Friday, December 30, 2011

Azam tahun baru saya

Assalamualaikum ^^,


Sekarang mesti sume tengah sebok bercakap pasal azam tahun baru kan? nak nyebok jugak boleh? hehe..seingat aku, aku jarang nak tetapkan ape azam aku tetiap tahun yang biasa orang lain buat. tapi tahun ni, macam tergerak hati pulak nak buat.


Blog ni pun dah macam diari aku jugak. so ape ke salah nye aku nak coret kan lah azam aku untuk tahun 2012 yang nak masuk ni karang. ala, macam nama blog ni. "Coret-coret hidup aku" heehe~ nanti bile dah abes tahun 2012, aku boleh cekidaut entry ni balik, nak tengok azam aku tercapai ke tak.


My azam is so simple as I am. tak mo lah berazam bersungguh-sungguh sangat. takut yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat. err, betul ke peribahasa aku ni?


1. Menjadi umat yang patuh pada PenciptaNya.

This is more on tak melengah-lengahkan waktu solat. hari-hari mengaji even satu mukasurat. banyak kan bersedekah. dan sebagainya yang boleh menambahkan pahala and to be umat yang mengamalkan sunah2 nabi. yeah, everyday we try to be a good muslim because Allah give us everything. we should be grateful to Him by pray, berselawat, learn for the ceramah and etc. sometimes kita lalai dengan segala harta benda sampai lupa sape yang memberinya.wah, dah boleh jadi penceramah bebas dah aku ni.hihi..


2. Aktif berblog.

Yang ni rasenye ramai bloggers kat lua sane yang ade azam macam ni kot. aku nak kate aktif tak lah sangat sebab nye aku tak de broadband nak bawak balik kat umah sewa tu untuk membolehkan aku ni hari-hari nak tulis blog. tapi insyaAllah tahun depan aku dah boleh dok uma je di mana di rumah ni ayah pasang unifi. so aku bebas nak buat blog bebile mase aku nak.HAHAHA.gelak jahat ;p


V


V


V


V


V


V


V


V


V


3. Nak kawen?

Hahah. jangan terperanjat sangat tau. aku pun nak tawen jugak. tapi bukan tahun depan lah. kawan aku yang kawen adelah. ishh..bile lah boleh kawen ni. tak yah nak gatal sangat.kui3




Hehe. rasenye cukup lah dua ni kot. target banyak-banyak kang takut tak menjadi pulak. yang dua ni pun takut tak tercapai. ok, ape azam baru korang pulak =)





Maceh bace!


Tuesday, December 27, 2011

Saya dah! Anda bile lagi?

Assalamualaikum ^^,


Ape yang belum ape yang dah ni? hehe..saya bukan nak gebang sangat tapi memang nak jugak lah kan. pagi tadi mak ajak pegi daftar untuk mengundi. aku macam malas. tapi mak beria2 suruh aku pegi. asek tanye je nak pegi pukul brape. last2..ok, slow2 aku pun merelakan diri untuk mendaftar.


Tapi sebelum pegi tu, aku sempat tengok dekat website SPR. mane tau kot2 ade bende penting nak kena bawak ke kan. ne tau nak sijil SPM ke tetibe plak, naya laahh sebab sijil kat rumah sewa. =.= yang ni pun mak aku yang suruh. huhu. mak, sesungguhnye anak mu ini memang tak pandai bab2 nak jadi dewasa sangat ni. :p


Then aku pun search lah 'SPR'. dah bukak laman utama dia, pastu pegi dekat pendaftaran yang ade kat tab atas, pilih lah nak tengok ape kelayakan untuk mengundi, camne cara nak mendaftar and kat mane nak daftar ni. aku malas nak tengok kelayakan sebab memang sah2 lah aku layak. dah 22 dah dek non..aku just bukak camne care nak daftar ngan kat mane nak daftar.




After know all the information, then aku ngan mak were heading into Suruhanjaya Pilihan Raya dekat tempat keje mak aku dulu kat JPA. pastu, mak jaga kete dan aku sensorang pegi daftar kat dalam. memula tanya kat kaunter depan tu. pastu dia suruh gi kat kaunter kat belakang. 


Mase aku datang tu ade dalam 2 orang tengah daftar. umur dalam average 30++. eh, takkan baru nak daftar?? em bia jelah dema tu. awok malas nak amek port. then akak yang manis tu pun mintak i/c. then dia masukkan maklumat2 tu dalam komputer, then print out. pastu dia suruh kite cek balik betul ke tak maklumat dalam tu, pstu baru kite sign.


Dia kate lagi, dalam mase 2bln dari skarang kite boleh cek semakan pendaftar kite dalam website, means dalam bulan Feb lah. nanti tengok kat sini ye:



Ok, korang pun jangan lupe mengundi ye! =)



Maceh bace!

Monday, December 26, 2011

Macam mana orang boleh minat Korea

Assalamualaikum =)


Seperti tajuk entry aku hari ni, macam mane orang boleh minat korea?


1. Drama romantis + lucu

Biasanya orang yg minat drama2 korea ni jarang yg minat sekali dengan muzik korea. kalo dah minat drama, drama jelah yg dorang minat. kalo tanya pasal 2PM or Beast, jangan harap lah dorang nak amek port time kite tengah rancak bercerita pasal concert 2PM yg datang hari tu. concert 2PM yg datang? er, i mean 2PM yg datang. ^^,

Tapi kalo sebut pasal Boys Before Flower, You're Beautiful, Winter Sonata, Witch Yoo Hee and Secret Garden, amboi..laju je nak sebok2 ye. first conservation yg slalo sangat kite dengar ialah "Hensem kan Kim Hyun Joong @ Hyun Bin tu", "Romantik lah dorang ni" and bla bla bla. memang tak dinafikan, drama korea sangat best kowt. cite yg romantik, pastu ciap berangan2 pulak, kan best kalo pasangan kite macam tu jugak. harap2 pakwe aku bace.hik3. plus, kadang2 dorang ni suke cover line bile dah buat salah dengan tunjukkan muke kiut + tak bersalah tu, di mana perbuatan itu sangat comel ok. =)

boys before flower

you're beautiful


2. Variety show

Ok, ni aku suke sangat. kadang2 kalo dah boring tengok cite melayu or omputeh, Chanel 393 atau 391 memang jadi sasaran aku kat rumah. boleh dikatekan satu family aku akan join sekali tengok variety show korea ni. antaranya Running Man (OHH my fav!), Star King, 2 Days 1 Night, Dream Team, Secret, Invincible Youth, Happy Together, We Get Married, Family Outing, Heroes, Strong Heart.

Tapi skarang ni aku rase yg paling ngetop sekali adelah Running Man. di mana2 saje orang akan bercakap pasal running man. Jae suk, Jong kook, Gary, Haha, Ji-hyo, Kwang so & Seok jin memang sangat popular skarang kowt. knape orang boleh minat? sebab game show ni penuh dgn hilarious + suspens. try lah tengok. skali tengok mesti nak tengok lagi! heheh..



running man


3. Muzik Kpop & Dance

Ini pun aku suke sangat! kebanyakan lagu kpop aku suke. Ft Island, 2PM, Infinite, Big bang, Boyfriend, Teen Top, Beast, Cn Blue, Suju, Mblaq, Snsd, Kara, Secret, Davichi, After School, U-kiss dan banyak lagi lah kan. sampai kan aku tergerak nak pegi concert korea for the first time. aku ade cite kat SINI. biasanya kalo orang yg minat muzik korea, maksudnye dye betul2 minat korea. maksudnye bile dye minat kpop, dye akan minat jugak variety show dgn drama. 

ft island

infinite

big bang

snsd


So, that's how orang kite kat M'sia or kat mane2 negara pun aku rase boleh suke dengan korean entertainment ni. ade orang yg minat variety show je. ade pulak orang yg minat lagu & dance je dan ade yg suke drama korea je. ade yg tak suke langsung pun ade. so terpulang lah kat masing2. bende ni just untuk hiburan sahaja. yang penting hiburan ni jangan lah sampai boleh melalaikan kite ok? :)


Maceh bace!

Friday, December 16, 2011

Semoga arwah tenang di sana..Amin

Assalamualaikum..

Pada waktu maghrib, hari khamis malam jumaat, 15 disember 2011, telah pergi seorang sahabat/ rakan/ roomate + classmate waktu diploma di machang/ sama sekolah menengah di SAMER. arwah telah disahkan menghidapi kanser paru2 setelah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.

Muka arwah kelihatan tenang ketika saat2 akhir sebelum dikebumikan oleh orang2 kampung neneknya di kelantan. arwah telah dikebumikan pada pagi jumaat. Subhanallah...

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).

Dalam pada sedih, aku gembira. aku tau arwah semasa hayatnya sangat patuh pada tuntutan agama. sebab itu Allah telah mengambil dia pada hari yang sangat mulia ini. tidak mahu untuk bercakap panjang, bacaan Al-Fatihah kepada arwah Nurul Husna Bt Zulkifli sahaja yang aku harapkan dari kalian semua.


Al-Fatihah~
Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...