Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Bagaimana menangani Putus Cinta

Assalamualaikum peeps..


Siapa kate tak sakit putus cinta. Orang yang tak pernah bercinta atau tak pernah kecewa dengan cinta je tak akan rasa sakit tu. Pedih. Kecewa. Sakit hati. Feeling lonely..Semua sifat2 negatif akan muncul satu-persatu. Itu memang kita tak boleh nak elak. Ia akan datang dengan sendiri tanpa dipinta. Air mata pun akan mengalir mengenangkan hubungan yang dibina hanya bertahan separuh jalan sahaje.


Tapi, jika ini berlaku, jangan lah merayu supaya hubungan itu kembali seperti dulu. Cukup lah sekadar bertanya MENGAPA. It is all about dignity. Jangan lah bikin malu. Orang dah tak nak kat kita..biarlah. Dia jugak yang rugi sebab tanpa dia sedar, dia sebenarnya telah kehilangan orang yang betul2 jujur dengan hubungan itu dan betul2 mencintai dia.




Terima Hakikat

Lupakan lah segala impian kita dengan si dia. Belajar lah untuk terima hakikat bahawa dia bukan yang terbaik untuk kita. Terima lah hakikat bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan setiap perpisahan pula adalah permulaan kepada pertemuan.


Sesi Meluahkan Perasaan

Carilah mana2 rakan kita yang sanggup dengar cerita kita. Kalau kena ceritakan dari A sampai Z, ceritalah. Walaupun kadang2 mereka tak faham dengan situasi kita, kalau dengan cara tu kita dapat kurangkan tekanan kita, just tell it.


Carian di Internet

Kadang2 bila kita putus, banyak bende kita tak boleh nak buat. Apa yang kita akan buat adalah duduk memerap dalam bilik, terkenangkan memori dulu, meraung dalam bilik sensorang, pastu esok mata bengkak. Bila mak tanya, kata konon2 semalam garu mata kuat sangat. Hehe. Pandai tau. Okay, taip lah kat google carian untuk Tips2 selepas putus cinta, atau Cara nak move on bila putus cinta, atau quote2 untuk yang break up. InsyaAllah, dengan cara ni, kita akan gain balik confident and semangat kita. Sebab nya, kat luar sini banyak je blogger2 yang da banyak bercerita pasal ni. *temasuk lah aku. hewhew. Jadiknya, kita tak keseorangan, ok dear. =)


Tumpukan perhatian kepada bende lain

Contohnya, kalau kita takde keje dan sedang mencari keje, haa masa ni lah sesuai untuk tumpukan perhatian  untuk edit resume lah, cari keje kosong lah, dll. Kalau kita ade buat side income contoh jual tudung atau mekap, kita boleh luangkan masa untuk buat tutorial shawl atau mekap.

Mengadu kat Allah

Cara ni sebenarnya kita patut buat awal2. Walaupun kita dah buat macam2 tapi still ingat kat dia, cara ni paling mujarab dan berkesan untuk kita pulih dari luka hati berdarah. Erk, ade ke? Kadang2 bila siang kita boleh untuk lupakan dia sebab kita akan buat macam2 keje. Tapi bila malam, kita mesti akan teringat jugak. Jadi, berdoa lah kepada Sang Pencipta. Ya Allah, jika dia bukan lah jodoh aku, Kau hilangkan lah rasa kasih, rasa sayang aku terhadap dia. Tetapi, jika dia adalah jodoh aku, Kau rapat kan lah hati kami, Ya Allah. 


Dengan cara2 kat atas, aku harap sedikit sebanyak ia boleh membantu kamu untuk melupakan si dia dan berpandangan lebih positif. Aku pun sedang cuba. Same2 lah kita cuba keyh.. =)


Jangan lah risau.  Derita dan kecewa akan hilang dengan masa. Cukup lah 3-5 hari kita asek terkenangkan semua tu. Bagi lah peluang pada diri sendiri untuk merasa kebahagiaan bersama keluarga dan rakan2.





Maceh bace!

Tuesday, April 3, 2012

Something for your lips !

Assalamualaikum ^_^


Walaupun dah ngantok, tapi rase naaaaakk sangat tulis blog hari ni. tetibe ade mood and idea balik. hehe
So today saje je lah nak kongsi one of the lips product. memandangkan aku ni suke sangatt dekat any kind of lipstik, balm and whatsoever sejak dari kecil lagi, so saje jelah nak try product dari brand ape tah ni. tak ingat lah pulak. tapi name dye lip smacker. ade jual kat watsons.




Nampak tak dye tulis melon kiss? haa, kalo pakai tu kite akan rase cam perisa watermelon! rase cam nak jilat je banyak2 kali. dye didatangkan dengan 1 balm dan lagi 1 lip gloss. kalo rase nak pakai bese2 je pakai lah lip balm. kalo nak rase cam bekilau2 and tak kering boleh pakai lip gloss. so tak jadi masalah. aku cam tertarik dengan lips ni sebab the whole thing is pink colour! hehe. i very very the like pink colour. so rase membuak2 lak nak beli mase 1st time tengok. cinta pandang petama lah kunun. =P




This is me wearing the lips gloss. base dye aku gune lipstik bese tapi nipis jelah. then aku pakai lips gloss bagi nampak segar. basically dye same je dengan the other lips gloss. cume aku just nak kongsi jelah one kind of lips gloss yang ade perisa. ;)



Selamat Malam peeps!

Maceh bace!

Monday, February 20, 2012

Supplement yang bagus untuk otak

Assalamualaikum ^^,


Aku ade mase lagi 5 minit untuk aku tido. esok dah kena sambung keje lagi. takmo tido lambat2. jadi, entry ni aku akan buat secepat yang mungkin k. :)


Dulu2 mase aku form-form dulu, selalu je bace surat kabar lah majalah lah. pastu selalu ade kuar iklan artis ni makan supplement itu ini. mase tu dalam hati aku, eh best ke makan supplement ni. bagus ke makan supplement ni. skarang aku dah dewasa, ceh dewasa dah ke, aku dah stat pikir nak makan supplement.


So haritu mase jalan2 kat alamanda, nak cari barang lain sebenarnye, tapi bese lah, perempuan. kalo tak window shopping dulu bukan perempuan namenye. so aku pun window shopping dalam watson. haha. orang lain window shopping kat Mango ke, Nichii ke kan. aku kat watson je.


Belek kat bahagian kosmetik. gel mandian. syampoo. masker. lastly kat bahagian multivitamin. dulu aku teringin nak cari fish oil omega 3. ok, aku pun cari lah. then mate bolat aku ni terus melekat kat Appeton Fish Oil with Omega 3. aku dah tak pikir panjang dah. aku tanye kat adik or kakak tu tentang kebaikan dia. saje je nak test tu. hehe (aku dah survey lame dah khasiat dia sebelum decide nak beli)


Ok amek. terus pegi kaunter dan bayar.

sumber: google
aku beli yang single punye. tak silap harge dia rm48. kalo brand lain mahal lagi rasenye.

Tak perlu lah aku nak citer panjang lebar khasiat dia. ape yang aku nak bagitau, this supplement very ohsem. khasiat dia dapat melancarkan saluran darah especially kepala. bile aliran darah kat kepala berjalan dengan baik, kite pun dapat berfikir secara baik.


Ok, yang ni aku betul2 suke. penah tak kekadang kite ke hulu ke hilir, geledah sane sini nak cari barang. at one time, kite akan rase kepala macam pusing je, or kadang2 nampak cam putih je. ok tu menandakan aliran darah dalam otak kite tak mengalir dengan baik. yes, aku mengalami itu. bile jadi macam tu, aku akan stop dulu, duduk diam2 dan sambung balik keje.


Or penah tak kadang2 kite nak kejar solat ni. takut abes waktu. pastu belari naik atas bilik, amek wudhu, solat. ok, penat sebab belari2 tadi. pastu stat lah pening dia datang. cara yang terbaik biasenye aku akan sujud lame mase rakaat akhir. kan kalo kite sujud darah kite akan turun kat otak. baru kurang cikit pening dia.


Then, bile aku makan supplement ni, guess what? aku dah tak rase langsung macam tu. mule2 macam tak pecaye. tapi baru sekejap tadi aku geledah barang. dan kebiasaannye bile aku dah mengah dan letih, aku akan rase macam tu taw. tapi tadi tak. wahhh seronoknye!! XD


So aku nak suggest kan kat korang, kalo slalu ade rase pening2 camtu, try this. fish oil omega 3 ni banyak khasiatnye. bukan setakat untuk otak sahaja. :)


Maceh bace!


Tuesday, February 7, 2012

For those who have a lot of make-up stuff

Assalamualaikum ^^,

Today is a boring day. so I had decided to spend my time with youtube! haha. dah tak tau nak buat ape dah. nak bace novel takde mood. nak buat thesis lecture tak bagi feedback lagi tentang report yang dia suruh hantar dulu. aishh..

So, aku bukak jelah ape yang terlintas kat otak kecik saya ni. Music bank! ah, takde mende lain dah aku nak bukak. k, aku pun taip lah..m-u-s-i-c b-a-n-k j-a-n 2-0-1-2.. bederet keluar lagu2 korean yang latest kat MB. aku pun klik kat T-ara Lovey Dovey. first dengar dah suke dah lagu ni! hehe. lagu catchy pastu pulak dorang tampilkan shuffle dance. lagi lah nampak cute! =)

korang boleh tukar dari 360p ke 720HD. lagi nampak cantik video ni. tekan je kat 360p tu. nanti keluar lah.

Pastu, bese lah. kat dalam youtube kan mesti ade related link kat tepi tu kan? so aku tenampak lah 'Eyeliner Ji-yeon Style'. aku pun klik lah kat situ. aku pulak macam agak tetarik jugak dengan Ji-yeon punye stail ni. so dah melencong sikit lah kat situ. dari korean song to make up. sooo, that's how aku boleh dapat idea nak tulis entry ni. *uisshh, panjangnye intro entry ni. kekeke~


Harini aku just nak share je video yang aku rase berguna untuk girls yang kat luar tu yang ade banyak giler stuff make-up dan tak tau nak manage dorang punye make-up camne. the stuff maybe included lipgloss, lipstick, lipbalm, eyeshadow, eyeliner, mascara, blusher, bb cream and whatsoever lah kan. so, according to this video, ade beberapa tips yang korang boleh ikut.

1. Keluarkan segala harta bende make-up korang yang shantek2 belaka tu. asingkan mengikut jenis make-up tu. kalau lipsgloss, asingkan dari eyeshadow dan seterusnye lah kan. takkan tu pun nak bagitau. ^_^

2. Buat mengikut jenis make-up, asingkan pulak mane stuff yang nak gune lagi dengan stuff yang dah tak nak gune dah. mane yang dah tak nak gune boleh tohok doh. atau bahase melayunye boleh buang dah. *hehe. tecakap kelate pulok doh.

3. Then, simpan dan susun balik stuff2 yang masih nak gune lagi chantek2 dan kemas supaya ape yang korang nak gune tu boleh senang dicari. kang nak cari eyeliner gold sparkle dark colour dah nanges hentak2 kaki tak jumpe.


At the end, korang akan puas hati tengok stuff make-up korang tesusun rapi dan senang dicari. aku maybe tak lah kot sebab err, sory, stuff saya tak banyak macam girls dalam video ni. ehehe.

BEFORE
source: google

AFTER
source: google

Here the video.

Hope you enjoy! ^_^/

Maceh bace!

Tuesday, December 27, 2011

Saya dah! Anda bile lagi?

Assalamualaikum ^^,


Ape yang belum ape yang dah ni? hehe..saya bukan nak gebang sangat tapi memang nak jugak lah kan. pagi tadi mak ajak pegi daftar untuk mengundi. aku macam malas. tapi mak beria2 suruh aku pegi. asek tanye je nak pegi pukul brape. last2..ok, slow2 aku pun merelakan diri untuk mendaftar.


Tapi sebelum pegi tu, aku sempat tengok dekat website SPR. mane tau kot2 ade bende penting nak kena bawak ke kan. ne tau nak sijil SPM ke tetibe plak, naya laahh sebab sijil kat rumah sewa. =.= yang ni pun mak aku yang suruh. huhu. mak, sesungguhnye anak mu ini memang tak pandai bab2 nak jadi dewasa sangat ni. :p


Then aku pun search lah 'SPR'. dah bukak laman utama dia, pastu pegi dekat pendaftaran yang ade kat tab atas, pilih lah nak tengok ape kelayakan untuk mengundi, camne cara nak mendaftar and kat mane nak daftar ni. aku malas nak tengok kelayakan sebab memang sah2 lah aku layak. dah 22 dah dek non..aku just bukak camne care nak daftar ngan kat mane nak daftar.




After know all the information, then aku ngan mak were heading into Suruhanjaya Pilihan Raya dekat tempat keje mak aku dulu kat JPA. pastu, mak jaga kete dan aku sensorang pegi daftar kat dalam. memula tanya kat kaunter depan tu. pastu dia suruh gi kat kaunter kat belakang. 


Mase aku datang tu ade dalam 2 orang tengah daftar. umur dalam average 30++. eh, takkan baru nak daftar?? em bia jelah dema tu. awok malas nak amek port. then akak yang manis tu pun mintak i/c. then dia masukkan maklumat2 tu dalam komputer, then print out. pastu dia suruh kite cek balik betul ke tak maklumat dalam tu, pstu baru kite sign.


Dia kate lagi, dalam mase 2bln dari skarang kite boleh cek semakan pendaftar kite dalam website, means dalam bulan Feb lah. nanti tengok kat sini ye:



Ok, korang pun jangan lupe mengundi ye! =)



Maceh bace!

Monday, November 7, 2011

Jaga lah bau badan anda

Assalamualaikum readers ^^..


Are you a smelly person? ehh! camne nak tau. kite bukannye boleh bau diri sendiri. betul tak? er, tapi boleh kot rasenye bau diri sendiri. hik3


Cerita harini pasal orang yang badannye berbau. masalah seperti ini biasanye terjadi dikalangan orang yang berbadan besar. but, but..not mostly lah. sebabnye, ade je orang yang berbadan besar ni yang wangi baunye. so, don't judge somebody with their physical appearance ok? =)


Kenapa aku tetibe nak cakap pasal ni? sebab nye, pernah 1 hari tu. mase tu aku tengah keje. aku dapat customer yang boleh kire alim gak lah. but one thing that i get annoying was 'bout her smell. aku rase macam nak berdiri jauh je dari dye. tapi nanti nampak sangat pulak. so aku terpaksa tahan nafas, lepas pelan2. pastu amek nafas dalam2 jauh sikit dari dye. huhu. serious. aku macam sesak nafas kot duduk dekat2 dengan customer tu.


Then, i teringat one of my friend before this get the same problem. i don't know whether she realize or not. but when i close to her, i can smell something that er...quite smelly gak lah. characteristic dye same macam customer aku tu. dye agak alim gak lah. but but, don't get me wrong. aku tau bukan sume orang alim macam tu. so ape yang boleh aku pikir tentang orang2 yang berbau ni, oh maybe dye tak nak bau wangi2 sangat kot.

yeah, i know. Allah tak bagi kite pakai bau2an yang boleh menyebabkan lelaki bukan muhrim bau haruman kite. tapi at least pakai lah bau2an supaya boleh menghilangkan bau yang tak menyenangkan tu, likes pakai deodorant for example.


kalo pakai deodarant at least ia boleh selamatkan hidung2 orang sekeliling dari bau yang tak menyenangkan. especially dari kawan2 yang rapat dengan kite.


So, my advice, jagalah bau badan anda!

Maceh bace!

Wednesday, September 21, 2011

Bile perempuan berkias

Hello sensitive ladies and mr. don't know anything. now i'm eating kitkat. hehe. just ignore it. >_<


Korang pernah tak berada in situation which is kadang2 kite tengah marah, atau sedey atau nak kan sesuatu, tapi tak cakap straight to the point. which is jugak kite selalu jew perli2 atau bagi hint pape lah supaya pasangan kite ni tau kite in that situation.


Contoh yang paling senang difahami:


P: e'eh..cantiknye beg pink tu..suke cangat!(sambil menghentakkan kaki)
L: cantek ye.. nak?
P: eh takyah lah. mahal lah..
L: eh takpe..klo u nak, amek jelah..
P: eh takpe lah..takpe..i just nak tengok je.(tapi mate tak beganjak2 pon dari beg tu)


So, in that situation, sebenarnye perempuan tu nak sangat kat beg pink tu. tapi rase macam serba salah lak nak mintak. so ape yang dye boleh buat adelah cakap je taknak beli lagi. padahal klo laki tu belikan je terus untuk perempuan tu, bukan main lagi dye suke. biasa lah..perempuan kan pemalu..>_<


Sometimes, perempuan suke kan lelaki yang romantik. macam tarikkan kerusi bile nak makan, bukakkan pintu bile nak masuk dalam kereta, payung kan perempuan bile hujan, ambikkan barang yang jatuh, belikan some cute gift bile perempuan nga majuk atau datang jumpe perempuan tu secara surprise. er, tapi tolong bawakkan handbag perempuan sangat tak romantik ye. so this kind of thing, kite selalu perli2 kat lelaki tu.


Contohnye:


L: ala, babun baby jangan lah majuk da..pliss pliss pliss
P: .......
L: hello hello..?
P: emm ye.
L: ok2. baby jangan majuk2 dah ye. b tak angkat baby jatuh tadi sebab tangan b penuh barang. baby plak nape tak tolong b angkat barang tadi?
P: what??!
L: e'eh sory..b gurau je..
P: huh!!! kan best klo ade orang bawak bunge mase kite nga majuk. i tengok pakwe si polan tu romantik je. asek bagi tedy bear je bile si pulun tu majuk!


So in that situation, perempuan tu dah terang2 dah dye nak macam mane klo dye majuk. klo laki tu tak paham2 gak tak tau lah nak cakap ape. ade sesetengah perempuan dye akan cakap terus terang. tapi ade jugak jenis yang berkias2. so korang sebagai laki, kena lah pandai tafsir ape yang makwe2 korang tu nak sampaikan.




Maceh bace!


Thursday, July 21, 2011

Say NO to Whitehead and Blackheads

Whiteheads and Blackheads. dalam bahasa melayu dye adelah kepala putih dan kepala hitam. HAHA! eh3, i'm joking jew tau. sape yang pecaye tu alamatnye esok bankrap. hehe


Rasenye sume orang ade 2-2 kepala nih. antara sedar atau tak je kan. pade yang rase2 takde tu, try check betol2. jangan men tengok muke dah licin je teros cakap takde kepala2 tu. meh nak ajar cane nak tau korang ade whiteheads ngan blackheads ni tadi.


First, pegi kedai watson or guardian. pegi cari ini:



Eh, jangan cari beg mekap tuh. tu, cari pelekat untuk tanggalkan kepala2 tadi. mule2 pegi stim muke tu kat wap air panas. aku suruh buat camtu supaya liang2 pori muke kite akan tebukak. so bile tebukak, senang lah nak tarik segala bende alah dalam pores kite tuh. next basahkan hidung kite sikit supaya pelekat tu melekat kat hidung kite. ok, tunggu lah dalam 15- 20 minit camtu. then, cabut lah pelekat tadi. the result?!


  • maka tercacak lah segala kekotoran di pelekat tersebut.
  • hidung akan jadi lebih bersih dan segar.
  • tiada lagi kepala putih dan kepala hitam tadi.
  • jika tiade kesan tercacak di pelekat itu, maka korang bersih dari whiteheads and blackheads yang sering mengganggu rakyat jelata yang lain.

Klo rajin buat lah seminggu sekali atau dua minggu sekali supaya pores korang tak tersumbat dengan segala macam kotoran disebabkan oleh compact podwer or make up dan juga keadaan persekitaran yang berdebu atau habuk. SELAMAT MENCUBA!





Maceh bace!

Wednesday, July 6, 2011

I hate PMS ok

Ok. entry ini bukan sahaja untuk tontonan para gegurl sahaja. tapi para boboy pun boleh nak amek tau jugak. toksah lah nak malu2 ye. sebabnye, penyakit ni mane tau mak korang ke, adik korang ke, or tak pun makwe korang ke pernah mengalaminye. so aku nak kongsi lah sedikit sebanyak pasal PMS ni.


What is PMS? PMS ialah dalam bahasa inggeris nye, Premenstrual Sydrome, atau bahasa moden nye ialah senggugut. actually aku pun tak tau berapa ramai perempuan2 kat luar sane memang mengalami senggugut tiap2 kali datang bulan mengambang. tapi besenye simptom2 yang akan jadi kepada si 'mangsa' ini ialah cepat marah, emosi tak stabil, sakit sendi or pinggang, kuat makan, mudah pitam, dan muntah2.



Korang yang lelaki2 ni kena lah amek tau jugak bile si perempuan2 ni angkat bendera merah. sebabnye, korang boleh tau kenape mood perempuan2 ini berubah. bile mood perempuan2 ini dah berubah, kejadian seperti buku2 di rumah habes dibaling oleh kakaknye akibat daripada adik lelakinye kacau kakaknye yang sedang mengambang tu. dan kejadian seperti si makwe merajuk dengan si pakwe nye selama sebulan akibat daripada si pakwe tidak membalas mesej yang dihantar 5saat lepas turut berlaku.


Jadi, untuk menghalang kesemua kejadian yang tak diingini berlaku, maka hendaklah kamu semua lari daripada rumah. HEHE. sory lah dah ngigau sikit. k2. bile dah tau yang si wanita ini akan datang bulan, so janganlah buat bende yang dye tak suke. kena pandai2lah tackle dye supaya dye tak terasa hati yang boleh buat dye marah.


Ok, bagi kaum2 hawa yang seangkatan dengan aku, sediakan payung sebelum hujan ye. lau dah agak2 yang korang dah in time, bawak lah siap2 pampers berjenama Petpet dalam handbag ye. huhu. jangan sampai orang belakang tau ape yang tak patut dye tau. lagi satu, sediakan panadol satu papan sebagai persediaan kalo korang tak tahan sakit sangat. dan salah satu cara untuk hilangkan cara sakit tu ialah dengan TIDUR. bile tido, kite tak akan rase sakit tu. dan ape yang aku biase buat bile sengugut ni menyerang, aku biasa nye akan letak losyen mustajab pati halia untuk hilangkan rase sakit tu. not 100% hilang, but dijamin boleh mengurangkan rase sakit tu.



So bile aku keje kat tempat keje aku skarang ni, aku dapat tau, produk2 kat bawah ni dapat membantu mengurangkan risiko senggugut kita. antaranye:

1. Mustika Ratu Perawatan Putri Remaja



2. Jamu Mak Dara Almira



3. Pil Binari Puteri



Antara keistimewaan ketiga2 produk ni:

> mengurangkan senggugut
> membuang toksik dalam badan
> memberi tenaga
> rahsia untuk kekal awet muda
dan macam2 lagi.

Ok, tu jelah aku nak kongsi. Selamat Malam peeps~

Maceh bace!

Monday, June 13, 2011

Review KeKe: Product untuk Resdung

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak review produk Kesihatan & Kecantikan. tapi untuk hari ni, aku nak review untuk mengubat penyakit resdung dulu lah.

Setiap orang ade resdung. yang membezakannye sejauh mane atau seaktif mane penyakit resdung kite tu. ade orang kite leh nampak resdung dye. contohnye muke berjerawat. tu yang agak serius sikit. lau yang macam tak nampak tu, kekadang dye makan dalam. contohnye, luar kite nampak ok je. tapi dalam hidung dye ade ulat tu yang makan dalam hidung kite. or sometimes, kat muke kite tak nampak jerawat, tapi kat badan pulak yang ade. 

Based on produk yang aku jual kat kedai, ade beberape gak lah produk yang orang cari dan ternyata berkesan. aku bagi ni random jelah.

Orang Kampung
Orang Kampung Pil Resdung
> ade 100 biji
> makan 2 biji pagi dan 2 biji malam
> melegakan resdung, gatal2 muka dan sakit kepala

Leesa Formula
nak tau lebih lanjut, leh pegi kat site Leesa Formula ni.

Sendayu Tinggi
Sendayu Tinggi Nosygone
aku syorkan korang leh try yang sendayu tinggi ni sebab ade staff kate produk tu berkesan.


Siapakah yang digalakkan mengambil produk ini?
  • mereka yang alah pada makanan laut dan habuk
  • sering rasa gatal pada muka, mata, hidung dan anggota lain
  • mereka yang mengalami jerawat bisul, bernanah ataupun berbau di wajah
  • mereka yang mengalami masalah bau mulut
  • mereka yang mempunyai jerawat di belakang badan
  • sukar untuk bernafas dan sering selesema



nak tengok hasilnye kene lah gune dengan konsisten dan memerlukan kesabaran, sebab untuk merawat sesuatu penyakit mestilah ambek mase sikit. betul tak? mane ade bende yang cepat.

Maceh bace!

Tuesday, May 17, 2011

Waktu bilekah korang pikir tajuk entry?

Assalamualaikum~



Macam dalam gambar ni lah kan. dalam pikiran kite ni selalu je pikir macam2 kan. dalam satu mase tu kite leh  becampur aduk pasal masalah keluarge dengan masalah pejabat. dalam mase kite tengah belajar menjahit, kite masih boleh terpikir lagi pasal persiapan perkahwinan kite yang akan berlangsung dalam beberape bulan tu. so otak kite memang tak pernah behenti befikir selagi mate tu tebukak.

Sama lah jugak aku sebagai bloggers. duduk lah mane2 pun, memang tak pernah lupe untuk pikir tajuk ape lah aku nak buat untuk beeblog aku ni. kekadang tu dalam satu mase, sampai 3-4 tajuk aku terpikir. tapi yelah, terpikir je. pastu dah lupe dah. hehe. so petua yang bagus adelah, bile dah terpikir tajuk ape nak buat, dan2 tu kau teros lah taip kat note dalam handphone tu supaya tak lupe. aku ni memang pelupa orang nye. sebab tu dalam note aku sampai 4-5 tajuk gak lah aku dah letak. tapi bile nak buat pun tak tau. huhu 


Tengah bace suratkhabar

Kekadang tu tengah bace suratkhabar, idea nak berblogging tu ade. bile tengok tajuk tu macam menarik jew, contohnye kes kris dayanti lahirkan anak luar nikah tu macam best je, tetibe rase nak tulis blog time tu jugak! pastu bile dah khatam 1 s/khabar tu, dah ilang dah mood nak tulis blog. idea tu macam dah tak nak datang pulak. hehe.


Dalam kereta

Tengah syok2 berborak dalam kete, lepas tu senyap. borak lagi pastu senyap. haa, time senyap tulah dok terpikir macam2 nak tulis dalam blog. sekejap terpikir nanti nak tengok blog sipolan2 lah. nak tengok tutorial dye lah. nak tukar background blog lah. nak buat header baru lah. hadoi, macam2 bende nak buat. pastu bile sampai umah, teros tengok tb and tido. tak hengat teros angan2 kau tu. T_T


Tengah gosok gigi

~Bangun pagi, gosok gigi, lalaala~
Bangun2 teros pegi mandi. mase basuh muke takde pikir ape2 lagi. otak time tu kosong lagi. lau ade pun juz tepikir nak pakai baju ape eh nanti nak hangout ngan dak2 ni. pastu dah habes basuh muke, gosok gigi plak. time gosok gigi tulah idea, amboi kemain lagi belumbe2 masuk. huk3. time tulah terpikir nak tulis cara2 memberus gigi dengan betul lah. atau kalo dye pakai braces, dan2 time tulah nak tulis pasal perkembangan gigi braces korang tuh lah. ala, macam yang fatin liyana ni buat. =)


Mase travelling

Ish..aku ni skarang kat London nih. nak amek gambar banyak2 lah. nanti leh citer dalam blog. hehe. contohnye macam ape yang aku cite kan kat SINI. tak kesah lah korang nak bace ke tak, aku nak citer gak ape yang best kat sane. haha


Waktu dah habes grad @ convocation

Para2 bloggers yang ade blog time tu mesti tak lepas peluang untuk bekongsi tentang hari gembire dorang. alah, aku pun same. ekseted lak nak citer macam2. sume nye kat dalam NI. 


Lepas dah try sumthing new

Contohnye macam kat SINI. hehe..comel giler ah kan! ni pun aku tengok2 dekat blog orang lain. nampak macam best je. pastu try lah. then hasil nye sangat lah memuaskan. tu yang nak kongsi2 ngan orang lain jugak tu. =D


Bile tak puas hati dengan seseorang

Last but not least la ye. kekadang bile ade je yang tak kena, or tak puas hati kat seseorang, mule lah nak bagitau orang kan. tapi KES INI memang tujuan aku nak kongsi cara yang effective untuk avoid mende tu jadi lagi. sesape yang penah terkena camni, try lah buat camtu. mesti puas hati punye lah. hik3~


Ok lah. tu je buat setakat ni. lau ade sesape nak kongsi bile korang terpikir pasal entry korang, leh la bagitaw kat comment bawah tu ye....mintak diri dulu.. =)


Maceh bace and klo suke like lah!

Monday, April 18, 2011

Pengalaman Naek Bas

Salam..selamat tengahari semua!

Mase diploma kat Machang dulu, especially part 1, memang boleh dikatekan tiap2 minggu gak la aku balik uma kat putrajaya ni. lantak lah jaoh ke tak. yang penting aku nak balik jugak.tak nak dok tempat orang lame2!

Tapi tu dulu. mase mule2 lah dok kelantan. yelah,kelantan mane ade sesape pun. sume susah senang aku kene tanggung sendiri. lau demam takde orang nak tolong lapkan kain basah kat muke and badan macam yang mak selalo buat. tapi seyes! lau korang demam kan, baik korang lap badan korang dari muke sampai lah ke kaki. celah2 siku, celah2 lutut and ketiak sume la lap. lap sepanjang hari. esok pagi confirm korang dah baik demam. it is through my experience lah.

Ape yang aku nak citer kan ni sebenarnye adelah pengalaman aku sepanjang naik bas dari kelantan ke putrajaya. (Adoyyyy,,asal bau sampah nie??patut lah,,lori sampah tengah kutip sampah.sampai ke bilik aku bau dye.perghhh!) Ish..spoil betul la bau sampah ni. shuh3!

Ok2. nak dipendekkan citer, sepanjang aku naik bas tu, aku bereksperimen kenape selalo aku naik bas asik pening2 nak muntah aje. terutama sekali bile duduk kat seat tengah2 or tepi tingkap. mesti ade jew rase loya tu. so pelbagai kemushkilan dikeluarkan. Antaranye:

1. Bile duduk tengah, tak nampak depan. so mate tu melilau2 tengok tempat lain and akhirnye otak pun pening dalam keadaan bas yang bergerak time tu. tu yang pening tu.


2. Bile duduk tepi tingkap, mate akan sentiase bergerak memerhati kereta2 yang bergerak and pokok2 serta bangunan yang ade. sentiase bergerak yee. so ley pening jugak.


3. Bile duduk seat tengah sampai belakang tu mesti bile bas tu telanggar lubang jalan, penumpang yang duduk kat belakang akan terase kuat tempiasnye. bas yang terlalu banyak bergoyang ley membuatkan penumpang loya.


4. Bile minum banyak sebelum naik bas, air dalam pewot tu akan bekocak2 sampai membuatkan kite rase nak muntah.

Hahahaha... aku pun tak tau la macam mane hipotesis2 ni ley muncul berdasarkan pemerhatian aku. lepas dah kaji untuk beberape tahun, aku pun buat keputusan untuk memilih single seat depaaaaan sekali iaitu 1C! ini kerana bile aku duduk seat 1C, mate aku akan lebih fokus ke depan tanpe toleh kekiri and kekanan. ni bas transnational la. bas lain tak taw coz tak penah naik.

Tapi tapi tapi......tu semua mase diploma lah. lepas dah masuk degree ni, aku tengok semua hipotesis aku tak leh pakai sebab letaklah aku kat mane2 pun, aku tak rase pening, loya and rase nak muntah dah. so ape kesimpulannya??

Ni berdasarkan ape yang aku rase la ye. aku rase maybe aku terlalu fikirkan sangat pasal pening tu. ataupun maybe keadaan jalan dari kelantan ke putrajaya tu membuatkan aku terlalu pening. atau maybe aku baru berjinak2 naik bas. tak biasa lagi dengan keadaan jalan baru and suke sangat sekejap pandang tepi, sekejap pandang depan.


Same ke tak ek ape yang aku rase dengan ape yang korang rase?

Maceh bace!

Friday, February 4, 2011

Jom kite naikkan berat badan


Biasa kite slalo tengok how to loss weight. Tapi aku nak buat lain cikit dari bese which is How To Gain Weight. Kalo nak loss weight skarang nie dah banyak product yg boley kuruskan badan, such as London Weight Mgt, Slimming Beauty or JM5. Tapi slalo tak tengok product yg ley naikkan weight sseorang? jarang kan? Actually entry nie bukan la nk cite psl product untuk gain weight, tapi more on macam mane nak kire BMI kite. Ideal or not? underweight, normal or obesity?

Skarang kuakan calculator korang. tak kesa gune yg dlm laptop nie punye or hp. Ok, nak cari BMI:
Berat (kg)/ Tinggi (m2) = BMI
# besenye tinggi kite slalo dalam cm kn? so convert kn dari cm ke m = bahagi 100. (eg: 161cm ke 1.61m)
#m2 = m x m

Hasilnye: Underweight = under 18.5
              Normal weight = 18.5 - 24.9
              Overweight = 25 - 29.9
              Obese = 30.0 and above


So da taw kan berape BMI korang. Pada yg underweight, meh aku ajar cmne nak gain ye. Sumber2 nie pun aku dapat dari Tenet and Web. =)

  1. Makan makanan yg berkalori tinggi, which is foods that goods for you. jangan plak makan junkfoods banyak untuk naikkan calories. SALAH ye. nak taw calories banyak mane kite kene amek, g jew kat Sini.
  2. Eat enough protein foods such as ayam, ikan, daging, telur and additional protein supplements.
  3. Take essential fatty acids such as fish oil supplement sebab dalam tu ade Omega-3 fatty acids. dan biasa nya, sumber2 lemak sihat nie datangnye drpd fish, tuna, salmon, nuts and olive oil.
  4. Banyakkn sayur2an dan buah2an such as beans, potatoes and wheat/whole grain products.
  5. Minum banyak air such as air masak, jus buah2an and milk.
  6. Workout program. besenam la cikit2. jangan ingat kite kurus kite tak perlu bersenam.
So, berdasarkan ape yg aku da kaji cikit2 *fuyoo kaji tu HAHA, sebenarnye cara untuk gain and loss weight same jew macam ape yg aku sebut kat atas tu. cume yg membezakan dye, lau nak gain weight, dye kene lebihkn jumlah calories yg dye kene ambil. lau nak loss, dye kene kurangkan jumlah calories yg spatutnye dye kne ambil.


Kalo ikutkan aku, aku memang nak gain weight untuk normal kn BMI aku sebab aku punye lagi 0.5 jew nak normal. kirenye aku nie underweight la. Tapi agak susah ye sebab da genetic aku skinny body type. kau makan la banyak mane pun, lau da tulang structure kau kecik and metabolisme kau tinggi, susah gk nak naek, melainkan kene keje extra hard la nak gain nie.


Ade plak yg cakap " Ala, kau takya cibuk2 la nak menaikkan badan.nanti da kawen mesti naik punye.ha, time tu baru la nak beria bagai nak loss weight". so, ape mao buat? Cube jela setakat mane yg mampu. Bak kate pepatah, dimana ade kemahuan disitu ade jalan.


manusia memang tak pernah puas kan? bile kurus, nak gemuk. bile gemuk nak kurus. peringatan untuk aku juge. ;)




Maceh bace!

Wednesday, February 2, 2011

Tips: Wrong number la apek!



Incident nie telah berlaku semalam and today. so macam annoying la nmbor yg same kol and tepakse cakap " WRONG NUMBER". LETIH TAW NGGAK. haa, hamek kau da caps lock. HEHE.
so arini aku nak ajar cara yg paling effective and efficient lau dorang keep calling again and again.


haa, kan senang. korang juz save number tersebut dgn name WRONG NUMBER! then korang taw la yg tepon korang tu orang yg same and tak yah la gatal2 angkat kol dye ok.  =)

Selamat Mencube!

Maceh bace!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...