah, perempuan. kalo tak window shopping dulu bukan perempuan namenye. so aku pun window shopping dalam watson. haha. orang lain window shopping kat Mango ke, Nichii ke kan. aku kat watson je.


Belek kat bahagian kosmetik. gel mandian. syampoo. masker. lastly kat bahagian multivitamin. dulu aku teringin nak cari fish oil omega 3. ok, aku pun cari lah. then mate bolat aku ni terus melekat kat Appeton Fish Oil with Omega 3. aku dah tak pikir panjang dah. aku tanye kat adik or kakak tu tentang kebaikan dia. saje je nak test tu. hehe (aku dah survey lame dah khasiat dia sebelum decide nak beli)


Ok amek. terus pegi kaunter dan bayar.

sumber: google
aku beli yang single punye. tak silap harge dia rm48. kalo brand lain mahal lagi rasenye.

Tak perlu lah aku nak citer panjang lebar khasiat dia. ape yang aku nak bagitau, this supplement very ohsem. khasiat dia dapat melancarkan saluran darah especially kepala. bile aliran darah kat kepala berjalan dengan baik, kite pun dapat berfikir secara baik.


Ok, yang ni aku betul2 suke. penah tak kekadang kite ke hulu ke hilir, geledah sane sini nak cari barang. at one time, kite akan rase kepala macam pusing je, or kadang2 nampak cam putih je. ok tu menandakan aliran darah dalam otak kite tak mengalir dengan baik. yes, aku mengalami itu. bile jadi macam tu, aku akan stop dulu, duduk diam2 dan sambung balik keje.


Or penah tak kadang2 kite nak kejar solat ni. takut abes waktu. pastu belari naik atas bilik, amek wudhu, solat. ok, penat sebab belari2 tadi. pastu stat lah pening dia datang. cara yang terbaik biasenye aku akan sujud lame mase rakaat akhir. kan kalo kite sujud darah kite akan turun kat otak. baru kurang cikit pening dia.


Then, bile aku makan supplement ni, guess what? aku dah tak rase langsung macam tu. mule2 macam tak pecaye. tapi baru sekejap tadi aku geledah barang. dan kebiasaannye bile aku dah mengah dan letih, aku akan rase macam tu taw. tapi tadi tak. wahhh seronoknye!! XD


So aku nak suggest kan kat korang, kalo slalu ade rase pening2 camtu, try this. fish oil omega 3 ni banyak khasiatnye. bukan setakat untuk otak sahaja. :)


Maceh bace!


Sunday, November 6, 2011

Beraya haji tanpa mak & ayah

Assalamualaikum readers sekalian ^^..


How's your raya? everything okey? hehe..na'ah, don't ask me about raya aidiladha right now. i'm feeling nothing actually. serious. aku tak prepare ape2 kot untuk raye aidiladha ni. bangun pagi tadi dah pukul 9. hehe..sah2 lah tak pegi semayang raye kan. bukan tak nak, tapi tak boleh.


Tengok fb ramai yang letak pakai baju raye masing2. aku? erm, tak rase nak pakai pun. rase macam hari2 biase je harini. rutin harian hari ni pun macam hari2 biasa. cume yang nampak macam lain cikit bile ade jiran2 yang baik hati yang bagi ketupat lah, rendang lah, daging lah. wah, macam2 tau. baru lah rase sikit raye tu. er, sikit je tau. ^^


Eh, tadi aku buat bihun sup. macam jadik jew! hahah..orang kate, selagi belum cuba, belum tahu kan. so semalam aku ngadu kat bff aku, nak masak ape sok ni. then dye bagi 1 cadangan yang sangat best, iaitu buat bihun sup. so malam tu jugak aku suruh adek aku beli bahan2. pastu tadi buat amek mase dalam 1 setengah jam jugak lah kan. bihun lembut, kuah cukup rase, sambal kicap cukup pedas. perfect! >_<






I miss my mom and dad. tanpe mereka rasenye raye tu tak beerti. chewah2. hehe. serious. mak ayah g haji, pastu raye tak balik kampung, tak pakai baju raye pun, so memang tak beerti lah raye korban kali ni. cedey je (aip, tamo cedey2. semalam kan dah dengar sore mak. erm, baik2..).


Selamat Hari Raya Aidiladha Mak & Ayah.
zaty sentiase doakan mak & ayah sentiasa sehat kat mekah tu.
semoga mak & ayah mendapat haji yang mabrur.
semoga mak & ayah sampai di malaysia dengan selamat.
Amiinnn~


Maceh bace!


Thursday, July 21, 2011

Say NO to Whitehead and Blackheads

Whiteheads and Blackheads. dalam bahasa melayu dye adelah kepala putih dan kepala hitam. HAHA! eh3, i'm joking jew tau. sape yang pecaye tu alamatnye esok bankrap. hehe


Rasenye sume orang ade 2-2 kepala nih. antara sedar atau tak je kan. pade yang rase2 takde tu, try check betol2. jangan men tengok muke dah licin je teros cakap takde kepala2 tu. meh nak ajar cane nak tau korang ade whiteheads ngan blackheads ni tadi.


First, pegi kedai watson or guardian. pegi cari ini:



Eh, jangan cari beg mekap tuh. tu, cari pelekat untuk tanggalkan kepala2 tadi. mule2 pegi stim muke tu kat wap air panas. aku suruh buat camtu supaya liang2 pori muke kite akan tebukak. so bile tebukak, senang lah nak tarik segala bende alah dalam pores kite tuh. next basahkan hidung kite sikit supaya pelekat tu melekat kat hidung kite. ok, tunggu lah dalam 15- 20 minit camtu. then, cabut lah pelekat tadi. the result?!


  • maka tercacak lah segala kekotoran di pelekat tersebut.
  • hidung akan jadi lebih bersih dan segar.
  • tiada lagi kepala putih dan kepala hitam tadi.
  • jika tiade kesan tercacak di pelekat itu, maka korang bersih dari whiteheads and blackheads yang sering mengganggu rakyat jelata yang lain.

Klo rajin buat lah seminggu sekali atau dua minggu sekali supaya pores korang tak tersumbat dengan segala macam kotoran disebabkan oleh compact podwer or make up dan juga keadaan persekitaran yang berdebu atau habuk. SELAMAT MENCUBA!





Maceh bace!

Wednesday, July 6, 2011

I hate PMS ok

Ok. entry ini bukan sahaja untuk tontonan para gegurl sahaja. tapi para boboy pun boleh nak amek tau jugak. toksah lah nak malu2 ye. sebabnye, penyakit ni mane tau mak korang ke, adik korang ke, or tak pun makwe korang ke pernah mengalaminye. so aku nak kongsi lah sedikit sebanyak pasal PMS ni.


What is PMS? PMS ialah dalam bahasa inggeris nye, Premenstrual Sydrome, atau bahasa moden nye ialah senggugut. actually aku pun tak tau berapa ramai perempuan2 kat luar sane memang mengalami senggugut tiap2 kali datang bulan mengambang. tapi besenye simptom2 yang akan jadi kepada si 'mangsa' ini ialah cepat marah, emosi tak stabil, sakit sendi or pinggang, kuat makan, mudah pitam, dan muntah2.



Korang yang lelaki2 ni kena lah amek tau jugak bile si perempuan2 ni angkat bendera merah. sebabnye, korang boleh tau kenape mood perempuan2 ini berubah. bile mood perempuan2 ini dah berubah, kejadian seperti buku2 di rumah habes dibaling oleh kakaknye akibat daripada adik lelakinye kacau kakaknye yang sedang mengambang tu. dan kejadian seperti si makwe merajuk dengan si pakwe nye selama sebulan akibat daripada si pakwe tidak membalas mesej yang dihantar 5saat lepas turut berlaku.


Jadi, untuk menghalang kesemua kejadian yang tak diingini berlaku, maka hendaklah kamu semua lari daripada rumah. HEHE. sory lah dah ngigau sikit. k2. bile dah tau yang si wanita ini akan datang bulan, so janganlah buat bende yang dye tak suke. kena pandai2lah tackle dye supaya dye tak terasa hati yang boleh buat dye marah.


Ok, bagi kaum2 hawa yang seangkatan dengan aku, sediakan payung sebelum hujan ye. lau dah agak2 yang korang dah in time, bawak lah siap2 pampers berjenama Petpet dalam handbag ye. huhu. jangan sampai orang belakang tau ape yang tak patut dye tau. lagi satu, sediakan panadol satu papan sebagai persediaan kalo korang tak tahan sakit sangat. dan salah satu cara untuk hilangkan cara sakit tu ialah dengan TIDUR. bile tido, kite tak akan rase sakit tu. dan ape yang aku biase buat bile sengugut ni menyerang, aku biasa nye akan letak losyen mustajab pati halia untuk hilangkan rase sakit tu. not 100% hilang, but dijamin boleh mengurangkan rase sakit tu.



So bile aku keje kat tempat keje aku skarang ni, aku dapat tau, produk2 kat bawah ni dapat membantu mengurangkan risiko senggugut kita. antaranye:

1. Mustika Ratu Perawatan Putri Remaja



2. Jamu Mak Dara Almira



3. Pil Binari Puteri



Antara keistimewaan ketiga2 produk ni:

> mengurangkan senggugut
> membuang toksik dalam badan
> memberi tenaga
> rahsia untuk kekal awet muda
dan macam2 lagi.

Ok, tu jelah aku nak kongsi. Selamat Malam peeps~

Maceh bace!

Monday, July 4, 2011

Gimme 10% ok!


Well, hello customers sekalian. saya bukan tak nak bagi murah or discount. but i'm new and tak boleh nak bagi discount sesuka ati aku. kang aku kena potong gaji ade kau nak ganti duet gaji aku balik?


Erk, sory sume. teremosi sekejap. ni sume gara2 customer yang datang tetibe cakap,

cust: "Dik, akak nak NV Day Cream 1. ade discount kan. bese mak akak beli ade discount 10%."
aku: "Akak ade membership card?"
cust: "Takde."
aku: "Lau camtu saya tak boleh bagi disc lah kak."
cust: "Takpe. saya nak 10%. bese mak saya beli dapat 10% dapat je kat sini. 
aku: "Er, saya tak boleh nak bagi discount lah kak. bese yang  bagi disc bos atau adek bos tu. saya tak boleh."
cust: (sambil buat muka) "Try call dye. try call."

After 10 seconds...

aku: "Ok, boleh kak"


Lalu dengan muka bangge nye dye bayar dan teru pegi. seb baik cakap time kasih. hati ni dah panas dah dye asek buat muke pastu cam bekeras nak jugak 10% dye tuh. adoyy, aku tak kesah nak mintak disc, tapi biarlah beradab sikit. ingat kau tu adeq bos? sepupu bos? sepupu bos pun aritu nak mintak harge murah cakap elok2. siap senyum lagi. cara dye tak menyakitkan hati. ini tak, berlagak macam ade kabel ngan bos. ish, sabar jelah..


Satu lagi kes...

cust: "Kak, krim kunyit Tia 1."
aku: "1 je ye? ok. rm29.90 ye."
cust: "Eh? bese saya beli rm27 jew kat tempat lain."
aku: "Eh tak lah. kitorang memang jual rm29.90 sebab kitorang memang jual ikut harge asal dye macam yang tertera kat sini."
cust: "Takpe lah kak. tak jadi"


Ni lagi satu kes. yes, memang kat tempat lain lagi murah. maybe korang beli kat pasar malam or kat tempat2 kiosk kecik yang sewa tak mahal. tapi, nak bagitau sikit lah ye. sewa tapak kami ni rm8000 sebulan. can you imagine if we often give more disc, we are unable to pay the rental. ini bukan kiosk. ini kedai (even takde dinding). so harap anda memahami lah ye.


Aku takde lah marah sangat dengan customer2 camni. cume mintak sopan dan beradab lah sikit lau nak minta sesuatu atau nak cancel kan sesuatu. aku boleh terime lau camtu. contohnye lau agak2 tak jadi tu, cakap lah "takpe lah kak. time kasih..". kan sejuk je dengar. camni lah. cube kite ubah tempat ek. kau amek tempat aku, aku amek tempat kau. sure sakit ati kan? erm, cmtu lah ape aku rase. sebab kite ni pun same2 manusia.


Cube kalo bertindak sesuatu tu, pikir orang lain jugak. ni lagi satu kes...

cust masuk kedai...
aku: "Ye cari ape kak?"
cust: "..........."(teruskan tengok barang dan beberape saat terus blah macam tu)


Ok. aku rase situasi ni selalu jadik kat korang jugak kot. pernah tak masuk kedai baju untuk window shopping or masuk kedai kasut untuk cari kasut dinner then ade girl or boy membontoti korang. rase cam annoying kan? aku pun penah rase camtu. tapi pecaye lah. bile aku jadi macam girl or boy ni tadi, aku ase macam nak tolong sangat customer tu. aku nak tolong sangat cari barang yang cust ni nak. bile aku tanye "nak cari ape kak?", aku harap dye boleh bagitau dan aku tolong carikan. and kalo sekadar nak tengok2 je, just jawab jelah nak tengok2. jangan lah diam je ye. tu yang kekadang ade girl or boy yang ikut kite bile kite tengah cari baju or kasut.


Tapi dalam banyak2 orang pun yang buat camtu, masih ramai lagi yang berbudi pekerti dan bersopan santun lagi. siap begurau pun ade. customer macam tu kire macam sejuk lah mate memandang, sejuk lah telinga mendengar.



Maceh bace!

Thursday, June 30, 2011

Terima kasih bos!


Semalam kembang kempis idong aku. huhu. kembang kempis pun bersebab. bukannye sebab dapat ipad or iphone. oh no no no. agaknye yang tu memang tak akan dapat lah. melainkan tetibe ade ujan turun mende2 alah tu. oh heaven nye rase time tu.


Tapi idong aku kembang kempis semalam sebab dapat gaji!! yeayy...dapat gaji kedua! boleh tak camtu? sebab gaji pertama aku tu aku dapat mase keje Poney dulu. skarang kire dapat gaji kedua lah kan? eh tak leh2. nanti akak tu maraah. so ni gaji pertama lah aku keje kat Salina'z Beauty tu. hehe




So far, aku suke keje sane. pagi2 datang kedai kene bukak kain. eh ni bukan bukak kain lain tau. dun noty2. ni kain kuning yang kitorang selalu letak untuk tutup barang2 kitorang. Bile dah bukak kain, kene bukak lampu. Pastu kene kire duet petty cash then masukkan amount kat petty cash tu. Then baru lah sapu sampah, buang sampah ngan lap cermin.


Lepas tu baru kire stok yang penting2 contoh macam Jamu Mak Dara, Tia Amelia, Natasya, Sendayu Tinggi, Yusmira dan last sekali produk kitorang sendiri, Salina’z Beauty. Yang bestnye keje kat sini sebab aku sendiri dapat tekan petty cash tu. Ala, mende alah cashier tu. Fuuuuuuhhhh, swonok abes! Aku rase tulah cite2 aku mase kecik2. Sebab tu mase kecik2 bile cikgu tanye cita2 aku ape, aku selalu cakap nak jadi akauntan. Sebab utamanye aku nak main bende alah cashier tu. HEHE.




Waktu keje plak, kebiasaannye aku selalu sampai kol 10 malam lah sebab aku single mingle. So selalu lah sampai umah pukul 10 lebih. Pastu nak makan lagi, nak mandi lagi, nak basuh baju keje lagi. Agak penat gak lah. Tapi best lah keje sane. Time keje pun leh men kejar2 lah, gosip2 lah, bgurau senda lah. Fun lah. Takde lah stress sangat keje kan. Tapi time ade customer kene seyes sikit lah. Takde lah nak begurau2 bagai.


Setakat ni dulu k readers/silent readers sekalian. akan datang ade mase aku lapangkan mase kat depan lappy ni lagi ye. =)


Maceh bace!

Thursday, June 23, 2011

Orang lain tak nampak kedai kitorang? OMjay..

Salam peeps. di kesempatan yang ade ni, memandangkan sok aku cuti, dapat lah aku habeskan mase kat beeblog aku ni kan. soronok. sewonok tak terkate!!! eheh..ok, jangan over. =.=

Aku nak share something lah malam ni. ni bukan pasal kawan2 aku buat2 tak nampak aku kat kedai yang aku keje skarang or bukan pasal En. Arif yang ajar aku subjek insurance sem lepas datang tegur aku kat kedai (muke dye dah lain sikit aritu, maybe sebab ade tambahan misai sikit..hehe)..tapi...ini pasal orang2 yang datang kat alamanda tu tak nampak langsung kedai kitorang.

Ok, bukan tak nampak sebab tak tau kedai kitorang kat bahagian selatan, tapi tak nampak yang kitorang hari2 bukak kedai tanpe sehari pun tutup dan business bejalan seperti biase. 

Masuk harini, dah 4 orang tegur. "knape sebelum ni tak penah nampak pun kedai ni even hari2 saya lalu sini?". ataupun "knape sebelum ni saya nampak kedai ni asek gelap jew?". ataupun "bape lame dah kedai ni bukak? tak perasan lak ade kedai ni."

Errr......tak pelik kew?

Mase aku dengar orang cakap camtu, terus naik bulu roma. its like, OMG what happen to our shop????! ade bende yang tak kene. patut lah sejak kebelakangan ni sales kitorang jatuh! rupe2 nye ade 'bende' yang menghalang pandangan orang lain dari nampak kedai kitorang.

Naseb bek bos kitorang cepat bertindak. dah seminggu dah, kitorang kene sembur keliling kedai kitorang dengan air bacaan Al-Quran dari seorang ustaz. erm, macam ni lah adat berniage. ade je orang yang dengki ngan business orang lain. tak leh tengok orang lain bejaye sikit. mule lah ngantor macam2. dengan ayat bacaan Quran je yang dapat menundukkan niat2 jahat dorang ni.

Kesian dorang... buang duet ngan buang pahala je buat keje2 macam ni...kesian dorang. betul, aku kesian betul..

Maceh bace!

Friday, June 17, 2011

Bile orang putih jadi customer


Orite. malam ni nak jugak buat 1 entry. lantak lah nak tido pukul berape. asalkan entry siap untuk malam ni. da lame dah tinggal beeblog caye ni. cyan dye. =(

Dah nak dekat 2 minggu jugak lah kan aku keje. so macam2 customer dah aku jumpe. dari yang mude, yang tua, yang vogue, yang mak datin mak datin dan tak lupe juge yang dari luar negara.

Aish, tekincit jugak aku kalo omputeh ni datang tengok2 barang kat kedai aku ni. dalam pale otak dah kuar macam2 pkataan omputeh dah. klo nak cakap memutihkan, cakap "for whitening your face". and macam2 lah kan.

Pastu ade 1 hari tu, de customer omputeh ni tanye aku..


"Spirulina is for what?"

Ahh sudah..time tulah tetibe ayat omputeh aku tak kuar. dok asek err, err jelah keje aku. seb bek ade akak senior kat tepi aku. 

"Kak, spirulina ni gune untuk ape?"
"Cakap lah untuk dalaman"
"Alamak, dalaman dalam bahase inggeris ape kak?"
"ala, cakap je for your inner body"

Ahh, cakap jelah. inner tak inner. boleh tuju lagu? =p



Ade lagi 1 hari tu, customer arab plak. dye tanye harge bakul yang kitorang buat cam hantaran tu. dalam bakul tu ade produk2 kitorang lah. buat bentuk cam hantaran sebab buat untuk sempena hari ibu or bape. but ekceli, kitorang ne de jual bakul. aiseyhh. =.= pastu ade akak ni cube untuk tulun jawab untuk omputeh tu.

"what the price of this?"

"RM286"

"without these?"

"RM286 lah"

Hehe..aku rase akak tu pun tak paham ape yang dye maksudkan. ape yang aku paham, omputeh tu tanye harge basket tu without stuff dalam basket tu. pastu aku pun cube lah kuarkan ilmu2 yang ade.

"er, sorry. we don't sell this basket without these stuff yet"

pastu dye pun angguk2 then pegi.
Heheh..


  


Malam tadi aku dapat berite gumbire. akhirnye usaha 'curang' ku berbaloi! heheh..dapat jugak akhirnye.
Aku penah cite kat SINI.
Cume skang ni nak cari casing yang sswai untuk 'kekasih baru' aku ni.

adekah seperti ini? erm. nanti lah pikir cmne.

Maceh bace!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...